Thursday, February 28, 2013

Cara meningkatkan resolusi monitor netbook 1 Malaysia

Banyak sungguh saya kena perbetulkan komputer 1 Malaysia samada  mengalami masalah fizikal pada hardwarenya  atau masalah berkaitan softwarenya. tapi tak kurang juga ada yang meminta saya menaikan resolusi monitornya. kerana semua resolution untuk netbook adalah pada kadar paling minimal besesuaian dengan tugasannya. Pun begitu untuk membolehkan anda bermain games yang memerlukan resolusi tinggi anda kena mengubah resolusinya terlebih dahulu agar games tersebut dapat berfungsi;
 

Hari ini saya akan tunjukan bagaimana cara meningkatkan resolusi monitor netbook anda untuk Windows7:
ikuti langkah berikut:
  1. Buka regedit dengan menekan key  Win+R lalu taip “regedit” di kota run  dan kemudian klik OK.
  2. Setelah terbuka jendela registry editor, klik menu “Edit -> Find” atau tekan kombinasi tombol Ctrl+F untuk memunculkan fungsi pencarian.
  3. Dijendela pencarian ketik “Display1_DownScalingSupported” , lalu double klik di string yang muncul
  4. Ganti nilai 0 menjadi 1, kemudian restart netbook.
  5. Setelah restart, klik kanan di desktop pilih “Screen resolution“. Lihat dibagian Resolution: anda akan mendapati resolusi yang lebih tinggi dari sebelumnya. Pilih resolusi yang anda inginkan, dan akhir sekali  klik apply.
  6. mudah je kan cubalah .
change resolution

Wednesday, February 27, 2013

MEGA LINK untuk anda

Anda malas nak mencari pelbagai laman web dengan mencari di google , Yahoo atau pelbagai injin pencari lain yang banyak di internet. Ini bermakna anda perlukan suatu laman web yang menyediakan begitu banyak link yang pelbagai tersedia untuk anda .Anda hanyalah  perlu klik pada senarai link tersebut mengikut apa yang ada perlukan  .Kalau ada tentu mudah dan cepat untuk anda bertukar tukar melayari laman web tersebut.
Saya telah menemui satu laman web untuk tujuan ini iaitu Jalinan mesra @ Mege Link  yang di sediakan oleh terangnungkite.net, macam macam  link ada disini. cubalah

Wednesday, February 13, 2013

Jangan sampai BIOS mati

Menyimpan laptop terlalu lama tanpa mengunakan dengan kadar terlalu lama menjadikan BIOSnya mati terus dan mengakibatkan ianya amat sukar di baiki kecuali bagi yang betul pakar. Selalu perkara ini terjadi apabila sesebuah komputer itu mulanya hanya mengalami kerosakan biasa sahaja. Oleh kerana kekangan  keewangang mungkin penguna meminta urusan membaiki  di tanguhkan dahulu dan komputernya di biarkan begitu sahaja dengan terlalu lama tanpa di gunakan. Ini akan mengakibatkan komputer anda terus tidak boleh di ON langsung nanti dan keaadaan ini di sebabkan bateri motherboard komputer anda kong dan secara tak langsung ianya mematikan BIOS komputer anda.

Antara simptonya adalah komputer anda boleh di ON seperti biasa , anda masih boleh mendengar bunyi kipas masih ada dan ini menandakan komputer anda sebenarnya masih  hidup, tetapi tiada sebarang paparan skrin akan kelihatan di scren laptop anda. malah juga tidak alkan kelihatan pada monitor luaran yang anda sambungkan. Jika keaadaan ini terjadi ini menunjukan komputer anda mati secara total atau mati BIOS.


Untuk mengatasinya dengan 2 cara
1. Hantar semula ke ejennya atau kepada yang pakar tentang BIOS
2. Anda upgrade sendiri BIOS nya. tapi awas pastikan ianya bertepatan dengan jenama dan spesifikasi laptop anda

Jadi pengajaranya jangan anda tak gunakan laptop anda dalam masa yang terlalu lama.

Wednesday, February 6, 2013

Web Server Dan Web Site Pertama



Web Server Dan Web Site Pertama bermula tahun 1990,    Alamat website dan web server pertama di dunia ialah di CERN Info.cern.

Alamat web lengkap yang pertama kali adalah http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html yang diperkenalkan dan dibuat oleh Tim Berners-Lee.

Sehingga Jun 2011 lebih 346 juta laman sesawang dikesan wujud diatas talian. Tapi tahukah anda, apakah laman web yang pertama sekali wujud sebelum mencapai angka lebih 346 juta ini?

StatistikJumlahLamanWeb
Sumber gambar dari Netcraft

Laman web tersebut adalah bertajuk "The Wold Wide Web Project" dan ianya dimiliki oleh organisasi CERN. Pada ketika itu, alamat url laman tersebut adalah "http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html" dan mula beroperasi pada 6hb Ogos 1991.

Anda masih boleh melawati laman tersebut bagi melihat sendiri lakaran rupabentuk asal laman sesawang pertama wujud.





Friday, February 1, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W.


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

~ Wallahua'lam

- kredit oh media..