Saturday, March 30, 2013

Cara mendapat rebat Cukai pendapatan Anda






1) Zakat
Bayar zakat melalui potongan terus secara bulanan.

2) Pendidikan anak dan takaful pendidikan
Menabung dan takaful pendidikan untuk anak-anak seperti tabungan dalam SSPN, takaful pendidikan dan lain-lain lagi. Pelepasan cukai maksimum bagi individu yang menabung ialah sebanyak RM3,000

3) Pembelian buku, majalah dan jurnal
   . Pelepasan cukai RM1,000 diberi untuk anda.

4) Failkan cukai secara berasingan bagi individu yang telah berkahwin
Bagi individu yang telah berkahwin, langkah ini melayakkan setiap individu mendapat pelepasan cukai sebanyak RM8,000 bagi pasangannya

5) Tingkatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

6) melanjutkan pelajaran pasca graduan untuk golongan dewasa

7) Pembelian barangan sukan
Pelepasan cukai maksimum RM300 untuk pembelian alatan sukan setahun. .

8) Insuran hayat dan takaful keluarga
Pelepasan cukai sebanyak RM6,000 (dikongsi dengan caruman KWSP). Ini tidak termasuk takaful pendidikan. Sebaik-baiknya insuran hayat dan takaful dipisahkan

9) Bayaran Perubatan untuk ibu bapa
Peruntukan untuk pembayaran tersebut akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM5,000

10) Pembelian komputer setiap 3 tahun
Pelepasan cukai RM3,000 (sekali setiap 3 tahun)

11) Beli hartanah yang bernilai RM250,000 dan ke bawah
Pelepasan cukai sebanyak RM2,000

12) Buat pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan (Full Medical Checkup)
Maksimum pelepasan cukai adalah sebanyak RM500


 Pelepasan Cukai Pendapatan Individu (Ringkasan)

1). Diri - RM9000

2). Suami/Isteri - RM3000

3). Anak di bawah umur 18 tahun - RM1000

4). Perubatan Ibu Bapa - RM5000 (terhad)

5). Yuran Langgan Jalur Lebar - RM500 (terhad)

6). Insuran Nyawa dan KWSP - RM6000 (terhad)

7). Tabungan bersih dan Skim SSPN - RM3000 (terhad)

8). Pembelian Komputer peribadi untuk Individu - RM3000 (terhad) 3 tahun sekali

9). Yuran Pendidikan (sendiri) - RM5000 (terhad)

10). Insurans pendidikan dan perubatan - RM3000 (terhad)


KADAR CUKAI PENDAPATAN DIKENAKAN CUKAI

Pendapatan Bercukai Kadar Cukai Cukai Kumulatif
RM0 – RM2,500
0%
RM0
RM2,501 – RM5,000
1%
RM25
RM5,001 – RM10,000
3%
RM175
RM10,001 – RM20,000
3%
RM475
RM20,001 – RM35,000
7%
RM1,525
RM35,001 – RM50,000
12%
RM3,325
RM50,001 – RM70,000
19%
RM7,125
RM70,001 – RM100,000
24%
RM14,325
RM100,001 and Above
26%













Wednesday, March 20, 2013

Cara membaiki USB Flashdisk yang Write Protected

 Ada orang memberikan saya Flashdisk yang   bila nak di format keluar command  "The disk is Write Protected"  Dia berangapan Flashdisknya sudah rosak dan di berikan kepada saya .  Flash disk ini di baiki  dengan beberapa langkah seperti di bawah. Anda boleh pilih salah satu dari cara di bawah untuk menyelesaikanya


Cara yang pertama
1. Buka Run pada windows atau tekan Windows + R pada keyboard
2. Taip  regedit dan kemudian enter
3. Cari HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\ StorageDevicePolicies(kemungkinan di beberapa OS tidak dijumpai StorageDevicePolicies)
4. Pada sisi sebelah kanan akan ada DWORD bernama WriteProtect. Klik 2x pada DWORD tersebut dan ubah value-nya dengan 0
5. Klik OK kemudian restart komputer.

Cara yang kedua
1. Buka Run dan isi dengan cmd dan ketik CHKDSK /F Drive letter: (F adalah tempat flash disk:)
2. Buat folder baru pada Flash Disk tersebut, 

3. Jika  masih gagal,  ulangi format dengan perintah Format Drive letter Berulang kali

 

Cara yang ketiga
1. Buka windows Explorer, Klik kanan pada Drive Flash disk yang write protected kemudian klik “eject”,
2. Cabut Flash disk tersebut tanpa Safely remove,
3. Pasang kembali Flash Disk tersebut.
Apabila Flashdisk masih write protected, ulangi langkah  beberapa kali bahkan puluhan kali lebih


Kalau semua langkah di atas tidak berkesan buang sahaja Flashdisk tersebut kedalam api . Habis cerita

Monday, March 18, 2013

PERBEZAAN SYAHID DUNIA & SYAHID AKHIRAT


Syahid dunia dan Akhirat
ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah SWT. Ia juga selamat dari soal kubur.

Syahid pada hukum dunia
 ialah orang yang mati kerana berperang menentang orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya' dan lain-lain.

Syahid pada hukum Akhirat 
ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim, orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat pahala khusus dari Allah.

Kredit too  http://syuandshoe.blogspot.com

Tuesday, March 12, 2013

Rindukan MEKAH tengok jam pukul berapa sekarang

Bagi yang dah menjejak kaki di Mekah pasti rindukan Mekah terutama bila mendengar Azan berkumandang
sebenarnya jarak masa antara kita dan Mekah  berbeza beberapa jam sahaja , ini bermakna kita ada menempuh sedikit waktu siang dan sedikit waktu malam pada masa yang sama dengan mereka. Seperti ketika kita Jam 5 petang Matahari sebenarnya tegak di atas Kaabah pada bulan bulan tertentu yang membolehkan kita memeriksa arah kiblat .Keaadaan ini di namakan Istiwa




Ini bermakna ketika waktu kita di sini  petang  di Mekah pula adalah waktu tengahari. dan ketika waktu kita tengah malam di sana adalah waktu isyak.Sebab itu lah siaran langsung sembayang terawikh selalunya antara jam 1 dan 2 pagi. Seperti yang saya screenshot disini waktu saya menulis entri ini adalah jam 4.33 petang di Kuala Lumpur dan di waktu Mekah pula adalah Jam 11.33 pagi.

Di Blog saya ini saya masukkan kedua dua waktu antara Mekah dan Kuala lumpur bagi yang nak mengetahui jam berapa disana sekarang dan mungkin anda boleh mengagak  apa yang saudara mara kita alami dan tengah buat disana sewaktu mengerjakan haji atau umrah . Untuk melihat kedua dua jam ini, masuk ke blok Komputer dan anda  dan anda  hanya perlu scroll blok saya  di sebelah kanan bahagian tengah blog di mana saya pamerkan waktu sebenar di Kuala Lumpur dan Mekah serentak.
Dengan mengetahui waktu mereka di sana bolehlah kita bayangkan apa yang mereka sedang lakukan di sana berdasarkan pada pengalaman anda sendiri ketika berkunjung di sana.  Cubalah bayang bayangkan.

Saya dah daftar nak pi sana tapi kata tabung haji giliran saya pada tahun 2057 , aduih lambatnya harap harap saya dapat mengunjunginya lebih awal dari itu Amin

Wednesday, March 6, 2013

Akhirnya mencecah 100000 pageview


Selepas  3 tahun beroperasi dengan kunjungan lebih 30 ribu orang pengunjung dari hampir 10 buah negara  dan sudah di bekalkan 300 posting akhirnya Blog komputer dan anda mencecah 100000 pageview pada malam 6/3/2013 sejam sebelum harijadi saya yang ke 50



Fail yang di gemari Virus dan cara membuangnya

File autorun.inf, RECYCLER, dan New Folder.exe adalah beberapa file yang biasanya sudah menjadi sarang  protect oleh virus dalam melindungi diri dari di delete atau di hapuskan dengan mudah dari komputer atau flashdisk anda bila terkena serangan Virus. Serangan virus yang melibatkan 3 fail di atas amatlah susah bagi anda mengatasinya malah anda tidak boleh membuannya begitu sahaja  kecuali anda mengunakan teknik teknik dan sofware tertentu. Jika anda terkena virus yang melindungi dirinya mengunakan 3 fail ini proses membuangnya walau pun berjaya tidak akan kekal lama kerana virus tersebut akan kembali semula setiap kali anda boot komputer anda. Selain dari virus ada juga sebab sebab lain menjadikan fail fail tertentu tidak boleh di delete .


 Windows akan mengeluarkan comand seperti di bawah jika terdapat fail yang tidak boleh di delete
  • Cannot delete folder: It is being used by another person or program
  • Cannot delete file: Access is denied
  • There has been a sharing violation.
  • The source or destination file may be in use.
  • The file is in use by another program or user.
  • Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use.
 Jika keluar arahan di atas bermakna fail tersebut tidak boleh di hapus dengan cara biasa dan
Semua pesan-pesan fail error di Windows sebegini  ini sebenarnya menjadikan fail tersebut  hanya  boleh di hapus  dengan mengunakan Unlocker.http://download.cnet.com/Unlocker/3000-2248_4-10493998.html


Monday, March 4, 2013

Apa yang di katakan gerenty dan warrannty

Setiap kali anda membeli sebuah komputer anda misti bertanya berapa lamakah gerenty dan warranty yang di berikan dan apakah yang di diliputinya (Covering) . Sebagai seorang penjual Komputer atau laptop saya juga kena memahami dan memberi faham kepada pelanggan saya apakah dia waranty dan gerenty dan apakah sebenarnya perlindungan yang di beri sepanjang waranty tersebut.



Apakah perbezaan gerenty dan  warranty
 Gerenty    = Barangan anda akan di ganti baru jika ada kerosakan dan kegagalan yang biasa
 Warranty = Barangan anda akan di baiki jika berlaku kerosakan atau kegagalan

Apa yang di liputinya 
1. Kegagalan atau kerosakan yang normal (biasa) yang terjadi dalam tempoh gerenty dan warrannty

Apa yang tidak di liputinya 
1. Terjatuh, terpijak , pecah terkena air, kilat , panas malampau (overheat) atau atas sebarang sebab atas kelalaian tuan empunya . Walaupun penguna cuba menipu tetapi sebenarnya mereka ada cara mengesan punca kerosakan tersebut samada dalam keaadaan biasa atau atas kecuainya.

Virus Short Cut Menganas

 Dalam saya dok repair atau pun format Komputer dari pelbagai ragam kerosakan, saya pernah terkena serangan virus ini yang berjangkit ke komputer dan semua USB Flasdisk saya. Mula mula saya agak panik kerana semua fail foldel saya tak dapat di buka, malah selepas saya format Flasdisk saya virus tersebut tetap ada. Dari mengelabah saya akhirnya menemui solusi bagi mengatasi masalah virus ini. Virus yang saya madsudkan adalah Shortcut Virus yang mana menukar semua foldel anda ke shotcut

Virus shortcut menukar format folder dan file kita anda kepada hidden file lalu di create satu shortcut untuk file filedengan nama yang sama pada file foldel anda tetapi anda tidak dapat membukanya. ianya akan
menyerang hard disk , pendrive atau micro card kita , dan bagi yang tidak memahaminya akan terus delete kesemua fail foldel itu dan mengakibatkan anda akan kehilangan semua fail anda walaupun pada hakikatnya virus ini hanya menyembunyikan fail fail foldel anda. Jika anda terkena virus ini jangan mudah memformat fail anda kerana sebenarnya ianya boleh di atasi dengan mudah iaitu melalui edit DOS atau melalui software tertentu


Cara buang mengunakan DOS arahan CMD
  1. Buka Command Prompt melalui Start -> All program -> Accessories -> Command Prompt.atau dengan membuka menu RUN dan ketikkan cmd lalu klik OK/tekan ENTER
  2. Anda cari  dahulu dimana letak shortcut yang ingin kita hapus,misalnya ada di drive F,
     ketikkan attrib -h -r -s /s /d w:\*.*
  3. Tekan enter.
  4. Cek flashdisk anda,Sekarang anda cuba hapus satu persatu atau seluruhnya.fail yang di jangkiti

    RUJUKAN ARAHAN


    -R    adalah perintah untuk menghilangkan mode Read Only
    -A    perintah untuk menghilangkan mode Archive
    -S     perintah untuk menghilangkan mode System
    -H    perintah untuk menghilangkan mode Hidden
    DEL perintah untuk menghapus file


 Mengunakan antivirus khas
Mengunakan Antivirus sangatlah mudah apa yang penting anda kena download dahulu antivirus tersebut dan RUN pada komputer anda antara nya adalah 

Shortcur Remover
Boleh di gunakan tetapi selalunya virus yang di buang akan kembali semula. 
 
Smadav2013
Boleh membuang terus virus Shotcut ini dari PC atau Tumb Drive anda

 

Sunday, March 3, 2013

Cara Kunci Folder Rahsia Anda

Anda ingin menyembunyikan folder ada atau menghalannya  daripada dibuka oleh orang lain. Hari ini saya akan tunjukan  Cara Untuk Meletakkan Password Pada Folder anda agar tidak boleh di buka oleh orang lain kecuali oleh anda sendiri sahaja Menarikkan. Caranya ialah anda mengunakan TrueCrypt . Mula mula anda kena download dulu software ini

-
Cara Menggunakan TrueCrypt
Selepas Muat turun TrueCrypt dan pasang perisian tersebut. Buka TrueCrypt. dan Ikuti  langkah – langkah berikut:
    •  tekan pada butang “Create Volume”
    • Satu tetingkap “TrueCrypt Volume Creation Wizard” akan terpapar. Pilih “Create a standard TrueCrypt volume” dan tekan butang Next
    • Pileh`“Selet file buat nama - fail sulit anda. . Klik pada butang Save. Kemudian klik pada butang Next.
    • Pilih kaedah ecryption. Biarkan pilihan yang biasa dan tekan butang Next.
    • Tetapkan saiz bagi direktori sulit anda.
    • Masukan  kata laluan.
    • format
    • Setelah proses format selesai, tekan butang Exit.
    • Selesai
. Cara nak menggunakannya:
    • Buka TrueCrypt. Pilih mana – mana drive untuk meletakkan direktori anda. Klik pada butang “Select File” dan pilih fail yang anda buat tadi.
    • Klik pada butang Mount.
    • Masukkan kata laluan.
    • Untuk menyembunyikan kembali direktori ini, klik pada butang Dismount.
Muat turun TrueCrypt di sini.