Wednesday, January 22, 2014

Cara cari bahan di Google dengan lebih mudah dan khusus

Masalah pencarian di Google search injin adalah ianya hanya di buat secara rawak mengikut terma keyword yang anda taipkan di ruangan search .Dengan berbilion bahan di internet kemungkinan ada persammaan dalam keyword yang anda taip dengan lain lain bahan menjadikan terlalu banyak bahan yang di pamerkan di screen komputer anda bercampur baur dengan bahan lain yang mempunyai katakunci yang hampir sama. tentu ini akan menyukarkan anda membuat carian secara khusus bukan.  Tapi tahukan anda bahawa ada satu cara pencarian yang memudahkan anda memberi arahan lebih specifik kepada injin google anda dengan meletakkan tanda (" " ) di setiap awal dan akhiran  kata kunci yang anda akan cari nanti.

Sebagai contoh saya cuba mencari apa apa bahan berkaitan diri saya dalan google saya hanya menaip "Hashim Derashid" dan teryata google akan hanya mepamerkan apa apa bahan yang berkaitan dengan nama saya sahaja tanpa mercapur aduk bahan lain yang mungkin ada sedikit persamaan (lihat gambar)
Cubalah...ianya lebih mudahkan dan lebih specifik dengan kehendak carian anda

Tuesday, January 21, 2014

Komputer anda mati tiba tiba kenapa ya

Pernah tak anda kena macam ni, tengah syok syok melayan komputer tiba tiba komputer anda tutup terus atau mati secara tiba tiba tanpa ada pesan ralat pada screen komputer anda. kenapa terjadi demikian.
Kalau ianya terjadi begitu ada  beberapa kemungkinan ini terjadi kepada komputer anda

1. Komputer anda terlalu Panas atau overheat kerana kipas prosesor tak berfungsi
2. Kerusakan atau kesalahan pemasangan hardware.
3. Serangan pelbagai Virus komputer.
4. Masalah pada OS (operations System) .
5. Kegagalan  hardware hardware tertentu secara tiba tiba
6. Kabel plug tercabut
7. Fius pada kabel plug terbakar
8. Power suply rosak
9. Motherboad anda terbakar

Anda cuba periksa satu persatu dari 9 kemungkinan diatas dan jika anda tidak temui jawapanya temuilah juruteknik anda . tentu dia ada jawapannya

Thursday, January 16, 2014

Edit gambar dengan WebCamera360 secara online

Anda malas nak guna photoshop sebab tak mahir sangat untuk edit gambar anda sesuka hati anda . Saya ada cara penyelesaian yang sangat mudah gunakan WebCamera360


Wednesday, January 15, 2014

Cara download Vedio dari Facebook

Anda berminat untuk download dan menyimpan sesuatu vedio dalam facebook yang tiada link ke youtube bagaimana caranya. Mudah sangat

Klik dan masuk pada Vedio kegemaran anda dalam facebook kemudian copy adrees yang terdapat di ruangan adress di bahagian atas facebook anda dan paste kan adres tu ke ruangan dowload adress di  Facebookdowload  


atau ke...
DownVids
FacebookVideoz
SaveVideo.Me

FBDOWN

Saturday, January 11, 2014

Lebih mudah cari posting lama dengan kotak CARI

Oleh kerana posting saya sudah menjangkau ratusan adalah amat sukar bagi sesaorang untuk mecari terus kepada posting yang di perlukan. Untuk tujuan tersebut saya telah meletakan kotak dialog CARI di hujung atas sebelah kanan blog saya untuk memudahkan anda mencari sesuatu mengikut kata kunci yang anda fikirkan. Contoh di gambar screen shoot 1 dibawah hanya saya masukan kata kekunci CARA. blog ini akan mencari dan memilih semua posting saya terdahulu yang mempunyai kata kunci cara sahaja untuk anda pilih dan begitu juga jika anda menaip kata kunci Islam segala posting berkaitan Islam akan tersenarai. Ini akan memudahkan ada mencari posting yang anda inginkan tanpa perlu klik satu persatu atau menekan older posts beratus kali yang sudah tentu membuang masa dan menyukarkan  anda.untuk mencari hanya bahan yang anda perlukan sahaja.

Screen Shoot 1
Untuk lebih detail anda perlu menaip terus posting yang anda perlukan seperti scren shot 2 di bawah. Saya cuba mencari posting yang pa;img lama iaitu "cara buat recover consol " ya blog ini akan terus mencari dan menyiarkan terus posting tersebut. Wahal posting tersebut adalah posting pertama saya yang berda jauh di akhir blok saya yang memungkinkan anda kena menekan older posts beratus kali bagi menemuinya. Tapi ingat jika sesuatu posting itu tak ujud di blog saya anda tidak akan menemuinya..tapi anda boleh menemuinya di lain tempat dengan menekan pada pilehan butang The Web. atau Linked From Here kerana pada pilihan pertama ianya hanya mencari posting dalam pilihan butang This Blog. selamat mencuba


Scren shoot 2


Semoga ini membantu anda

Tuesday, January 7, 2014

Beza filesize (KB) dan file transfer (kb)

Sudah lama anda berkomputer tapi boleh tak anda membezakan ukuran filesize dan filetranfer
Filesize selalu di sukat dalam KB sementara file transfer di sukat dalam kb. Nampak macam sama kan tetapi ianya berbeza kerana satu mengunakan huruf besar dan satu lagi mengunakan huruf kecil
KB untuk KiliByte sementara kb untuk kilobit/sec. Sifir inilah akan menentukan keberkuasan komputer dan berinternet anda


Contoh sifir KB untuk filesize :

  • 1 KB (one KiloByte) = 1024 Bytes
  • 1 MB (one MegaByte) = 1024 KiloBytes
  • 1 GB (one GigaByte) = 1024MegaBytes

    Selalunya ini di guanakan untuk menyukat filesize volume broadband WIFI anda dan nilai muatan cereka keras atau thumbdrive anda
Untuk data transfer pula biasanya diistilahkan dengan bits/sec.

Contoh sifirnya kb seperti berikut
  • 1 kbps = 1.000 bits per second
  • 1 Mbps = 1.000.000 bits per second
  • 1 Gbps = 1.000.000.000 bist per second
kbps (kilobits/sec)  seribu bit per second
Mbps (megabits/sec)  sejuta bit per second
Gbps (gigabits/sec)  semilion bit per second
tbps (terabits/sec)  trillions bit per second
bit di gunakan bagi mengukur kelajuan internet anda

Lihat contoh pakej Broadband ini












Keratan ini saya ambil dari apa yang di tawarkan oleh PortaWIFI Celkom cuba lihat pada ruangan volume iaitu ada 4GB, 6GB dan 10GB  dan pada ruangan speed 21Mbps. Apa yang membezakan harga pakej ini adalah volume GB yang anda miliki sementara speed kekal pada paras yang sama. Sebab itulah jika anda hanya mengambil pakej 4GB sahaja anda akan cepat kehabisan kota sekiranya anda banyak membuat download atau melayan youtube. Selalunya jika anda menghabiskan kota pehak provider akan meminta anda top up atau sekatan akan di buat. Sesetengah provider akan mencantu kelajuanya agar anda tidak menghabiskan kota sebelum bil bulan berikutnya. sebab itulah ada ketikanya anda akan dapati internet anda menjadi tersangat lembab.

Nasihat saya jika anda seorang yang peng download tegar atau suka melayani youtube anda perlulah memilh pakej KB yang paling besar atau Unlimited dan jika anda hanya mengunakan internet untuk melayari laman sosial atau blog blog pakej yang minima sudah memadai.