5 Rahsia Kopi Yang Perlu Anda Tahu
Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 5 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.
Melindungi hati anda- Seorang
peminum kopi yang meminum 1 hingga 3 cawan sehari mempunyai kadar yang
lebih rendah terkena stroke daripada seorang yang tidak meminum kopi.
Kopi mempunyai antioksida lebih daripada hidangan
blueberry, dan merupakan sumber terbesar antioksida dalam diet Amerika.
Antioksida membantu mengelakkan daripada radang pada arteri. Kesan
segera apabila seseorang yang baru sahaja meminum kopi adalah
meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung, tetapi dalam jangka masa
panjang, ia akan menurunkan tekanan darah kerana antioksida kopi akan
mengaktifkan oksida nitrik (pelebaran salur darah).
Mengurangkan risiko diabetes- Antioksida
yang berada didalam kopi berperanan untuk meningkatkan kepekaan sel-sel
anda terhadap insulin (yang membantu mengatur kandungan gula dalam
darah). Orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mungkin
mempunyai risiko lebih rendah menderita diabetes jenis 2, menurut
beberapa kajian. Hasil daripada penyelidikan lain menunjukkan bahawa
kafein boleh mengurangkan sensitiviti insulin, anda dinasihatkan untuk
meminum kopi yang tidak mengandungi kafein sesekali.
Kanser- Salah
satu hasil analisis daripada sembilan kajian menunujukkan bahawa setiap
peningkatan 2-cawan kopi setiap hari dapt mengurangkan risiko kanser
hati sebanyak 43 peratus. Ini adalah kerana kandungan kopi yang
mempunyai asid klorogenat dan caffeic, manakala kafein pula membantu
untuk mencegah keradangan hati dan menghalang sel-sel kanser.
Meningkatkan kekuatan otak-
Sebahagian besar hasil daripada kajian menunjukkan dengan meminum
antara 1 hingga 5 cawan sehari boleh membantu mengurangkan risiko
demensia,penyakit Alzheimer dan Parkinson. Ejen antioksida yang
terkandung dalam kopi dapat mencegah kerosakan sel otak dan membantu
neurotransmitter yang terlibat dalam fungsi rangsangan otak untuk
bekerja dengan lebih baik.
Membantu mengurangkan sakit kepala-
Kajian menunjukkan bahawa 200 miligram kafein dapat memberikan bantuan
daripada sakit kepala termasuk migrain. Tetapi fakta mengenai bagaimana
kafein mengurangkan sakit kepala tidak jelas. Walaubagaimanapun para
saintis mengetahui bahawa kafein meningkatkan aktiviti sel-sel otak,
menyebabkan sekitar pembuluh darah menyempit. Salah satu teori lain
menyatakan penyempitan ini membantu untuk meringankan tekanan yang
menyebabkan anda berasa sakit, kata Robert Shapiro, MD, Ph.D., profesor
neurologi dan pengarah Klinik Sakit kepala di University of Vermont
Medical School.
kredit too http://www.sportmusang.com/2014/10/5-rahsia-kopi-yang-perlu-anda-tahu.html
No comments:
Post a Comment