Monday, December 1, 2014

Beza password Streamyx dan password user WIFI streamyx

Agak lama saya tak pos entri kat blog ni sebab bulan 11 dan 12 ni agak sibuk maklumlah nak kena siapkan SKT la Fail Meja la , Buku Hijau lah dan macam macam lapuran lagi. Kalau buat SKT diri sendiri tiada masalah sangat ni SKT.fail Meja dan Buku Hijau staf bawah seliaan  pun nak kena kita buat. Tapi just ok sebab kalau suruh depa buat lagi lambat nak siap, senang nya kalau dah selesaikan sekarang boleh aku  bercuti hujung tahun. Yahooooooooooooo



Oh ya berikutan entri saya yang paling mendapat sambutan Lupa password stremyx dan cara atasinya saya banyak mendapat maklum balas melalui emel bertanyakan bagaimana nak masuk ke password tersebut kerana masih ada yang tak faham beza antara pasword Streamyx dan password WIFI . Password streamyx adalah password yang di buat semasa pendaftaran dan pasword yang WIFI pula yang di buat di masa pemasangan. Jadi mereka tak tahu password mana yang nak di reset jika terlupa password. OK disini saya jelaskan seringkas mungkin

PASSWORD STREAMYX
Password ini di bena semasa anda mula mula mendaftar di TM atau sebarang provider pilihan anda. ianya akan tercatit pada borang pendaftaran anda, Jangan hilangkan surat pendaftaran tersebut, Jika ianya hilang ada boleh mereset password baru dengan menelefon talian 100 untuk TM la . untuk yang lain rujuk pada buku pendaftaran. Password ni hanya boleh di reset oleh pemegang provider anda sahaja. Tapi jika ada yang merubah user login akan ada masalah untuk anda men access internet dan ada perlu mereset dan membuat login name dan password baru dengan menelefon talian 100.

PASSWORD WIFI STREAMYX
Password ini di buat semasa proses pemasangan oleh pihak TM , untuk kawalan dari ada yang mencuri talian WIFI anda. Jika anda berkemahiran anda boleh membena sendiri password ini dan boleh menukarnya setiap 6 bulan jika di kuatiri  di cerobohi. Jika anda terlupa password ini anda boleh mereset sendiri dengan masuk ke 192,168.1.1 untuk TM la. Yang lain tu rujuk pada buku panduan. dan di sini ada satu lagi password untuk login selalulnya nama pasword dan login adalah sama. Dan user login dan pasword untuk masuk ke admin ni biasanya TMADMIN atau ADMIN atau TM1234 ,( ini pasword untuk login TM admin sahaja) Anda boleh masuk dan reset pasword tersebut sendiri, tak perlu lah call talian 100 .

 Kalau kita lihat di sini ada 3 password terlibat. pasword streamyx, password WIFI dan pasword login ke 192.168.1.1  , password yang mana anda terlupa tu sebenarnya.?????

Antaramuka untuk login  192.168.1.1 (tergantung kepada  apa jenis MODEM yang anda gunakan)


Kalau tak tahu juga boleh hubungi saya melalui FB atau kalau berdekatan saya boleh pergi dan  betulkanya.

3 comments:

  1. actually i want to change my wifi pw, but i cant to login my D-link modem from 192.168.1.1?can u check for me?my modem username is "ww5132".

    ReplyDelete
  2. log masuk ke admin dan Go to setup wirzard ...buat semula .. ada boleh uba wifi password di situ

    ReplyDelete
  3. salam..mslh sy plak smlm ttbe modem pnye lmpu xmnyla..arini ble da mnyala ble cnnect kuar sign in tm ble sign in kuar tm notyfiction.. sy xphm la.bru smgu pkai..

    ReplyDelete