Sunday, September 4, 2011

BlackBerry Playbook bakal saingi Android



Kehadiran peranti tablet BlackBerry Playbook dilihat mampu menyaingi kehebatan peranti android yang semakin digemari pada hari ini.

BlackBerry Playbook bakal memberikan pengalaman pengkomputeran mobiliti unik dan berkuasa kepada pengguna.
Gajet komputer tablet ini turut dipacu dengan pemproses berkembar yang membolehkannya melaksanakan pelbagai operasi secara serentak selain spesifikasi multimedia yang berkualiti.

Gajet ini didatangkan bersama skrin LCD sentuh bersaiz tujuh inci beresolusi 1024x600 mempunyai ketebalan hanya 10 milimeter (mm) dan berat 425 gram (g) menjadikannya mudah untuk dibawa dan digunakan secara mudah alih.
 Ddisokong oleh sistem operasi QNX yang mesra pengguna dengan binaan RAM satu megabit (MB) selain pilihan memori binaan dalam berkapasiti 16, 32 dan 64 gigabit (GB).

BlackBerry Playbook turut menyokong permainan video beresolusi tinggi (HD) 1080p, mempunyai output HDMI serta kamera belakang lima megapiksel dan hadapan tiga megapiksel.

BlackBerry Playbook boleh diintegrasi bersama telefon bimbit pintar BlackBerry untuk mengakses kandungan data seperti emel, BlackBerry Messenger (BBM), kontak dan sebagainya menerusi capaian Bluetooth dengan kadar sekuriti yang tinggi.


No comments:

Post a Comment