Monday, September 5, 2011

Sony Sertai Rangkaian komputer Tablet

Sony akhirnya  melancarkan dua versi komputer tablet mereka, S1 yang menyamai saiz iPad dan S2 dengan dua skrin dan boleh dilipat. Tablet mereka menggunakan Android Honeycomb 3.0 yang dicipta khas untuk komputer tablet.

Sony S1 adalah tablet dengan skrin 9.1 inci , Sony juga memberikan Tegra SoC iaitu enjin paparan untuk memainkan video definisi tinggi HD.

Sony S2 pula,  merupakan komputer tablet boleh lipat seperti Nintendo S, ia menggunakan skrin 5.5 inci setiap satu dan juga dilengkapi kamera depan belakang serga enjin Tegra SoC

Apa yang menarik berbanding S1 ialah kedua-dua skrin  Sony S2 mampu digunakan secara berasingan, contohnya skrin diatas bermain video dan skrin dibawah memaparkan senarai video yang ada didalamnya.

Kedua-dua tablet ini dilengkapi WiFi dan juga 3G/4G

No comments:

Post a Comment