Thursday, August 30, 2012

Samsung Notebook baru boleh di tanggal tanggal

Inovasi Samsung tidak berhenti walaupun mengalami saman patten dari pehak Apple, Pembayaran saman Apple pula di buat dengan wang syiling 5 sen sebanyak 30 trak yang berninai US 1 Bilion , Bayangkan bagaimana mengiranya. Keluaran Notebok terbaru samsung tergabung atara design Notebook dan komputer tablet serta mengunakan OS paling baru dari windows iaitu Windows 8. Apa yang menarik tetang nootbook ini ialah ianya dwi fungsi samada boleh di jadikan notebook dan bila anda rasa tidak mahu ianya juga boleh di jadikan sebuah komputer tablet dengan hanya menanggalkan kepada 2 bahagian (lihat gambar)

Jika anda tidak tanggalkan ianya kekal sebagai notebook biasa



Proses memisahkan dengan badan asal sedang di lakukan dengan mudah sekali

Sekarang ia berfungsi sebagai komputer tablet (seperti Samsung galaxy tab atau iPad)



Sunday, August 26, 2012

Apa yang saya dapat dari Blog Komputer dan Anda

Ada orang bertanyakan saya apa yang saya dapat dengan menulis di blog komputer dan anda , Terus terang saya katakan pada asalnya saya menulis hanya sekadar memenuhi hobi saya di samping untuk mengingat kan saya pada setiap kali saya menyelesaikan masalah komputer dengan cara saya merakamkannya di blog saya sebagai rujukan di masa hadapan. Semua tulisan berkaitan masalah komputer berdasarkan pengalaman saya dan untuk tulisan berkaitan Islam yang saya rasa amat menarik saya hanya mengambilnya dari blog blog tertentu sebagai rujukan dan saya akan kreditkannya kepada penulis blog asal tersebut.

Pada akhirnya saya di perkenalkan kepada Nufnang yang akan membayar saya mengikut CTR Bonus pada setiap kali pengunjung laman blog saya yang klik pada iklan Nufnang yang tersiar. Jadi pada sesiapa yang rasa ingin memberikan wang kepada saya selepas berpuas hati dengan tulisan di blog ini bolehlah anda klik pada iklan nufnang tersebut sebagai tanda terimakasih. Jika anda tidak berbuat begitu pun tak apa kerana ilmu yang saya tuliskan ini terbuka untuk semua. Ikhlas

Untuk rujukan anda saya pastekan sebahagian dari jumlah CTR Bonus yang telah saya  perolehi bila anda klik pada iklan Nufnang tersebut (lihat gambar). kalau kita lihat pada senarai tersebut bayaran yang di berikan untuk setiap klik pada iklan adalah berbeza beza. Ada 3 iklan nufnang yang saya letakan di blog ini dan lagi bayak anda klik pada iklan tersebut lagi banyak lah saya dapat wang  ha ha ha...Terimakasih

Ahli Fizik Masuk Islam Kaji Matahari Terbit Ikut Barat

 

"

Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.







Pusat Islam Kyiv
Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.
Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry
Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu. 


Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.

Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut.

Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.

Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.


Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu tempoh, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakan matahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah. 


Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).



Thursday, August 23, 2012

Laptop Pertama Di dunia

Boleh di katakan hari hari saya bergelumang dengan Laptop netbook atau desktop samada saya melayari internet melaluinya atau saya membaiki komputer yang di hantar kepada saya. Kadang kadang saya terfikir bagaimana rupa Laptop pertama di dunia, dan hasil pencarian saya saya temui info ini

 
Laptop Pertama Di dunia
Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985. Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ  , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg . Laptop ini hanya mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive sama seperti komputer desktop pada awal penciptaannnya



Sunday, August 19, 2012

Kenali RAM DDR melalui nombor Frekuensi transfer

Mengenali RAM secara fizikal adalah cara terbaik dan paling mudah bagi seorang tecnitions komputer, tetapi mengenali RAM sebegini memerlukan kemahiran yang tinggi kerana bentuk DDR RAM hampir sama antara satu sama lain kecuali ada beberapa perbezaan fizikal yang ujud jika di perhatikan dengan betul terutama pada kedudukan key notch pointnya (lekuknya)

Selain dari bentuk fizikal satu cara lagi mengenali DDR RAM adalah melalui Frekuensi transfer yang tercatat pada RAM tersebut. Disini saya senaraikankan perbezaan Frekuensi transfer pad ke tiga tiga RAM DDR yang terdapat di pasaran sebagai rujukan anda

DDR memiliki memory clock antara 100 – 200MHz dan
Frekuensi transfer yang bisa dihasilkan hanya antara 200-400 MHz.

DDR2 Memory clock-nya antara 100 MHz sampai 266 MHz Dan frekuensi transfer antara 400-1966 MHz.

DDR3 hampair sama dengan DDR2 yaitu dari 100-266 MHz. Bedanya terletak di frekuensi transfernya yang mencapai 2133 MHz.

lihat gambar  beza fizikal cuma pada kedudukan key notch yang berubah

Saturday, August 18, 2012

Windows 8 RTM sudah boleh di download

Windows 8 RTM (Release To Manufacturing) sudah boleh di downlod sekarang sebelum Windows 8 dilancarkan kepada umum pada 26 Oktober nanti.


Windows 8, Microsoft membawakan pelbagai perubahan, termasuk memperkenalkan antaramuka baru yang mesra bukan sahaja pengguna desktop biasa, tetapi turut dioptimasikan untuk pengguna skrin sentuh, terutamanya tablet. Disamping itu, Windows 8 turut diintegrasikan dengan lebih menyeluruh bersama sokongan awan SkyDrive, serta memperkenalkan Windows Store bersama dengannya.

klik untuk download
1. Windows 8 RTM  32 bit 
2. Windows 8 RTM 64 bit
 

Thursday, August 16, 2012

Sukarnya nak buka dan repair netbook & laptop

Ada orang bertanya kepada saya susah tak nak repair laptop atau netbook , jawapan saya mudah sahaja kerana konsep logiknya sama dengan komputer desktop . cuma yang membezakanya kesemua barangan di dalamnya telah di kecilkan bagi memuatkanya dengan saiz laptop atau netbook tersebut. Pada saya mudah membaiki laptop tapi sukar untuk membukanya ( untuk sampai ke bahagian yang rosak) kerana anda terpaksa membuka keseluruhan laptop tersebut . Barangan di dalam nya terkait antara satu dengan lain dan kesalahan mencabut kabel kabel atau wayar yang berselirat akan menjadikan anda gagal memasangnya semula dengan betul. Patutlah selalunya bila repair laptop atau netbook upahnya lebih mahal dari desktop.
Saya mula memahaminya setelah saya terjun dalam bidang ni

Jika anda ingin membuka laptop atau netbook untuk pengantian barang saya perturunkan beberapa tip untuk di ikuti
  1. Gunakan pemutar skru yang betul dan khas untuk sesetengan laptop
  2. Jika laptop tanpa skru gunakan apa apa kad yang tak berguna (cth ,Kad telephon) untuk menuil celah  celahnya agar klip mudah terbuka
  3. Jangan menuil mengunakan peralatan besi ia akan merosakan laptop anda
  4. Tanda kan wayar atau cable yang anda cabut supaya anda dapat memasangnya semula dengan betul
  5. Bila mula membuka belakang laptop anda jangan terus mencabut tanpa melihat dulu wayar wayang yang berkait kait antara bahagian bahagian yang anda buka
  6. Kenal pasti dulu kompenen didalamnya sebelum di tukar atau di beli baru (misti 100% dari model yang sama)




Wednesday, August 15, 2012

Microprosesor Pertama Di Dunia

 Saya hanya mengenali Microprosesor bermula dari sisri 286, 386, 486, 486DX, Pentium1, 2,3, Duel Core, Core to duo , Core to Quart , I3, I5, I7 tetapi saya tidak pernah melihat microprosesor yang pertama sekali di cipta , kerana saya mula aktif merepair komputer pun pada awal tahun 90 an. Jadi semua procecor yang tersenaraidi atas saya kenali dan tahu cara memasangnya . Saya hanya dapat melihat Microprosesor pertama di dunia setelah saya cari di internet . Tenyata ianya di cipta pada tahun 1971 ketika itu umur saya baru 8 tahun .rasa rasanya TV warna pun saya belum tengok. yang ada cuma radio transistor ayah saya.

Microprosesor Pertama Di Dunia (1971): Intel 4004
Pada November 1971, Syarikat Intel menghasilkan micro prosessor pertama, Intel 4004 (U.S. Patent #3,821,715), diciptakan oleh Federico Faggin, Ted Hoff, dan Stan Mazor.


Tuesday, August 14, 2012

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

Solat Tarawih adakah 8 rokaat atau 20 rokaat, ikuti jawapan DR MAZA dalam blogammar.com. yang saya share disini
Kekeliruan Tentang Solat Tarawih: klik untuk tulisan sepenuhnya

Monday, August 13, 2012

Screen monitor laptop /netbook anda tiba tiba menjadi terbalik

Anda percaya tak saya boleh buat duit hanya dengan cara membetulkan kembali screen monitor yang secara tak sengaja terbalik dan menyukarkan penguna. Orang yang panik akan setuju bayar apa sahaja janji ianya kembali seperti sediakala. Tapi selalunya saya takan cas mahal berbalaoi dengan kerja yang saya lakukan. hari ini saya akan tunjukan bagaimana saya melakukanya.. mudahkan dapat wang ha ha ha
Ada banyak cara nak betulkan screen monitor yang terbalik . Cara yang saya tunjukkan ni, untuk window 7.

Cara pertama

Yang paling mudah pergi kat desktop. Lepas tu ikut shortcut bawah ni.
CTRL+ALT+UP Normal
CTRL+ALT+LEFT 90 Degree
CTRL+ALT+DOWN 180 Degree
CTRL+ALT+RIGHT 270 Degree

Cara kedua


Right Klik > Properties > Graphics Option > Graphic Properties > option ‘rotation’ > Adjust mengikutkeperluan
Atau
Right Klik (kat desktop) > Graphic Properties > Rotation > Adjust mengikut keperluan.
atau
Right Klik (kat desktop) > Graphic Properties > Display Settings > Rotation > Adjust mengikut keperluan
Atau
Right Klik > Graphics Option > option ‘rotation’ > Adjust mengikutkeperluan

Untuk komputer desktop pula klik kanan di tengah tengah desktop (ada logo windows)

pilih screen resolution
pilih lanscap
aply 
keep
kan dah ok

Thursday, August 2, 2012

'Mouse' Pertama di cipta umurku baru setahun jagung

'Mouse' Pertama di cipta pada tahun 1964 oleh Douglas Engelbart. Masa ni saya baru nak belajar  merangkak agaknya , berbeza dengan anak saya baru setahun jagung dia dah tahu mengunakan mouse , dan kenal apa itu mouse bila di suruh ambil. Budak budak sekarang memang cangih apalagi jika berikan iPAD .tahu pula dia benda tu screen touch.

Mouse pertama didunia di cipta  pada 1964 ini hanyalah terdiri daripada dua sliding wheel dan dibuat daripada kayu , Sekarang terdapat pelbagai jenis mouse dari serial mouse ke USB mouse dan yang paling cangih wireles mouse. Dengan keluarnya segala macam komputer tablet yang 100% screen touch adakah akan memupuskan pengunaan mouse. Kita lihat saja perkembangan teknologi komputer yang akan datang. adakah akan menjadikan mouse hanya boleh di dapati di muzium. Sebagai contoh perkembagan pesat teknologi internet juga sudah menguburkan pengunaan telegram.