Sunday, August 26, 2012

Apa yang saya dapat dari Blog Komputer dan Anda

Ada orang bertanyakan saya apa yang saya dapat dengan menulis di blog komputer dan anda , Terus terang saya katakan pada asalnya saya menulis hanya sekadar memenuhi hobi saya di samping untuk mengingat kan saya pada setiap kali saya menyelesaikan masalah komputer dengan cara saya merakamkannya di blog saya sebagai rujukan di masa hadapan. Semua tulisan berkaitan masalah komputer berdasarkan pengalaman saya dan untuk tulisan berkaitan Islam yang saya rasa amat menarik saya hanya mengambilnya dari blog blog tertentu sebagai rujukan dan saya akan kreditkannya kepada penulis blog asal tersebut.

Pada akhirnya saya di perkenalkan kepada Nufnang yang akan membayar saya mengikut CTR Bonus pada setiap kali pengunjung laman blog saya yang klik pada iklan Nufnang yang tersiar. Jadi pada sesiapa yang rasa ingin memberikan wang kepada saya selepas berpuas hati dengan tulisan di blog ini bolehlah anda klik pada iklan nufnang tersebut sebagai tanda terimakasih. Jika anda tidak berbuat begitu pun tak apa kerana ilmu yang saya tuliskan ini terbuka untuk semua. Ikhlas

Untuk rujukan anda saya pastekan sebahagian dari jumlah CTR Bonus yang telah saya  perolehi bila anda klik pada iklan Nufnang tersebut (lihat gambar). kalau kita lihat pada senarai tersebut bayaran yang di berikan untuk setiap klik pada iklan adalah berbeza beza. Ada 3 iklan nufnang yang saya letakan di blog ini dan lagi bayak anda klik pada iklan tersebut lagi banyak lah saya dapat wang  ha ha ha...Terimakasih

No comments:

Post a Comment