Semua sedia maklum, satu mukjizat Nabi
Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu
sendiri adalah cahaya… Rahmatan Lilalalmin…
Baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. Baginda itu Nur Muhammad… Cahaya atas cahaya… Allahu Rabbi…
Ini adalah sabahagian rambut
Rasululillah saw…. Rambut ini apabila disuluh tiada bayang… Jelas… Ini
adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah… Rambut baginda masih
hidup walaupun jasad baginda sudah tiada… Buktinya apabila rambut ini
dipotong.. Ia akan kembali kepada panjang asal….
ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW
Memang Rasulullah SAW manusia hebat,
tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi
Muhammad lebih segak, jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara,
tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.
Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu.
Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan
daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai
bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun
bulan.”
Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat:
Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam
al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi
Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”
Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”
Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”
Istimewanya darah Rasulullah SAW:
Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu
Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al
Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang
dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai
Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di
suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”
Tetapi dia meminum darah itu. Apabila
pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu
lakukan (terhadap darahku itu)?”
Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di
tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi
daripada pengetahuan orang.”
Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan
kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda:
“Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada
manusia.”
Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas
berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar
(qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku
datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang
mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu
Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita
jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”
Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap:
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam
al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad
daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah
menguap sama sekali.”
Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:
1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu
hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)
2. Dihalalkan harta rampasan perang
(ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sedangkan tidak
dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)
3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)
4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)
5. Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah
SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai
bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)
6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi
orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)
7. Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang
ringkas tetapi mengandungi banyak makna.
8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)
9. Diberikan Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah
arasy. (Hr an-Nisaei)
10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)
11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)
12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula syaitan yang bersama
Nabi Muhammad adalah kafir. Kemudian Allah SWT membantu Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.
16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Wallahua’lam…
Kredit to http://www.illustrasiaku.com
No comments:
Post a Comment