Monday, August 12, 2013

Perihal Buah pinggang dan batu karang


 

 

Tanda-tanda Pesakit Batu Karang 

Cerita dari pengalaman sesaorang
Kencing kotor dan berdarah secara tiba-tiba. Sakit pinggang dan belakang yang agak teruk.
Sakit memulas-mulas di bahagian bawah badan, dada ke ari-ari.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal

1.   Rasa pedih ketika kencing
2.   Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab
3.   Rasa seperti pasir berada dalam badan
4.   Air kencing kotor & berbau busuk
5.   Rasa sakit di kawasan pinggang
6.   Rasa sakit pada alat sulit

Cara atasi penyakit batu karang


Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.


Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu
1.   Sakit/kembung dibahagian kanan perut
2.   Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3.   Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4.   Rasa loya & muntah tanpa sebab
5.   Badan rasa tidak bermaya
6.   Kurang selera makan
7.   Demam

Punca Batu Hempedu
1) Kurang minum air
2) Suka makan benda berlemak
3) Suka makan benda-benda masin
4) Suka makan nasi lemak (bilis,sambal dan santan sangat bahaya)
5) Suka makan “seafood” yang kaya dengan kolestrol jahat




Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang dan Cara Mencegahnya

Cerita dari pengalaman sesaorang

Ulu hati saya selalu berasa pedih dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya mengalaminya. Saya tidak pasti sama ada penyakit itu gastrik atau sebaliknya. Kadangkala saya berasa makanan yang saya makan seperti tidak hadam. Jika saya mengalami pedih ulu hati, saya akan muntah. Anehnya, selepas muntah, saya berasa selesa dan pedih ulu hati itu akan berkurangan.



Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

1 comment:

  1. salam.juz nk share.sy buat duit di internet hanya dgn klik2 iklan.sy sertakn bukti n klau nk joi bleh tgk di
    www.cashnhits.com/blog/wanginternet

    ReplyDelete