Sunday, December 8, 2013

Tentukan kiblat anda mengunakan Buruj ORION

Masalah menentukan kiblat ada pelbagai cara samada mengunakan kompas dan matahari . tapi bagi saya mengunakan keunikan buruj ORION memudahkan saya menentukan , kerana pengunaan matahari memerlukan cuma bulan bulan tertentu sahaja ketika matahari tepat diatas kaabah sementara pengunaan  kompas pula anda perlu tahu titik kordinat yang betul disesuatu kawasan bagi menentukan arah kiblat berpandukan kompas kiblat.

Apakah buruj Orion??
Dikenali sebagai Orion dalam bahasa Inggeris dan Yunani iaitu nama pemburu dalam legenda Yunani purba.
Jika dalam bahasa melayu di kenali sebagai Belantik
Belantik adalah nama bagi satu daripada 88 buah buruj di langit. Secara kasarnya, ia terdiri daripada tujuh biji bintang utama yang lebih terang daripada bintang lain di sekitarnya. Empat daripadanya membentuk segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang Melayu di Nusantara menamainya Belantik iaitu sejenis alat perangkap binatang, misalnya perangkap tikus. Tiga bintang sederet itu dipanggil oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga Beradik.

Oleh sebab Belantik terletak di Khatulistiwa samawi iaitu unjuran Khatulistiwa Bumi di angkasa, buruj ini boleh dilihat dari mana-mana tempat di hemisfera utara dan selatan.

Sebenarnya kalau kita tak kaji sangat kita tak tahu itu merupakan buruj Orion ( pemburu perkasa) setiap malam terang anda boleh mendongak kelangit dan lihat terdapat 3 bintang secara berderet dalam garisan lurus yang bercahaya terang dan jelas. Arah barisan bingtang itu seakan akan menunjuk arah kiblat dan saya sejak kecil mengenalinya sebagai bintang kiblat. cuma anda kena pastikan arah mana kiblatnya dengan mengenali bintang lain di depan atau belakangya. Kegagalan mengenalinya akan membuat arah kiblat anda terbalik 100 peratus. Bersama ini saya sertakan 2 gambar untuk kajian anda sebelum malam nanti anda mendongak kelangit


Ini pandangan yang anda boleh lihat jika anda mendongak kelagit sewaktu malam terang tanpa awan

Ini gambarajah bagi anda menentukan arah kiblat anda (lihat 3 bintang sebaris danlihat kedudukan bintang lain untuk tentukan arah kiblat yang sebenar )

Gambaran Buruj Orion

3 comments:

  1. Alhamdulillah,,, terima kasih pak,, kini saya tahu itu rasi bintang orion

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Dari kecik mmg selalu tgk buruj orion ni. Sy panggil bintang anak panah. Cukup suka dgn buruj ni.

    ReplyDelete