Tuesday, June 17, 2014

Nak tahu tarikh lahir anda dalam bulan Islam ( Hijrah)

Kita cuma tahu hafal dan sambut tarikh lahir kita dalam tahun masihi sahaja tetapi saya yakin banyak yang tak boleh menjawabnya apabila di tanyakan tarikh tepat kelahiranya dalam tahun Islam atau Hijrah. Kerana kita hanya mengunakan tahun hijrah pada bulan bulan tertentu sahaja seperti semasa bulan Romadhan dan Syawal atau bulan Zulhijjah atau bulan Haji sahaja .

Seperti saya bulan kelahiran mengikut kalendar Islam adalah  pada hari khamis 10 Syawal  tahun 1382 Hijrah. Saya baru tahu dengan pasti kelahiran saya adalah pada bulan Syawal iaitu setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri . Sepatutnya saya menyambut hari jadi saya pada setiap kali hariraya yang ke 10 tentu sahaj meriahkan sebab masih dalam bulan Syawal dan kuih muih banyak lagi pada masa tu. Ini bertepatan lah dari cerita ayah saya bahawa nama saya di ambil dari Johan Qari musabaqah Al quran tahun 1963 iaitu Ismail Hashim . Cuma yang saya pelik kenapa Hashim tidak Ismail . Untuk pengetahuan anda musabaqah Al quran pada masa itu di buat pada malam 10 terakhir Romadhan. Tidak seperti sekarang di buat lebih awal iaitu dalam bulan Syaaban ,



Tapi malang doktorin kita menyambut harijadi pada bulan Masehi telah di ajar dari sejak kecil dengan tiupan lilin kekal hingga sekarang . Cuma kebelakangan ini saya nampak ada perubahan dengan bacaan doa tetapi tarikhnya masih kekal dengan bulan Masehi.

Untuk tujuan semakan kepada yang anda berminat nak tahu harijadi anda dalam bulan islam ( Hijrah) Sila rujuk di Kakulator Falak  yang di sediakan oleh pengedali blog (al-athfar.blogspot.com) anda akan dapat jawapannya  dengan tepat termasuk umur anda dalam hitungan hari tahun dan bulan  lengkap.


Kredit to : http://al-athfar.blogspot.com/

Sunday, June 15, 2014

Salah faham tentang harga laptop yang di iklankan dan yang saya jual

Setiap kali ada orang nak membeli komputer mereka selalu membandingkan harga yang saya berikan dengan harga yang di iklankan di pamplet pamplet yang di selit di surat khabar. Memang jauh lebih murah dari harga yang saya tawarkan tapi tahukah mereka itu hanya tarikan iklan tentu sahaja. Peniaga sengaja meletak harga paling rendah untuk menarik perhatian anda pergi kekedainya. Dan bila anda pergi  kekedainya tenyata anda akan mendapat jawapan ini.

1. Yang murah tu dah kehabisan stok la bang
2..Abg terlambat sedikit sahaja orang lain dah ambik
3. Dan yang paling mengejutkan iklan yang murah tu sebenarnya memang laptop out of date atau memang yang paling minima justifikasinya.

Sebagai panduan disini saya senaraikan bagaimana harga laptop boleh di manipulasikan oleh peniaga
1. Mereka meletakan harga laptop sahaja tanpa OS (Windos) atau Free DOS
2. Mereka meletak kan harga laptop sahaja dengan crack OS
3. Mereka hanya meletakan harga laptop dengan mengurangkan spesfikasi RAM, HD atau fungsi lain
4. Mereka hanya meletakkan laptop yang telah tidak ada lagi di pasaran
5. Laptop cantik pada rupa sahaja tapi banyak yang tidak berfungsi

Jadi AWAS jangan terpedaya dengan harga murah kerana kesilapan anda membeli akan menjadikan komputer anda hanya sebuah mesin taip biasa sahaja dengan pelbagai problem yang bertinmpa timpa .

Saya bagi contoh jika anda boleh dapatkan sebuah laptop dengan harga RM1300  apakah mungkin didalamnya mempunyai OS ori kerana harga OS ori sahaja mencecah 480 ke 580 untuk version tertinggi. Tak mungkin harga laptop anda hanya sekitar  RM720 jika di tolak harga OS orinya. Tentu sahaja dengan harga sebegitu OS nya dari jenis Crack sahaja. Saya gerenti sebulan sahaja anda mengunakanya masalah mula timbul samada ianya menjadi gelap atau menjadi tersangat lembab dan mungkin ada fungsi tertentu akan mengalami kegagalan.

Sebab itulah harga yang saya tawarkan agak mahal kerana saya akan pastikan semua pembeli yang membeli dengan saya mendapat laptop yang berkuasa dan berfungsi sepenuhnya dan yang paling mustahak mempunyai OS (Windows) yang original disamping saya akan menjaga laptop anda selama setahun jika anda mengalami apa apa masalah. Dan yang paling penting anda tidak akan di tipu.

Saya ingatkan di sini membeli sebuah komputer bukan seperti membeli sebuah TV nampak sama dan cantik tapi sebenarnya apa yang ada didalam laptop anda tidak sama seperti yang anda harapkan. Cuba fikirkan sendiri kenapa sesuatu barang itu menjadi murah atau terlalu murah kalau tidak ada penyebab kepada kemurahanya.

Falsafah saya
Kalah membeli menang memakai
(Sebagai bukti semua laptop yang saya belikan untuk anak saya bertahan sehingga mereka tamat belajar di Universiti)