Sunday, June 26, 2011

Apa kelebihan menyimpan fail dalam format PDF

Ada orang bertanya saya apakah  kelebihan menyimpan fail dalam format PDF. Sebelum saya menjawap soalan ini kita lihat dulu apa dia fail PDF berbanding format format lain

PDF adalah singkatan dari  (Portable Document Format) merupakan  satu format fail yang dibina oleh Adobe. Fail PDF biasanya mengandungi teks dan gambar sama seperti fail yang di simpan mengunakan MS Offices . namun ianya mempunyai beberapa kelebihan ketara berbanding fail yang di simpan mengunakan winword


1. Failnya lebih kecil dari fail word yang asal walaupun ianya sangat besar pada asalnya
2. Lebih mudah untuk di muatnaik dan muat turun di internet
3. Tidak boleh di edit atau di ubah suai sewenang wenangnya ianya sangat sesuai untuk menyimpan
     document seperti resit atau document mustahak  yang adan mahu kekal dalam bentuk asal

4. Boleh mengecilkan fail yang bergambar yang sangat besar kepada yang lebih kecil bagi memungkinkan
      ianya sesuai untuk di hantar  melalui  emel  ataupun di simpan pada CD ROM

5. Menjimatkan ruang penyimpanan dalam HD anda


Ingat !!!!! Untuk membaca fail PDF, anda perlukan software seperti Adobe Reader ataupun Foxit PDF Reader. Saya cadangkan anda guna Foxit PDF Reader kerana ia lebih pantas dan ringan di gunakan.

Untuk membina fail PDF pula gunakan  CutePDF Writer. atau gunakan OpenOffice yang membolehkan anda save terus dokumen anda dalam bentuk PDF.

No comments:

Post a Comment