Tuesday, July 16, 2013

Kenapa guna minyak RON97 kalau kereta anda sesuai dengan RON95

Hari ni saya nak cerita pasal minyak la pula jemu juga cerita pasal komputer sahaja. Ok selalunya orang berangapan mengunakan minyak RON97 lebih baik dari RON95. Pada asasnya memang nampak begitu tapi tahukan anda suatu pembaziran jika membayar minyak mahal sedangkan kereta anda hanya memerlukan minyak RON95 sahaja untuk mencapai prestasi maksimanya. Untuk mengetahui kereta anda perlukan minyak apa cuba lihat  di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.kereta anda atau hubungi terus pihak pengeluarnya. Pada saya  Mengapa bayar lebih jika sememang kereta anda hanya perlukan RON95 sahaja.


Ok mari kita lihat artikel yang saya temui ini bagi mengenali kedua dua kategori minyak tersebut yang saya telah ringkaskan disini.


Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.
Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.
Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.



Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

APA ITU RON?

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata. Pileh lah menyak yang betul dengan membaca manual yang di berikan atau terus bertanya kepada pengeluarnya

artikel asal : BERNAMA

No comments:

Post a Comment