Dah berpuluh tahun saya membaiki kerosakan komputer dan saya hampir pasti boleh memahami tabiat atau kelakuan sesaorang dari kekerapa kerosakan kepada komputer mereka dengan hanya mengetahu jenis kerosakan yang di alami. Mungkin ini tidak 100% tepat tetapi anda boleh berfikir anda terletak di bahagian mana dari kesemua tabiat berkomputer yang saya senaraikan ini.
Tabiat dan kerosakan
1. Bateri cepat Kong/rosak....Anda suka mengecas berulang ulang tanpa peduli samada bateri masih ada berbaki atau anda cas dan tertidur membiarkan bateri tercas sehingga kepagi tanpa di tutup (OF)
2. Screen moitor LCD pecah atau warna pada LCD rosak. Komputer anda terjatuh atau anda tertidur dan tertindih diatasnya atau mungkin anda letak sesuatu yang keras di Keyboad dan terus menutup screen LCD anda mengkibatkan scrennya tertekan beberapa ketika dan gambarnya menjadi pecah atau bergaris.
3. Selalu di masuki Virus Adware Spywere dan Worm .. Anda selalu menyelongkar ke laman web yang bukan bukan dan tak sepatutnya anda lawati.terutamanya laman laman porno. Atau anda selalu berkongsi ThumDrive atau mengunakanya di tempat public (Cyber Cafe), Cucuk sana sini la katakan.
4. Komputer menjadi lembab kerana anda sering download sesuatu dari internet tanpa membaca arahan terlebih dahulu mengakibatkan anda terdownload dan terinstall sesuatu yang tak sepatutnya ada atau ujud.
5. MBR komputer anda rosak kerana anda selalu menutup komputer tanpa ikut aturan atau karen letrik di rumah anda selalu mengalami terputus secara tiba tiba atau tidak stabil
6. HD (Hard Disk) anda rosak terus.. Anda mengunakan komputer tanpa henti dan rehat malah anda selalu membiarkan komputer anda hidup walaupun anda tidak mengunakanya.
7. HD (Hard Disk) Crash.. anda selalu main games dan apabila jem anda terus menutup dari plug tampa mengikut aturan sepatutnya apabila komputer mengalami masalah sangkut (hang) secara tiba tiba
8. Motherboad terbakar. Anda mengunakan komputer keterlaluan tampa anda sedari ianya terlalu panas dan mengakibatkan kipas nya tidak mampu mengawal haba panas terutama bila anda letakkan komputer anda di atas tilam atau bantal. Mengunakan komputer sewaktu kilat juga mengakibatkan kerosakan pada motheboard anda.
9. Keyboad tidak berfungsi kerana anda tertumpah air atau minuman diatasnya atau terlalu berabuk.
10. Kaki pengecas patah atau longgar. kerna anda selalu mengunakan komputer yang terus di sambung ke laptop anda dan kemungkinanan anda tersepak atau tertarik pengecasnya secara tak dsengaja.
11. Chager anda rosak kemungkinan juga anda tertinggal cargernya berpanas didalam kereta.jatuh terhempas atau terentap ketika mengunakanya
12. CD/DVD rosak.. anda bermain games terus melalui CD atau DVD tanpa anda install ke HD (Hard Disk) nya terlebih dahulu
Sebenarnya ada banyak lagi kelakuan dan kesalahan anda yang akan mempercepatkan kerosakan kepada komputer anda. walaubagaimanapun ada juga kemungkinan komputer anda rosak secara biasa kerana kualiti komputer itu sendiri atau anda memang kurang bernasib baik semasa membelinya.
No comments:
Post a Comment