Monday, October 21, 2013

Tanda tanda dan apa yang akan berlaku di Mekah sudah di beritahu nabi melalui Hadithnya


  Zaman dengan dugaan yang sangat besar

Rasulullah s.a.w. telah bersabda sesungguhnya
“Akan tiba satu zaman dengan dugaan yang sangat besar”,
dan kita sepatutnya sedar akan hal ini.Baginda berpesan ‘diakhir zaman nanti kamu akan lihat satu golongan yang miskin, orang yang duduk dipadang pasir yang miskin. Mereka pegembala kambing dan binatang. Kemudian mereka akan mula membina bangunan tinggi. Inilah tanda-tandanya dihadapan mata kamu.
 Kita sedang lihat tanda yang dikatakan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda kamu akan lihat bagunan di Mekah dibina mencapai gunung yang tinggi. Perkara ini telah pun berlaku semasa hayat kita.


 Gunung di Mekah ada lubang
 Rasulullah s.a.w. ada bersabda, “jika kamu lihat gunung-gunung di Mekah ada lubang
yang menembusinya..” inilah(terowong) yang dimaksudkannya.
Dan kamu lihat bagunan tinggi mencakar gunung atau dalam riwayat lain ianya melepasi puncak gunung.(Jam tinggi Mekah) Kemudian Baginda bersabda bahawasanya Al-Sa’ah telah membentang bayangnya
 Di Arab Saudi mereka memanggil menara jam sebagai Al-Sa’ah.
bayang-bayang jam(Al-Sa’ah) itu sudah pun menutupi Ka’abah.
  (sumber asal  http://benazirtanjungfrahman.wordpress.com)




Bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya

Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang onta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk? Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam? Beliau menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. Seseorang bertanya: lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu"[1].

No comments:

Post a Comment