Tuesday, August 17, 2010

Main cabutt je Flash Disk tu boleh ke

Ada orang tengok saya cabut USB Flash disk macamtu je. Tak rosak ke Cik Hashim Oiii. Bukankah kita kena ikut step by step untuk cabut Flash disk dari komputer.

Ya sepatutnya memang kena ikut step by step untuk mencabut flash disk dengan selamat supaya anda tidak kehilangan data atau Flash disk anda akan rosak. Itu untuk window XP atau vista kalau anda dah guna windows 7 jangan risau ianya memang sudah di set ke save remove, (Jika belum di set atau ianya sudah berubah buat semula sama seperti arahan dibawah) Namun untuk penguna windows XP atau Vista kena lah set dulu arahan tertentu supaya lepas ni anda boleh je nak cabut bila bila masa pun flash disk tu selepas di gunakan tanpa risau data hilang atau flash disk rosak

caranya begini

Masukan flash disk di port USB seperti biasa.
kemudian klik kanan icon My Computer,
pilih properties, klik kotak hardware,
pilih device manager.
Klik tanda + di sebelah kanan tulisan "Disk Drives". akan muncul nama Flash disk anda, misalnya, "USB 2.0 Flash Disk USB Device".
Pada tulisan itu klik kanan dan pilih properties.
Klik jendela Policies. Pilih "Optimize for Quick Removal".
Bila pilihan itu sudah ditanda klik OK ,
Siap

lepas ni selesai buat keje boleh cabut terus je flash disk tu, Selamat punya
cubalah

No comments:

Post a Comment