Thursday, October 27, 2011

Koleksi Browser (pelayar) Internet untuk pilihan anda



Kebanyakan orang hanya mengangap Internet Explorer  adalah pelayar tunggal untuk berinternet dan ada juga yang hanya mengenali Mozzila Firefox.Google Chrome . Opera  atau Safari sahaja sebagai pelayar internet mereka . Sebenarnya ada banyak lagi pelayar internet yang boleh kita dapatkan sebagai pilehan untuk menjadikanya pelayar internet di komputer anda. Dibawah ini saya senaraikan antara browser browser yang agak popular terkini  untuk di jadikan tapak pelayar internet anda .Anda hanya perlu pileh browser kegemaran anda download dan install ke komputer anda dan cubalah  nikmati perbezaan kelebihan dan kepantasan kesemua browser ini. mana tahu mungkin salah satu ada yang melekat dihati anda.


1. Internet Explorer
2. Mozzila Firefox
3.Google Chrome 
4. Opera 
5. Safari
6. Flok
7. Maxthon 
8. Avant Browse
9. Phase Out
10. Netscape Navigator
11. Pale Moon


Tuesday, October 25, 2011

Bagaimana nak pastikan Hand Set yang anda beli hand set yang Original

Banyak orang membeli Hand Set , pelbagai jenama , pelbagai gaya malah dalam pelbagai harga, ada yang murah malah ada yang sangat mahal walaupun untuk jenis hand set yang sama. Adakah anda terfikir anda mungkin terbeli hanset tak ori , palsu malah mungkin anda tertipu . Jika memang handset yang anda beli memang murah dan anda tahu palsu tak mengapalah tapi jika dah lah palsu ianya pula di jual secara mahal seperti harga sebuah hand yang original. Sebagai pengetahuan ada 4 kemungkinan anda akan terbeli hand  set  iaitu yang original (Zitron) yang AP (jaminan terhad) atau yang Underwater (seludup) malah mungkin yang palsu (tiada no siri langsung) Bagaimana caranya untuk anda memastikan anda tidak tertipu begini.

Ada bebarapa petua untuk anda ikuti disini mungkin berguna semasa anda hendak membeli sesebuah hanset. ini adalah berdasarkan pengamatan saya dan cerita kawan kawan yang mahir
1, Beli hanya di kedai kedai besar yang memang penjual hanset yang sah dan sentiasa di pantau kerajaan,
2, Jangan beli hanset di kedai kedai Kios yang muncul tiba tiba di sana sini
3. Beli hanset di kedai yang memberi jaminan originaliti hanset tersebut kalau di malaysia ( set Zitron)
4. Ambil hanset tersebut dan terus taip *#06# dan lihat no serial hanset tersebut lihat asal usul hanset tersebut selalunya kalau yang palsu no serialnya tiada langsung  hanya 000000000000000
5, Jangan beli hanset di jalanan yang di jual oleh orang pesaorangan yang menawarkan harga yang sangat murah dari harga asal hanset tersebut  (ya mungkin juga itu adalah hand set curi.)
6. Jangan beli hanset di Kios kios yang menawarkan hand set secara jualan murah secara berkala dan berkumpulan (yang jenis ni saya jumpa dan dua tiga kali kena rampas oleh pehak berkuasa)
7. Jaminan untuk Hand set ori sekurang kurannya setahun jika kurang dari itu anda fikir fikir lah sendiri kenapa pehak penjual tidak berani memberi jaminan tersebut.
8. Hand set yang original di jual misti lengkap dengan semua acessories termasuk ada buku panduan dan kad jaminan

Pindah Recovery Console ke hardisk komputer anda

 
Recovery Console  adalah satu cara terakhir untuk anda membaiki komputer anda sebagai usaha supaya anda tidak perlu format dahulu komputer anda kerana ingin menyelamatkan data di dalamnya . Dulu saya pernah menulis mengenai cara buat   Recovery Console melalui CD hari ini saya akan tunjukan cara memindahkanya ke Hard Disk komputer anda.  

Untuk Menyimpan Recovery Console ke hardisk komputer anda  ikuti langkah di bawah.

 1.Masukkan CD Windows XP
 2.Klik Start – Run, kemudian taip perintah :
 X:i386winnt32.exe /cmdcons
( X adalah CD ROM drive yang berisi CD installer Windows XP.)

3. Ikuti proses install Windows XP Recovery Console ini sehingga selesai.
4. Setelah selesai restart komputer Anda

 Windows XP Recovery Console anda akan tersimpan di Hardisk komputer
untuk pindah ke Thumb Drive pula  ikuti langkah ini     USB Recovery Console
senang senang nanti saya tunjukan cara buat  Recovery Console untuk windows 7 pula

Prosesor mana komputer anda gunakan dulu dan kini

 Prosesor adalah nyawa atau otak komputer anda ia adalah penentu kepada kuasa sesebuah komputer malah adalah penentu kepada mahal murahnya harga komputer anda. Intel adalah pengeluar prosesor utama dunia selain dari AMD , namun kita lebih mengenali prosesor keluaran intel berbanding AMD kerana kuasa dan ketahananya, samalah seperti kita lebih mengenali OS windows dari Linux walaupun kedua duanya ada kelebihan dan kekurangan sendiri.

Di bawah saya senaraikan jenis prosesor komputer keluaran Intel  sejak dari awal hingga terkini dan anda boleh periksa manakah prosesor komputer yang anda gunakan sekarang atau yang telah anda pernah gunakan dulu



















1978: 8086-8088 Microprocessor
1982: 286 Microprocessor
I1985: Intel386™ Microprocessor
1989: Intel486™ DX CPU Microprocessor

1993: Intel® Pentium® Processor
1995: Intel® Pentium® Pro Processor
1997: Intel® Pentium® II Processor
1998: Intel® Pentium II Xeon® Processor
1999: Intel® Celeron® Processor
1999: Intel® Pentium® III Processor
1999: Intel® Pentium® III Xeon® Processor

2000: Intel® Pentium® 4 Processor
2001: Intel® Xeon® Processor
2001: Intel® Itanium® Processor
2002: Intel® Itanium® 2 Processor
2003: Intel® Pentium® M Processor
2004: Intel Pentium M 735/745/755 processors
2004: Intel E7520/E7320 Chipsets
2005: Intel Pentium 4 Extreme Edition 3.73GHz
2005: Intel Pentium D 820/830/840
2006: Intel Core 2 Quad Q6600
2006: Intel Quad-core Xeon X3210/X3220
2007-2010 data belum saya temui

2011  hingga kini Intel  i3  i5 and  i7    Processor  

dikhabarkan pada 2012 akan ada prosesor baru yang lebih berkuasa . untuk pengetahuan anda saya dah mula gunakan komputer sejak prosesor 286 mengunakan DOS 3.0 dan tiada pengunaan Hard Disk masa ini cuma di boot melalui disket sahaja.

Sunday, October 23, 2011

Komputer dan anda mencecah lebih 1000 pelawat sebulan


 
Blog komputer dan anda sudah mencecah lebih seribu pelawat sebulan sejak kebelakangan ini . Kunjugan pelawat dari serata dunia dapat di lihat dalam statitik blog komputer dan anda yang saya screenshoot disini.
Pelawat terbanyak masih lagi dari Malaysia (87%) dikuti oleh United States Indonesia dan lain lain negara. Kata carian Samsung masih lagi menjadi kata laluan carian popular dalam pencarian untuk pengunjung menemui blog komputer dan anda.


Sejak saya meletakkan iklan Nuffnang perjalanan saya untuk mendapat bayaran pertama dari nuffnang semakin mendekat saya berharap apa yang saya buat dulu hanya sebagai hobi boleh memberi pendapatan kepada saya nanti. Terimakasih kepada semua pengunjung

Thursday, October 20, 2011

Kenapa samsung Galaxy SII dengan mudah terjual 10 juta unit

Kenapa ya??  samsung galaxy SII ini  laku macam goreng pisang panas, Saya pun amat teringin nak mengunakannya samsung galaxy SII tapi masalahnya saya baru je beli Nokia N8 baru dia keluar. alahai takan nak tukar jeee

Kita lihat data data mengenai samsung galaxt SII ini 

1.Sistem operasi Android yang digunakanya amat kebal terhadap virus
2. Boleh dapatkan akses ke source code Android untuk sistem yang lebih baik Nilai tambah terbesar   tentang Android aplikasi adalah bahwa sebagian besar  aplikasi bersifat open source ( percuma).
4. Galaxy S2 dilengkapi dengan prosesor Samsung Exynos yang merupakan prosesor dual core dengan kecepatan 1,2 GHz, Processor ini dikuasai oleh Mali 400 GPU dan 1 GB RAM,
5. Penggunanya dapat memainkan video HD (1080p) dengan lancar dan boleh surport Flash
6. Samsung Galaxy S2 mempunyai  kecepatan data 3G hingga 21 Mbps (HSPA +), bahkan untuk versi Galaxy S2 LTE siap untuk fitur HSPA sampai dengan 42 Mbps
7. Mengunakan teknologi display  dengan Super AMOLED Plus yang memberi gambar yang sanghat jelas
8. Layar Super AMOLED Plus memiliki resolusi sangat tinggi warna yang terang dan jelas
9. Antara Hand Set ternipis di dunia sangat ringan dan mudah dibawa kemana mana

Ada banyak lagi kelebihan hand set buatan korea ni saya dah pegang dan belek beleknya nya alahai memang nipis mengancam dan berkuasa. Harga pun tak lah mahal nak tukar ke tak , tukar ke tak tukar ke tak tukar ke tak


 Ini pula data yang saya kutip dari laman web samsung sendiri

Anyone searching for the thinnest smartphone on the market won't find it here, though most casual observers will be perfectly content. Coming in at 8.89mm (0.35 inches) at its thinnest point, the Galaxy S II on AT&T is marginally thicker than the I9100, which measures at 8.49mm (0.33 inches). Unless you're viewing the two side by side, this slight difference won't be noticeable. With that said, it's still the thinnest of the US trio: the Epic 4G Touch is 9.65mm (0.38 inches) and T-Mobile's GS II comes in at 9.4mm (0.37 inches). At 4.3 ounces (122g), it's also the lightest of the three, though it's a full 0.2 ounces heavier than the global ditty.

 As with the others, we can enjoy the GSII's 1.2GHz dual-core Exynos CPU, a full gigabyte of RAM, an 8MP camera with 1080p HD video capture, a 2MP front-facing cam, 16GB of internal storage and quadband GSM and tri-band UMTS / HSPA (850 / 1900 / 2100) to make for smooth international travelling. A slot for a microSD card is included, but that'll be a separate accessory you need to purchase on your own if you require more space.



Wednesday, October 19, 2011

Apa fungsi butang Subscribed pada facebook anda


Pernah tak anda terfikir atau ingin tahu apa fungsi butang Subscribed pada facebook anda. Kerana butang ini di buat tentu mempunyai  sebab dan fungsi fungsi tertentu . di bawah saya terangkan apakah fungsinya butang Subscribed. Ingat ada sesetengah penguna hanya membenarkan anda Subscribed sahaja tanpa anda boleh menjadikanya kawan, Selalunya golongan artis la yang buat begini.


1.Butang Subscribe membolehkan kita boleh menapis apa new feed yang kita perlukan sahaja
 Kita boleh pilih jenis feed yang kita mahukan baca atau tidak.Contohnya
All updates: membenarkan semua post kawan kawan
Most updates: membenarkan post terkini sahaja masuk
Important updates only: membenarkan hanya post yang penting atau mustahak sahaja masuk

2.Dengan butang  Subscribed kita tak perlu Add Friend orang yang kita berminat untuk medekatinya .Tapi kita boleh dapat new feeds dari orang yang kita Subscribe itu tanpa perlu Add nya sebagai  kawan Subscribe membolehkan anda  mengetahui ceritanya di wall mereka walaupun bukan friend .

3.Kita juga  boleh melihat siapa yang Subscriber kita dan dengan siapa kita Subscribe di profil kita dengan cara aktifkan butang Subscribe Selain itu,kita boleh pilih siapa yang boleh dan tak boleh  komen di wall kita.

4.Kalau anda tak mahu feed  pasal kawan kita tu, anda hanya perlu pilih Unsubscribe dan apa yang di tulis di wal tak akan mengangu anda lagi

cubalah buat tengok jadi ke tak

Buat supaya Windows 7 anda dapat di tutup dengan cepat


PERHATIAN
JIKA ANDA TIDAK MAHIR MENGUNAKAN FAIL REGESTRY  JANGAN CUBA TIP INI


Anda nak buat supaya windows 7 anda dapat di tutup cepat . anda perlu merubah fail Registry komputer tersebut . Untuk melaksanakanya ikuti langkah di bawah

1. Klik Start pilih  Run, ketik regedit dan tekan Enter untuk membuka Registry Editor.
2. Pada kotak Registry Editor, buka key HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Control.
3.Di sisi kotak sebelah kanan, klik dua kali (double click) value WaitToKillServiceTimeout untuk
    mengubah nilainya. (default asal biasanya 5000)
4. Seterusnya, di kotak Edit Value, ubah nilai 5000 (5 saat) menjadi 2000 (2 saat). Jadi waktu
     menunggu  sekarang adalah  2 saat sahaja berbanding dulu 5 saat dulu.

5. Akhir sekali tutup Registry Editor. dan reboot komputer untuk dapatkan hasilnya

Monday, October 17, 2011

Dunia tanpa DVD dan CD lagi nanti??

Dunia tanpa DCD dan CD lagi











Teknologi sekarang telah menjadikan DVD dan CD tidak di perlukan lagi untuk anda menonton Movie malah filemnya dalan difinasi tinggi lagi. Anda hanya perlukan sebuah Multi Player, thumdrive atau External HD bagi tujuan tersebut . Semua jenis format video dapat di baca oleh alat kecil ini.  Menarik bukan?

Aku menemui alat ini ketika meninjau ninjau pusat IT terbesar di lembah Klang . Mula mula aku agak heran dari mana sumber filem yang aku lihat gambarnya amat jelas sekali di pamerkan di kedai tersebut. Setelah aku bertanya jurujual kedai tersebut dan dia menunjukan aku sumber filem tersebut hanyalah dari satu alat kotak kecil terletak di hujung rak kedai tersebut dan ianya di namakan sebagai Multi Player. aku tak pasti  jenamanya tapi ternyata sumber filemnya hanyalah dari kotak kecil itu ,Thum Drive atau External HD malah aku di fahamkan ada beratus ratus koleksi filem dalam external HD teresebut yang kebanyakan bernifinasi tinggi dengan sound system yang menngagumkan sekali.

Dengan mengambil kira muatan External HD sekarang dari 1 terabait 2 terabait dan keatas mungkin beribu filem boleh di masukan kedalamnya apa lagi kalau sekadar himpunan lagu lagu karoke. Dari risikan yang aku buat harganya sekitar RM200 ke 400 sahaja bergantung kepada jumlah format input atau aoutput yang disediakan malah kita boleh menyambung rangkaian internet didalamnya. Cuma anda hanya perlu membeli monitor komputer atau TV sahaja bagi memainkanya.atau menayangkanya  untuk menikmati gambar dalam HD pastikan filem dan Monitor tanyangan juga surport HD. Saya syorkan belilah TV atau monitor LCD atau LED bagi kepuasan menonton. Walaubagaimanapun tanyangan ke monitor atau skrin CRT masih boleh di lakukan.

Saturday, October 15, 2011

Jadikan Samsung galaxy tab anda seperti Laptop & Netbook dengan bluetooth case keyboard



Kegilaan komputer tablet seperti galaxy tab dan ipad mengakibatkan jualan Laptop dan netbook seluruh dunia merosot kerana kedua dua komputer tablet ini boleh mengambil peranan mereka sebagai laptop/netbook . Ciptaan yang cantik menarik selain dari agak ringan kecil senang di bawa dan mempunyai kesemua fungsi selain komputer seperti camera dan hanphone ianya sangat berguna bagi yang mementingkan gaya dan kemudahan. Kemungkinan besar dunia masa depan adalah milik komputer tablet seperti ini tidak dapat di nafikan lagi

Isteri saya mengunakan samsung galaxy tab tenyata ianya sangat berkuasa ringan dan mudah di bawa kemana mana malah boleh di simpan didalam beg tangan yang kecil. Baru baru ini saya terjumpa case samsung galaxy tap yang membolehkan anda mengunakan galaxy bersama bluetooth case keyboard yang tersedia pada case tersebut ianya seolah olah anda mengunakan keyboard sebuah netbook bila anda memasang case tersebut . Bagi yang tidak mahir mengunakan keyboad skrin sesentuh pada galaxy tab pengunaan case jenis ini adalah jawapanya. Harganya pula sekitar RM 250 sahaja. Lihatlah alangkah bergayanya bila anda mengunakan case ini seolah olah anda sedang membawa netbook yang kecil.

Thursday, October 13, 2011

Macamana nak aktifkan fungsi wireless streamyx di rumah

Tak sangka masih ada yang tak tahu macamana nak aktifkan fungsi wireless  sreamyx kat rumah .  Malas lah saya nak pi rumah pi jauh jauh pasal perkara kecil begini nak ambik upah pun rasa serbasalah jadi saya buat keputusan masukan entri bagaimana nak setkan untuk aktivkan fungsi wireless streamyx dirumah anda kedalam blog komputer dan anda sebagai rujukan. ikuti cara di bawah

1, Mula mulka sekali pastikan modem tu memang surport warerles kalau tak de kena beli adapter wirelesnya dulu. Lihar gambar contoh modem wireless.
















2. Open Internet Exlorer ( cucuk dulu wire yang di berikan pada modem yang ada)
3. Type adress http//192.168.1.1 Enter
4. Type username asal TMnet punya : biasanya login: tmuser  pasword: tmuser
5  dan log masuk










6. Masukkan sreamyx ID yang dia bagi masa daftar di Tm dulu
7. Enter wireles Network
8. Tandakan (rait) Enable Security
9. Masukan security code (selalunya 13 digit)
10 Save dan reboot










Selepas reboot fungsi wireless akan di hidupkan secara automatik,
Kemudian anda bolehlah berinternet tampa wayar sekitar 100 meter dari kawasan modem anda di letakan




Percuma tuuuuuuu betullll ka ???????




Hari ni masa dok layan internet tiba tiba terjumpa pula laman web MetroMall . Barang yang di jual agak murah dengan promosi hebat potongan 50 % dan ada yang sampai 100% (kira percumalah tu) mula mula tu saya sukar nak percaya  tetapi bila lihat ada  beberapa syarat  yang di kenakan iaitu anda kena share laman webnya di facebook atau tweter anda dan kalau ber nasib baik anda akan terpilih untuk dapatkan barang tu secara percuma  barulah saya yakin dan percaya. Maknanya anda tolong promosikan barangan dia dan kalau nasib anda baik anda terkena lucky draw yang dia buat dapatlah percuma . Bagi yang berminat nak beli barang murah anda boleh beri barangan yang di jualnya dengan harga murah mengikut offer harianya
Untuk lebih lanjut sila klik MetroMall

Saya dah buat dah anda bila lagi

Wednesday, October 12, 2011

Membaiki fail document, excel ,powerpoint dan lain lain yang rosak akibat virus atau crashes

 Anda mungkin pernah mengalami fail document excel atau power point  mustahak anda tiba tiba rosak atau tak boleh di buka sebab terkena virus komputer atau fail crashes . Anda pula tidak ada pendua pada fail tersebut sedangkan anda perlu menghantar fail tersebut kepada bos dengan segera. Salah satu cara yang anda fikir bukankah  "alangkah baik nya kalau fail  ini dapat di baiki".



Dengan teknologi sofware terkini ianya sekarang bukan mustahil untuk di lakukan . anda hanya perlu download dan install software ini di komputer anda dan ianya boleh membantu anda membaiki fail mustahak anda yang rosak itu

Untuk tujuan ini gunakan File Repair. Ianya adalah 100% freewere . Sebelum itu kita  kita lihat apa yang software ini boleh lakukan (saya copy dan paste dari fail asal software ini)

Using File Repair, you can repair:

corrupted Word documents (.doc, .docx, .docm, .rtf)
corrupted Excel spreadsheets (.xls, .xla, .xlsx)
corrupted Zip or RAR archives (.zip, .rar)
corrupted videos (.avi, .mp4, .mov, .flv, .wmv, .asf, .mpg)
corrupted JPEG, GIF, TIFF, BMP, PNG or RAW images (.jpg, .jpeg, .gif, .tiff, .bmp, .png)
corrupted PDF documents (.pdf)
corrupted Access databases (.mdb, .mde, .accdb, .accde)
corrupted PowerPoint presentations (.ppt, .pps, .pptx)
corrupted music (.mp3, .wav)

Monday, October 10, 2011

Cara nak periksa Originaliti dan kualiti handset anda


Letih asyik dok bagi tips pasal komputer je hari ni saya nak cerita pasal handset pula , ya la sekarangkan banyak handset di jual di kedai ada yang ori ada yang tak ori ada buatan china ada yang underwater ada yang AP ada Zitron ,pendek kata  macam amacam ada. Tapi tahukah anda anda boleh memeriksa sendiri  darimana asal datangnya handset anda dengan  hanya melihat susunan no serial handset anda  atau no  IMEI (International Mobile Equipment Identity) macam kad pengelanan anda jugala ni , Kerana setiap hanset yang di keluarkan akan ada no serialnya  tersendiri .

Jadi untuk mengetahui status sebenar handset anda, anda kena periksa  kedudukan no serial atau IMEI tersebut pada turutan kedudukan  di no 7 dan 8.  Contoh no hanset anda adalah  12345603901234. untuk hanset ini no pada kedudukan no ke 7 dan ke 8 adalah no 03 ini bermakna hanset ini datang dari kilang asal ianya di buat dan selalunya hanset jenis ini  kualitinya di jamin adalah baik. maknanya buka pirate punyalah.


Untuk memeriksa hanset anda Ikut langkah langkah di bawah;
  1. Taip *#06#
  2. Akan keluar IMEI ( International Mobile Equipment Identity atau serial no)
  3. Semak no IMEI atau serial  anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 455671047474463
  4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******04*******
  5. Ini bermakna hanset anda dari pengeluar yang asal
Petunjuk
  1. 02 or 20 : dari China = Low quality
  2. 08 or 80: dari Germany = Fair quality
  3. 01 or 10: dari Finland = Very good quality
  4. 00 or 03 or 04:  = Best mobile quality (dari kilang asal handphone tersebut)
  5. 13 : dari azerbaijan =Very bad quality
 Cuba periksa hanset ada darimana agaknya

Sunday, October 9, 2011

Ubah format Powerpoint anda ke pelbagai format Video



Anda ingin membuat persembahan powerpoint anda mengunakan Video bagaimana nak melakukanya. Untuk tujuan ini anda perlu ada software tertentu bagi melakukanya.  Ada banyak sotware untuk tujuan ini dan di sini saya senaraikan 2 sofware untuk pilihan anda yang satu free dan yang satu lagi berbayar . Untuk yang berbayar  anda boleh gunakan version trial dahulu dan jika berpuashati anda boleh membelinya secara online atau cari kawan kawan yang pandai untuk Crack software tersebut. Selalunyalah software yang berbayar akan mempunyai lebih banyak fungsi  dari yang dapatkan secara percuma.

Freeware

E.M. Free PowerPoint Video Converter V3.20 (Freeware)
E.M. Free PowerPoint Video Converter 3.20
Spesipikasi E.M. Free PowerPoint Video Converter is FREE an all-in-one
PowerPoint to video converter. can convert PowerPoint to AVI, MPG, WMV, BMP images and MP3 audio. Convert PowerPoint to iPod, iPad, iPhone, PSP, PS3, XBOX360, WII, Zune, 3GP mobile phone, video, audio and images, learn more..

Output format
WMV, Ms Mpeg4 AVI, MPEG, mp3, BMP

Video Formats:
. Free convert PowerPoint (ppt) to WMV (.wmv)
. Free convert PowerPoint (ppt) to Ms Mpeg4 AVI (.avi)
. Free convert PowerPoint (ppt) to MPEG1 (.mpg)

Audio Formats:
. Free convert PowerPoint (ppt) to MPEG audio(.mp3)
Image Formats:
. Free convert PowerPoint (ppt) to BMP (.bmp)


Trial version dan berbayar 

Vatonsoft PPT2Video Pro and Trial Versions

Acoolsoft ppt to video Acoolsoft PPT to Video Pro 3.2.5
full details Spesipikasi
File Size: 9.43 MB License:
Free To Try Price: $49.95 Released: 2010-05-25

Output format
formats including AVI, WMV, MPEG, MP4, MOV, FLV, 3GP and multiple HD videos with excellent quality.

Dapatkan Freeware kesukaan anda di sini

Ada orang bertanya saya mana nak dapatkan koleksi freeware untuk di pileh dan download kerana kebanyakan software yang mereka jumpa adalah yang berbayar atau shareware. Dibawah saya senaraikan alamat di mana anda dapat dowload sofware tersebut secara percuma


Koleksi alamat freeware

http://freewarelist.net/
http://www.bestfreewaredownload.com/
http://www.freedownloadscenter.com
http://www.download3k.com/
http://www.fileratings.com/Tag/
http://www.brothersoft.com/
http://www.click-now.net/
http://www.soft32.com/nf.html
http://100-downloads.com/
http://www.avs4you.com/index.aspx
http://www.cnet.com/?tag=hdr%3bbrandnav
http://www.click-now.net/
http://www.free-codecs.com/
http://www.all-freeware.com/

http://100-downloads.com/more.php?c=13
http://www.filebuzz.com/findsoftware/freeware/1.html
http://www.dirfile.com/
http://www.freedownloadmanager.org/downloads/
http://www.snapfiles.com/topdownloads/
http://www.download3000.com/
http://coolware.blogspot.com/
http://freewarelist.net/
http://en.kioskea.net/s/free-windows-xp-os-software
http://www.sofotex.com/download/Antivirus/
http://100-downloads.com/
http://www.sofotex.com/download/Antivirus/

http://en.kioskea.net/s/free-windows-xp-os-software
http://en.kioskea.net/forum/affich-13001-free-operating-system

http://www.filehippo.com/

Saturday, October 8, 2011

Rangking blog komputer dan anda di ping busuk secara harian




Baru sahaja saya masukan blog saya dalam rangking blog blog tempatan tak sangka juga blog saya di rangking sebagai blog superb sedangkan kalau di lihat pada kunjungan pelawatnya tak lah ramai sangat , saya tak tahu penilaiannya dari sudut mana apapun saya rasa berbanga juga dengan hasil kerja saya terimakasih pada blog ping busuk yang membuat rangking tersebut. Tapi saya rasa penilaian ini akan berubah dari masa kesemasa dan andalah yang dapat membantu supaya rangking saya sentiasa dalam keaadaan superb.Bagaimanapun rangkin ini akan berubah setiap hari mengikut jumlah pelawat dan page view harian. Mungkin hari ini terbaik dan esok sekadar sederhana atau ok sahaja .Untuk melihat rangking harian sepenuhnya sila  klik disini ping busuk.org siterangking

Setelah semingu dalam rangking ping busuk saya baru memahami bagaimana rangking di lakukan. Ianya di buat secara harian jumlah pelawat bukanlah penentu kedudukan status rangking tapi pelawat yang masuk dan betul betul membaca menjadi ukuran kerana saya lihat rangking blok saya pernah duduk dari serendah peringkat OK sahaja sehinga ke superb dan ianya sentiasa berubah rubah setiap masa.

Petunjuk status rangking
 
        [ status : superb / terbaik ]
 user yang masuk ke laman ini adalah user yang betul-betul
 mahu membaca dan melayari lama web tersebut. sekiranya
 anda mahu beriklan, tak rugi untuk meletakkan iklan
 pada blog yang traffik berkualiti seperti ini.

 [ status : kureng ]
 user yang masuk ke blog ini hanya sekadar melalui tanpa
 membuat pembacaan ataupun melayari page laman yang lain.
 biasanya laman yang bertrafik seperti ini adalah laman
 yang kerapkali dipost pada site perkongsian seperti
 facebook, shoutbox dan lain-lain.. user tidak ketagihan
 untuk membaca di laman blog ini.. user datang dan user pergi


 [ lain-lain status ]

 1. superb
 2. terbaik
 3. bagus
 4. sederhana
 5. boleh tahan
 6. kureng

Dengar Sinar FM dan ERA melalui blog saya


Komputer Dan Anda blogpost.com

Nak mendengar radio kesukaan anda secara online dengan cara paling mudah, sila masuk ke blog saya Komputer dan anda  dan pilihlah radio kegemaran anda. Sambil berkerja sambil berhibur. (lihat di bawah sekali)

Jika komputer anda gagal untuk masuk dan mendengar radio yang di sediakan di sebelah kanan blog saya  ini bermakna komputer anda kekurangan fail fail atau plug in tertentu  . Untuk menjalankanya sila download dan install sahaja fail yang di minta mengikut keperluan.
Selamat berinternet dan berhibur

Friday, October 7, 2011

Rahsia wudhuk






"Ambil wudhuk tidak perlu banyak air, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki.. ."

Nik Abdul Aziz Nik Mat


Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.


Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Menurut Dr. Magomedov, pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology di Daghestan State Medical Academy, wudhuk dapat merangsang aura tubuh secara semulajadi sama seperti cucukan jarum pada titik- titik aktif biologi refleksiologi Cina.

Dalam pengubatan moden, perkara ini dikenali sebagai hidromassage atau urutan dengan menggunakan air sebagai media penyembuhan. Contohnya, mengurut dengan air ketika membasuh muka dapat memberi kesan positif pada usus, ginjal dan sistem saraf.


"Kawasan aktif biologi akan memberi kesan positif apabila dirangsang" "daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama org Islam" manakala 5 lg kawasan terletak di antara buku lali dan lutut di mana kawasan yg disunatkan berwuduk

apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk,ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru kpd organ2 spt usus,perut,pundi kencing,sistem peranakan dan sistem saraf

apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok,ia merangsang sistem saraf bg memulihkan sistem tulang,usus,pankreas,hempedu,tiroid dan kawasan pinggang

manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok,dapat merangsang sistem saraf yg berperanan utk mengelokkan kelenjar pituitari dan kawasan otak yg mengawal sistem endokrin

Rasulullah SAW memerintahkan kita agar mengekalkan air wudhuk kerana ia akan menguatkan jantung, melancarkan peredaran darah dan seterusnya memberikan ketenangan serta jauh daripada penyakit kemurungan dan kegelisahan.

Wednesday, October 5, 2011

Pelbagai koleksi webcam Laptop dan Netbook anda










Setiap Laptop dan Netbook misti mempunyai fungsi Camera dan ianya sudah siap terpasang di sana masalah akan timbul bila anda format laptop atau Netbook tersebut selalunya softwarenya akan hilang jika ianya tidak di simpan di CD ataupun di hardisk D: anda kena mencari software terbaru bagi menghidupkan kembali camewa webcam akomputer anda.

Di bawah ini saya senaraikan adress untuk anda download  pelbagai jenis Webcam Laptop atau netbook anda. Software ini ada yang free dan ada yang berbayar, kalau yang pandai crack download dan crack lah sendiri. Cuma saya ingatkan di sini anda tidak juga kehilangan driver webcam semasa proses format di buat kerana tanpa driver sofwarwe ini tak akan berfungsi.

1) Cyberlink YouCam
2) ManyCam
3) YawCam (dengan bantuan JAVA script)
4) Vitamin d
5) webcamXP

Tuesday, October 4, 2011

Selamatkan data dari CD dan DVD yang calar atau rosak



CD atau CVD  yang anda simpan terlalu lama atau tercalar akibat geseran dengan  benda benda keras mengakibatkan ianya rosak dan ada tidak boleh masuk dan  membacanya lagi apa lagi untuk mengambil data didalamnya. Jangan bimbang kerana sekarang sudah ada teknologi yang membolehkan anda menyelamatkan data tersebut iaitu dengan mengunakan freeware CD Recovery Toolbox. Download dan install freeware ini semuga anda dapatkan selamatkan data anda. Anda nanti di beri pilihan samada untuk menyelamatkan fail fail tertentu atau kesemua fail walaubagaimanapun kadar boleh selamat data anda bergantung kepada kadar kerosakan CD/DVD tersebut. Cubalah sendiri.