Tuesday, October 25, 2011

Bagaimana nak pastikan Hand Set yang anda beli hand set yang Original

Banyak orang membeli Hand Set , pelbagai jenama , pelbagai gaya malah dalam pelbagai harga, ada yang murah malah ada yang sangat mahal walaupun untuk jenis hand set yang sama. Adakah anda terfikir anda mungkin terbeli hanset tak ori , palsu malah mungkin anda tertipu . Jika memang handset yang anda beli memang murah dan anda tahu palsu tak mengapalah tapi jika dah lah palsu ianya pula di jual secara mahal seperti harga sebuah hand yang original. Sebagai pengetahuan ada 4 kemungkinan anda akan terbeli hand  set  iaitu yang original (Zitron) yang AP (jaminan terhad) atau yang Underwater (seludup) malah mungkin yang palsu (tiada no siri langsung) Bagaimana caranya untuk anda memastikan anda tidak tertipu begini.

Ada bebarapa petua untuk anda ikuti disini mungkin berguna semasa anda hendak membeli sesebuah hanset. ini adalah berdasarkan pengamatan saya dan cerita kawan kawan yang mahir
1, Beli hanya di kedai kedai besar yang memang penjual hanset yang sah dan sentiasa di pantau kerajaan,
2, Jangan beli hanset di kedai kedai Kios yang muncul tiba tiba di sana sini
3. Beli hanset di kedai yang memberi jaminan originaliti hanset tersebut kalau di malaysia ( set Zitron)
4. Ambil hanset tersebut dan terus taip *#06# dan lihat no serial hanset tersebut lihat asal usul hanset tersebut selalunya kalau yang palsu no serialnya tiada langsung  hanya 000000000000000
5, Jangan beli hanset di jalanan yang di jual oleh orang pesaorangan yang menawarkan harga yang sangat murah dari harga asal hanset tersebut  (ya mungkin juga itu adalah hand set curi.)
6. Jangan beli hanset di Kios kios yang menawarkan hand set secara jualan murah secara berkala dan berkumpulan (yang jenis ni saya jumpa dan dua tiga kali kena rampas oleh pehak berkuasa)
7. Jaminan untuk Hand set ori sekurang kurannya setahun jika kurang dari itu anda fikir fikir lah sendiri kenapa pehak penjual tidak berani memberi jaminan tersebut.
8. Hand set yang original di jual misti lengkap dengan semua acessories termasuk ada buku panduan dan kad jaminan

No comments:

Post a Comment