Friday, October 7, 2011

Rahsia wudhuk






"Ambil wudhuk tidak perlu banyak air, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki.. ."

Nik Abdul Aziz Nik Mat


Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.


Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Menurut Dr. Magomedov, pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology di Daghestan State Medical Academy, wudhuk dapat merangsang aura tubuh secara semulajadi sama seperti cucukan jarum pada titik- titik aktif biologi refleksiologi Cina.

Dalam pengubatan moden, perkara ini dikenali sebagai hidromassage atau urutan dengan menggunakan air sebagai media penyembuhan. Contohnya, mengurut dengan air ketika membasuh muka dapat memberi kesan positif pada usus, ginjal dan sistem saraf.


"Kawasan aktif biologi akan memberi kesan positif apabila dirangsang" "daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama org Islam" manakala 5 lg kawasan terletak di antara buku lali dan lutut di mana kawasan yg disunatkan berwuduk

apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk,ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru kpd organ2 spt usus,perut,pundi kencing,sistem peranakan dan sistem saraf

apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok,ia merangsang sistem saraf bg memulihkan sistem tulang,usus,pankreas,hempedu,tiroid dan kawasan pinggang

manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok,dapat merangsang sistem saraf yg berperanan utk mengelokkan kelenjar pituitari dan kawasan otak yg mengawal sistem endokrin

Rasulullah SAW memerintahkan kita agar mengekalkan air wudhuk kerana ia akan menguatkan jantung, melancarkan peredaran darah dan seterusnya memberikan ketenangan serta jauh daripada penyakit kemurungan dan kegelisahan.

No comments:

Post a Comment