Thursday, September 20, 2012

Apakah kelebihan Samsung galaxy SIII dan IPhone 5

Saya pernah memasukkan entri mengenai kelebihan dua komputer tablet  yang bersaing hangat di pasaran iaitu antara samsung galaxy Tab dan iPAD yang menjadi antara bahan carian tertinggi di blog saya ( yang paling banyak kali di baca) . Saya tak tahu kenapa orang di luar sana berminat sangat mencari entri yang membandingkan Samsung dan Apple. ( lihat rekod  5929 pageview sejak saya masukan entri ini pada 14 Jun 2011)


Untuk kali ini saya akan memasukkan entri perbandingan dua telephon pintar yang terhangat di pasaran sekarang dari juga keluaran Samsung dan Aple iaitu Samsung galaxy SIII dan iPhone 5 dengan mengekal kan kata carian "apakah kelebihan samsung galaxy .....") . Namun saya tidak akan menulis satu  persatu disini kerana pada saya memadai  saya cuma mengambil dari screenshot  iklan Samsung terbaru yang membandingkan ke dua dua telephone pintar ini.

Kalau nampak pada iklan ni samsung mengatasi iphone 5 dari banyak segi, maklumlah Samsung tengah bengang dengan Apple apabila kalah dalam saman patten baru baru ini. Iklan ini dari sebelah Samsung tentu sahaja ia lebih banyak menonjol kelebihan Samsung galaxy SIII berbanding iPhone 5 . Kalau nak kepastian lagi kena lah tunngu iklan dari sebelah Apple pula . Namun apa apa pun ia sangat berguna sebagai rujukan  kepada kita untuk memilih mana satu yang terbaik antara keduanya mengikut selera anda. ( sila lihat screeshot ini) . Cuma satu yang paling saya suka ialah Samsung menyediakan removeble batery senang nak tukar di mana mana bila kong)

Monday, September 17, 2012

Adakah dengan menambah RAM akan melajukan komputer anda


Adakah dengan menambah RAM akan melajukan computer anda. Pada asasnya YA tetapi jika kemampuan processor computer anda di tahap yang sangat rendah ianya tidak memberi kesan apalagi jika ianya juga mempunyai memori chace yang juga terbatas. Jadi sebelum anda berniat membesarkan atau menambah RAM komputer anda cuba anda periksa dahulu kemampuan prosesor komputer anda dengan melihat di perfomance CPU di windows taskbar manager .

Caranya

Pada ruang taskbar di bawah sekali
 klik kanan taskbar pilih start taskbar manager dan pilih perfomance anda akan dapat lihat kotak dialog  seperti ini akan muncul. Lihat pada CPU  dan Memory usage

 Katakanlah  anda hanya baru buka windows atau satu dua program word prosesor CPU usage  anda sudah menunjukkan 100 % usage , ini bermakna prosesor anda memang mempunyai kemampuan yang terbatas. (cuba periksa speed komputer anda) . Jika beginilah bacaannya adakah dengan menambah atau membesarkan RAM yang sedia ada akan melajukan komputer anda , jawapanya TIDAK kerana antara keduanya sangat berkaitan dalam proses sesebuah komputer.Namun jika anda lihat CPU usage nya hanya di gunakan sekadar 50% kebawah penambahan RAM akan membantu melajukan komputer anda. Jadi sebelum ada berfikir untuk menambah RAM cuba lihat performane CPU anda terlebih dahulu adakah ianya sepadan dengan RAM yang anda ingin tambah. Jika kurang sepadan adalah menjadi sia sia penambahan RAM yang anda lakukan kerana inya mungkin memberi kesan yang amat sedikit atau tiada langsung perbezaan kelajuanya. Selain RAM fizikal RAM Chache juga memainkan peranan dalam menentukan kelajuan proses komputer anda kerana RAM yang terlalu besar dan tidak sebanding dengan RAM chace akan menjadikan komputer anda semakin lembab. 

Jika terjadi begini menukar prosor adalah jalan terbaik, tetapi berbaloi kah jika komputer anda dari jenis lama kerana menukar prosesor memerlukan belanja yang sangat mahal apalagi jika prosesor sebuah laptop.

Jadi nasihat saya lebih baik beli komputer baharu sahaja kerana teknologi komputer bergerak sangat pantas yang menjadikan apa yang kita gunakan sekarang hanya memerlukan masa 6 bulan untuk di jadikan bahan sejarah.

e


Friday, September 14, 2012

Search Injin Babylon menyibuk saja pada browser google crome anda

Geram betul bila pada setiap kali anda membuka browser google crome anda search injin Babylon yang akan keluar dahulu mengantikan search injin google kegemaran anda. Susah pula tu nak membuangnya kerana funsi pencariananya tak lah sehebat google ( menyibuk saja lebih).Bagaimana nak membuangnya Sebenarnya anda telah terinsntall dengan secara tak sengaja search injin Babylon ini di browser google Crome anda ketika anda mendownload sesuatu. kalau dah terinstall  bagaimana pula anda nak mengatasinya dan membuang ganguan ini. Ikuti langkah berikut

Buka atau start google crome anda
Pada kotak adress taip 
chrome://chrome/settings/startup 
Tekan enter (akan keluar startup page lihat gambar di bawah)


Klik Pangkah dan hilangkan Pada starup page yang tersenarai babylon search injin
gantikan dengan Google saerch injin
Tutup browser google crome anda 
Start semula 
Selesai masalah 

Untuk Firefox agak rumit sedikit jika ada masa saya akan tunjukan.

Thursday, September 13, 2012

Masuk facebook tanpa guna emel

Hari ni saya nak ajar cara nak masuk Facebook tanpa anda mengunakan emel anda  yang panjang lebar tu ditambah pula kena tekan butang @ la butang _ la dan macam macam  lagi simbul mengikut emel yang anda daftar mula mula dulu. Sebenarnya anda  boleh masuk ke FB anda hanya dengan mengunakan username anda yang tersedia dalam facebook akaun setting anda . Caranya sangat mudah anda hanya perlu tahu apakah username FB anda dengan melihat di General Accaunt setting anda. Jika tiada atau anda nak buat yang baru dan lebih mudah anda perlu edit sahaja accaunt setting tersebut dan menukarnya kenama baru.
(lihat akaun setting FB saya username asal saya shim2001). saya gunakan ini sahaja kerana ianya pendek dan mudah di ingati.
User name saya adalah shim2001 memang asal telah di buat oleh FB. anda boleh menukar nama username asal anda ini kenama baru yang lebih mudah dan ringkas, selepas siap sila save dan log out dan cuba masuk kembali ke FB anda mengunakan username tersebut. anda hanya perlu masukan nama username tersebut .  tanpa perlu lagi mengunakan emel . Jangan takut passwordnya adalah seperti password asal selagi anda tidak menukarnya. cubalah mudahkan

Wednesday, September 12, 2012

Ini 10 sahabat nabi di jamin masuk syurga


Tahukah anda siapakah yang dijanjikan Allah untuk masuk syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijajnikan syurga oleh Allah.


1. Abu Bakar As-Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Al-Khattab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad saw diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Talib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
Itulah 10 sahabat baginda yang dijanjikan Allah dengan syurga. Iman dan Amal mereka sangat hebat sehingga mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah sejak mereka hidup lagi. Kita semua pasti mahu ke syurga kerana di sana terdapat infiniti keindahan dan kesenangan. Akhirat itu pasti. Mari tingkatkan amal dan iman untuk menghadapi akhirat.