Monday, September 17, 2012

Adakah dengan menambah RAM akan melajukan komputer anda


Adakah dengan menambah RAM akan melajukan computer anda. Pada asasnya YA tetapi jika kemampuan processor computer anda di tahap yang sangat rendah ianya tidak memberi kesan apalagi jika ianya juga mempunyai memori chace yang juga terbatas. Jadi sebelum anda berniat membesarkan atau menambah RAM komputer anda cuba anda periksa dahulu kemampuan prosesor komputer anda dengan melihat di perfomance CPU di windows taskbar manager .

Caranya

Pada ruang taskbar di bawah sekali
 klik kanan taskbar pilih start taskbar manager dan pilih perfomance anda akan dapat lihat kotak dialog  seperti ini akan muncul. Lihat pada CPU  dan Memory usage

 Katakanlah  anda hanya baru buka windows atau satu dua program word prosesor CPU usage  anda sudah menunjukkan 100 % usage , ini bermakna prosesor anda memang mempunyai kemampuan yang terbatas. (cuba periksa speed komputer anda) . Jika beginilah bacaannya adakah dengan menambah atau membesarkan RAM yang sedia ada akan melajukan komputer anda , jawapanya TIDAK kerana antara keduanya sangat berkaitan dalam proses sesebuah komputer.Namun jika anda lihat CPU usage nya hanya di gunakan sekadar 50% kebawah penambahan RAM akan membantu melajukan komputer anda. Jadi sebelum ada berfikir untuk menambah RAM cuba lihat performane CPU anda terlebih dahulu adakah ianya sepadan dengan RAM yang anda ingin tambah. Jika kurang sepadan adalah menjadi sia sia penambahan RAM yang anda lakukan kerana inya mungkin memberi kesan yang amat sedikit atau tiada langsung perbezaan kelajuanya. Selain RAM fizikal RAM Chache juga memainkan peranan dalam menentukan kelajuan proses komputer anda kerana RAM yang terlalu besar dan tidak sebanding dengan RAM chace akan menjadikan komputer anda semakin lembab. 

Jika terjadi begini menukar prosor adalah jalan terbaik, tetapi berbaloi kah jika komputer anda dari jenis lama kerana menukar prosesor memerlukan belanja yang sangat mahal apalagi jika prosesor sebuah laptop.

Jadi nasihat saya lebih baik beli komputer baharu sahaja kerana teknologi komputer bergerak sangat pantas yang menjadikan apa yang kita gunakan sekarang hanya memerlukan masa 6 bulan untuk di jadikan bahan sejarah.

e


No comments:

Post a Comment