Thursday, September 20, 2012

Apakah kelebihan Samsung galaxy SIII dan IPhone 5

Saya pernah memasukkan entri mengenai kelebihan dua komputer tablet  yang bersaing hangat di pasaran iaitu antara samsung galaxy Tab dan iPAD yang menjadi antara bahan carian tertinggi di blog saya ( yang paling banyak kali di baca) . Saya tak tahu kenapa orang di luar sana berminat sangat mencari entri yang membandingkan Samsung dan Apple. ( lihat rekod  5929 pageview sejak saya masukan entri ini pada 14 Jun 2011)


Untuk kali ini saya akan memasukkan entri perbandingan dua telephon pintar yang terhangat di pasaran sekarang dari juga keluaran Samsung dan Aple iaitu Samsung galaxy SIII dan iPhone 5 dengan mengekal kan kata carian "apakah kelebihan samsung galaxy .....") . Namun saya tidak akan menulis satu  persatu disini kerana pada saya memadai  saya cuma mengambil dari screenshot  iklan Samsung terbaru yang membandingkan ke dua dua telephone pintar ini.

Kalau nampak pada iklan ni samsung mengatasi iphone 5 dari banyak segi, maklumlah Samsung tengah bengang dengan Apple apabila kalah dalam saman patten baru baru ini. Iklan ini dari sebelah Samsung tentu sahaja ia lebih banyak menonjol kelebihan Samsung galaxy SIII berbanding iPhone 5 . Kalau nak kepastian lagi kena lah tunngu iklan dari sebelah Apple pula . Namun apa apa pun ia sangat berguna sebagai rujukan  kepada kita untuk memilih mana satu yang terbaik antara keduanya mengikut selera anda. ( sila lihat screeshot ini) . Cuma satu yang paling saya suka ialah Samsung menyediakan removeble batery senang nak tukar di mana mana bila kong)

No comments:

Post a Comment