Saturday, January 22, 2011

Apa yang membezakan harga sesebuah komputer atau laptop


Bagi orang yang tak memahami komputer mereka berangapan komputer mempunyai harga yang seragam atau tiada ada banyak perbezaan kecuali hanya mainan peniaga untuk meraih keuntungan samada banyak atau kurang. Anda salah jika berfikiran sebegitu sememangnya harga sesebuah komputer sangat berbeza mengikut spesifikasi  apa yang ada didalamnya. dari semurah ratus ratus, ribu ribu  hingga berpuluh ribu.

Jika ada orang nak membeli dari saya 3 soalan sahaja saya tanya kepada meraka samada nak yang harganya Mahal, Sederhana atau Murah . Saya akan sesuaikan permintaan mereka dengan bajet yang mereka ada. atau dengan kata lain komputer terbaik baik dan sederhana baik.


Jika anda nak membeli sendiri satu sahaja anda kena pastikan jangan anda terkena membeli komputer murah dengan harga yang mahal. Kerana bagi yang buta komputer memang sangat mudah tertipu memandangkan sesebuah komputer pada zahirnya nampak sama sahaja pada luaran  tapi sebenarnya apa yang terkandung dalam komputer itu lah yang membezakan harganya. Bagi memastikan anda tidak tertipu bawalah orang yang mahir semasa membelinya atau dapatkan nasihat dari mereka yang tahu. jangan malu bertanya kerana wang anda sepatutnya senilai dengan apa yang anda nak miliki nanti.

Sebagai panduan asas saya tuliskan di sini apa yang anda perlu tahu untuk membeli sesebuah komputer

1. Jenis prosesor yang di gunakan
2. Berapa besar RAM
3. Berapa muatan Hard Disk
4. Jenis AGP Card yang di gunakan
5. Jenis mother Board yang di gunakan
6. Jenama komputer tersebut
7. Komputer Klon atau Genuien
8. OS Sistemnya samada yang original Crack atau Trial
9. Aplikasi dan utilitiesnya original , Crack atau trial sahaja
10. Berapa lama Waranty di berikan

Ingat barang mahal tinggi nilainya barang murah ada sebab sebabnya






No comments:

Post a Comment