Saturday, October 15, 2011

Jadikan Samsung galaxy tab anda seperti Laptop & Netbook dengan bluetooth case keyboard



Kegilaan komputer tablet seperti galaxy tab dan ipad mengakibatkan jualan Laptop dan netbook seluruh dunia merosot kerana kedua dua komputer tablet ini boleh mengambil peranan mereka sebagai laptop/netbook . Ciptaan yang cantik menarik selain dari agak ringan kecil senang di bawa dan mempunyai kesemua fungsi selain komputer seperti camera dan hanphone ianya sangat berguna bagi yang mementingkan gaya dan kemudahan. Kemungkinan besar dunia masa depan adalah milik komputer tablet seperti ini tidak dapat di nafikan lagi

Isteri saya mengunakan samsung galaxy tab tenyata ianya sangat berkuasa ringan dan mudah di bawa kemana mana malah boleh di simpan didalam beg tangan yang kecil. Baru baru ini saya terjumpa case samsung galaxy tap yang membolehkan anda mengunakan galaxy bersama bluetooth case keyboard yang tersedia pada case tersebut ianya seolah olah anda mengunakan keyboard sebuah netbook bila anda memasang case tersebut . Bagi yang tidak mahir mengunakan keyboad skrin sesentuh pada galaxy tab pengunaan case jenis ini adalah jawapanya. Harganya pula sekitar RM 250 sahaja. Lihatlah alangkah bergayanya bila anda mengunakan case ini seolah olah anda sedang membawa netbook yang kecil.

1 comment: