Thursday, May 29, 2014

Banyak pula khasiat BAWANG PUTEH rupanya

Dalam pencarian aku tentang ubat semulajadi anti radang aku terjumpa pula  artikel berkaitan kelebihan bawang putih melawan keradangan . Tak sangka Bawang puteh ni banyak kegunaanya . bersama ini saya ringkaskah apa kelebihan bawang putih ni . Kalau nak tahu lebih pangjang dan detail rujuk terus ke blog pelbagai khasiat Bawang putih


  1. Mampu mengontrol tekanan darah dan mencegah HIPERTENSI.
  2. Mengurangi pembekuan darah dan memperbaiki peredaran darah.
  3. Antiseptik alami. menigkatkan daya tahan tubuh terhadap infeksi.
  4. Antivirus & Antibakteria.
  5. Dekongstan alami, mampu melegakan flu, bronchitis & sinusitis.
  6. Menurunkan kadar LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  7. Kandungan alicin nya mempunyai efek ANTIOKSIDAN.

 Pelbagai manfaat dan khasiat bawang putih.

1.   Mencegah Kanker
2.   Anti Radang
3.   Anti Bakteri
4.   Menyuburkan rambut
5.   Membersihkan jerawat
6.   Mencegah dan mengobati flu
7.   Menyembuhkan penyakit kulit
8.   Mengontrol berat badan
9.   Mengatasi Keracunan
10. Meredakan Nyeri
11. Pertolongan Pertama Keracunan Merkuri
12. Menyembuhkan luka serpihan
13. Menghilangkan Gatal Akibat Jamur
14. Mengusir Nyamuk
17. Mengusir Hama Tanaman
18. Melancarkan Peredaran Darah
19. Mengatasi Diabetes


Monday, May 26, 2014

Cara Elak komputer anda di sambar kilat

Ada orang bertanya saya bagaimana cara nak elakan sambaran kilat pada barangan komputer kita. Aduh memang agak sukar nak bagi jawapan yang pasti kerana benda ni kira nasib juga, saya sendiri pun pernah alami sambaran kilat pada komputer saya di pejabat dan merosakan motherboard komputer saya.  Ada orang kata tutup komputer adalah cara terbaik semasa hujan turun atau kilat sabung menyabung tetapi percayalah itu bukan jawapanya kerana kilat tetap boleh masuk melalui wayer LAN (RJ45) walaupun dalam keaadaan anda tidak mengunakan komputer anda (komputer OF) . Dari sistuasi ini kita dapat jawapannya ialah dengan hanya cara mencabut cable LAN selepas mengunakan komputer adalah jalan terbaik bagi mengelakan sambaran kilat melalui kabel tersebut. tetapi logikkah hendak di cabut setiap masa selepas setiap kali mengunakan internet . Pada saya mencabutnya ketika hujan sudah memadai kerana jarang sekali kita jumpa kilat berlaku bukan di waktu hujan

Sebagai panduan di sini saya syorkan beberapa langkah yang mungkin anda boleh ambil bagi mengecilkan risiko komputer anda si sambar petir atau kilat

1. Sediakan penyerap kilat pada rumah anda (atas bumbung selalunya kat bagunan besar ada benda ni)
2. Cabut kable LAN (RJ45) jika hujan atau anda meninggalkan rumah secara lama (balik kampung)
3. Sedia kan suis kilat protector pada sambungan plug komputer anda (ada banyak di jual di kedai letrit)
4. Jangan guna kabel LAN (RJ45) tetapi gunakan sambungan Wireles untuk berinternet walaupun pada
     komputer desktop dengan membeli kad adaptor wireles
5. Jika rumah anda memang kawasan laluan kilat (susah teman nak bagitau camana ni tawakal je la)


Walau apapun langkah yang kita ambil jika nak terkena akan terkena juga lah , jadi banyakanlah berdoa semuga anda di jauhkan dari sambaran kilat ini baik pada alatan letrik atau komputer anda apa lagi jika melibatkan nyawa anda atau anak anak.

Sunday, May 25, 2014

Salah faham tentang WARRANTY Komputer Apa yang boleh? .. apa yang tak ?

Dalam awal tahun 2014  ini sahaja dah banyak aku terima komputer yang rosak terus akibat di sambar petir, maklumlah musim hujan dan ada antaranya komputer itu masih didalam jaminan Warranty peniaga. Tapi tahukah anda kerosakan yang di sebabkan petir tidak termasuk didalam pakej waranty kerana ia di angap sebagai satu bencana. malah ianya sangat mudah di kesan pada motherboard anda.


Ada orang cuba menipu mengatakan komputernya rosak dalam keaadan biasa tanpa memberitahu cerita sebenar di sebaliknya . Walaupun  mereka cuba sembunyikan kebenaran namun pehak peniaga boleh mengetahui dan mengenali punca kerosakanya hanya dengan memeriksa motherboard komputer tersebut dengan peralatan tertentu. Anda tidak boleh menipunya dengan hanya mengatakan kerosakan biasa walahal ia adalah atas pengetahuan dan  kecuaian anda.

Sesetengah orang berangapan masa dalam warranty ni lah dia akan melanyak komputer itu semaunya tanpa belas kasihan malah tidak langsung untuk merehatkanya, perbuatan begini akan mengakibatkan komputer tersebut oveheating ( kepanasan melampau) dan kerosakan ini juga boleh di kesan peniaga dengan mudah  Jadi anda jangan salah faham maksud waranty yang di beri kerana ianya adalah hanya untuk kerosakan normal yang diakibatkan kegagalam hadware tersebut secara semulajadi sahaja atau kesalahan  di masa proses pengeluaran semasa pengilangan

 Dibawah saya senaraikan kerosakan yang tiada dalam Warranty

1. Disambar petir
2. Over Heating
3. Kegagalan ketidak stabilan atau berlaku over power letrit
3. Membaiki sendiri  (membuka seal warranty)
4. Kegagalan Software
5. Kegagalan Mouse
6. Kegagalan keyboard

Jadi jika anda membeli komputer baharu awasi semua gejala diatas supaya warranty anda akan jadi bermakna dan berguna. Akan datang saya akan menulis bagaimana mengelak sambaran kilat pada komputer anda

Friday, May 23, 2014

APPLE iPHONE 6 bila lagi nak lancar ni

Sejak dengar pasal  iPhone 6 bakal di lancar aku sering dok pi tanya pekedai bila masanya tu ada yang kata pertengahan 2014 dan ada yang kata pengakhir 2014. Aku sebenarnya bukan pengemar asal keluaran Apple tapi bila aku lihat  anak anak aku semua pakai barangan Apple dan tahan lasak pula tu aku jadi teringin nak pakai jugalah sebab jenis aku ni tak suka tukar tukar telephone kalau sekali beli tu biarlah sampai 5 ke 6 tahun baru nak beralih angin tu pun jika ada masalah. jika tak 10 tahun pun aku akan pakai.

Apa yang menarik tentang barangan Apple anak anak aku pakai ni aku lihat kesemuanya sangat tahan lasak terutama kalau berkaitan baterinya. ini yang membuat aku juga inggin memiliki Apple.

Dari rujukan yang aku buat ada beberapa ciri iPhone 6 yang bakal di keluarkan nanti (ini spekulasi je tau)


Skrin  iPhone 6
Apple akan menghasilkan skrin bersaiz 4.8 inchi dengan paparan retina + IGZO skrin yang dihasilkan oleh Sharp yang akan membuatkan paparan iPhone lebih nipis, lebih cerah dan lebih jelas dengan menawarkan paparan lebih baik daripada resolusi HD.(paparan super HD) 
Ciri ciri  iPhone 6
 iPhone 6 ia akan di kuasai dengan processor A7 yang baru dan juga di gunakan juga oleh iPad generasi akan datang. prosecor yang sangat cepat dan efisyen berbanding  processor A6 yang di gunakan iPhone 5 sekarang
Satu ciri baru juga akan muncul pada iPhone generasi ke-6 ini ialah penggunaan sonar sebagai gantian kepada sensor infared yang digunakan sekarang dimana ia menggunakan bunyi sebagai sensor bagi mengangarkan jarak bagi mengesan telefon telefon lain. 
Storage iPhone 6
Apple akan menaikkan saiz storage peranti itu kepada 128GB,  ke iPhone 6 , sama dengan pengenalan saiz storage 128GB kepada model iPad baru.

Walaupun apa yang saya tulis ini hanya sekadar spekulasi yang berlegar di internet tetapi ianya sumber yang sangat boleh di percayai kita tunggu betul tak

Wednesday, May 21, 2014

Prosesor mana pilihan Anda INTEL atau AMD

Sebenarnya banyak yang bertanya kepada saya apakah prosesor pilihan yang terbaik antara keluaran INTEL  dan AMD .Pilehan jenis prosesor inilah akan menentukan harga sesebuah komputer . Namun bagi pengemar Intel pihak pengeluar ada membuat pilihan bagi yang ingin harga prosesor yang agak murah dengan pilihan Intel Celeron dan bagi prosesor AMD pula ianya agak murah dari prosesor keluaran Intel walaupun  mempunyai keupayaan yang hampir sama.

Terus terang saya katakan semenjak saya menjual komputer setakat ini saya tidak pernah sekalipun memilih prosesor dari keluaran AMD walaupun komputer yang di pasang dengan prosesor jenis ini lebih murah.
Namun saya di fahamkan prosesor AMD sangat di sukai oleh pengusaha cyber cafe kerana selain dari murah ia sangat baik untuk melancarkan Games. Dibawah ini saya senaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan kedua dua prosesor ini untuk memudahkan anda membuat pilihan.


PROSESOR INTEL




Kelebihan Processor Intel :

  • Dapat menghasilkan suara/audio yang baik.
  • Prestasi prosesor Intel  merupakan yang terbaik.
  • Dapat mengawal suhu frekuensinya secara otomatis.\
  • Prosesor pilihan ramai
Kekurangan Processor Intel :

  • Harga mahal.
  • Kualiti grafik 3D / penggunaan bermain game agak kurang



PROSESOR AMD







Kelebihan Prosessor AMD :

  • Penghasilan  grafik unggul dibandingkan procesor lain dipasaran.
  • Harga lebih murah daripada Intel.
  • Memiliki teknologi EVP untu mengesan virus

Kekurangan Prosesor AMD :

  • Cepat panas
  • Ada beberapa aplikasi dan game tidak berfungsi dengan  AMD.
  • Orang kurang meminati prosesor dari AMD

Monday, May 19, 2014

Dua simpulan bahasa yang mungkin mengelirukan anda

Hari ni aku nak cerita kepada anda semua perkara lain dari hal komputer bagi merehatkan minda dan anda boleh berfikir sejenak mengenainya. ini adalah berkaitan dua simpulan bahasa yang telah mengelirukan saya dan mungkin anda . Setelah hampir 40 tahun baru saya mendapat kebenaranya itupun dari seorang Guru Besar yang aku panggil Adik sehingga sekarang kerana kami berbapa yang sama.


HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI
yang sebenarnya HARAP PEGAR PEGAR MAKAN PADI

Kita dah terdidik mengatakan Harap pagar pagar makan padi ni sejak lama dulu lagi dan kita pun rasanya telah terima ini sebagai simpulan bahasa yang betul di mana mana pun , malah boleh di katakan semua menerima peribahasa ini seperti itu wahal kalau ikut ayat sebenarnya ialah Harap Pegar pegar makan padi. Pegar di sini di tujukan kepada sejenis burung pegar yang di beri tugas untuk menghalau burung burung lain dari memakan padi tetapi kerana dia juga pemakan padi ..(Takan tengok je kut) .Jadi apa akan terjadi jika di suruh menjaga padi. Kalau di fikirkan apa logik nya pagar akan makan padi kerana pagar memang tak perlu makanan ,jadi sudah barang tentu kalau di suruh pagar pagar tak akan makan padi tapi jika di suruh burung pegar dah tentu dia akan memakan padi. kalau nak tahu inilah gambar burung Pegar tu


MELEPAS BATUK DI TANGGA
yang sebenarnya MELEPAS BATOK DITANGGA

Orang yang membuat kerja sambil lewa kita terus mengatakan seperti melepas batuk di tangga. kita bayangkan orang itu duduk di tanga dan melepaskan batuknyakan. tapi apakah kaitanya orang yang batuk dengan kerja sambil lewa. Sebenarnya simpulan bahasa ni yang sebenar adalah Melepas Batok di tangga. (perbezaan huru U dan O sahaja untuk ejaan Batuk/Batok) Jadi dari segi sebutan simpulan bahasa ini masih betul tetapi dari segi pemikiran kita tentu di tujukan kepada kelakuan batuk kan bukan pada Batok. Batok adalah sejenis pencedok air untuk membasuh kaki yang di buat mengunakan tempurung  yang di letak di setiap tangga rumah orang dahulu yang memang tak berkasut, Ayat ini menunjukkan sesaorang selepas mengunakan batok tersebut untuk membersih kakinya terus membuang begitu sahaja batok di tangga tanpa menyimpanya atau meletakan kembali  ke tempat asalnya. perbuatan ini boleh di angap membuat kerja sambil lewa seperti yang di madsudkan. Ni rupa Batok tu kalau orang lama tau la ni bebudak sekarang tah leee


Emmm rasa fresh skit kepala otak kan

Sunday, May 18, 2014

Fail dan folder dalam Thumdrive atau USB Flashdisk tiba tiba hilang

Kebelakangan ini banyak pula orang yang menemui saya supaya mengembalikan fail dalam thumbdrive dia tiba tiba hilang tanpa sebab dan mengakibatkan dia kehilangan data mustahak yang sangat di perlukan. Ada yang putus asa terus format thumdrive mereka dan data hilang terus dari pandangan.

Jika anda mengalami masalah ini ianya sebenarnya berpunca dari satu serangan virus yang melenyapkan fail atau folder data anda padahal sebenarnya data itu masih ujud seperti asal. Fail yang telah di sembunyikan secara superhidden tiadaklah boleh di kembalikan dengan cara fail yang di sembunyikan secara biasa. Bagi memastikanya samada fail itu masih ujud adalah dengan cara  anda melihat kembali jumlah muatan fail dalam USB anda dengan mengunakan explorer dan meklik di bahagian propeties. Keujudan used space (warna biru) yang banyak menandakan fail anda sebenarnya masih ujud tapi telah di sembunyikan secara superhidden dari mata anda oleh virus tersebut.



Untuk mendapatkan semula fail tersebut kemahiran  mengunakan perisian DOS dalam commad black screen sangat sangat lah di perlukan.Anda kena mengembalikan atttrib asal fail anda yang telah di ubah oleh virus tersebut secara superhidden mengunakan arahan DOS. Terlebih dahulu anda kena masuk ke format CMD dengan menaip cmd apa ruangan search program and file  . Apabila  muncul black srenn commad prompt pada komputer anda  ikuti langkah berikut bagi mengembalikan fail anda;

  1. Masukkan thumbdrive anda, lihat Drive Letter device tersebut di My Computer. Contoh – (H:)
  2. Buka Command Prompt dan cari drive H: (USB di drive H  pada komputer saya)
  3. Masukkan Command ini : attrib -s -h -r H:/*.* /s /d
  4. Tekan Enter, tunggu sehingga Command tersebut Execute
    Kalau tak faham lihat gambar black screen di bawah


Buka thumbdrive  anda dan lihat adakah kesemua fail telah di kembalikanSelepas semua fail anda ujud dan  di kembalikan scan dan hapuskan virus yang ujud di thumdrive andajika anda tidak mahir dengan DOS jumpalah mereka yang mahir mengenainya.

Thursday, May 15, 2014

Bateri Laptop cepat "Kong" salah siapa?

Banyak sungguh orang bertanya saya tentang cara penjagaan bateri laptop "bagaimana caranya bagi menjaga bateri laptop agar tahan lama dan tidak mudah rosak
Saya tidak pasti sangat bagaimana sebaiknya menjaga bateri laptop anda , tetapi  pernah saya menulis mengenai masalah ini dengan tajuk;(Punca bateri Lap Top cepat kong (habis hayat ,kuasa atau rosak

Memang agak sukar untuk mengikuti semua langkah yang saya senaraikan dala tulisan itu tanpa ada sebarang bantuan atau petunjuk bagi memastikanya benar benar berkesan. Namun dari pengamatan saya cara pengunaannya lah yang akan menentukan hayat bateri tersebut.

Mengecas bateri secara berterusan adalah pemusnah no 1 bagi hayat bateri anda, sebaiknya pastikan anda menghentikan pengecasan bateri anda sebaik sahaja ianya penuh dan mulakan pula kerja cas selepas ianya betul betul habis. Ada orang salah angap dengan mencabut bateri dan tidak mengunakanya langsung juga akan mengakibatkan bateri anda kong, jadi sebaik baiknya biarkan dia didalam laptop anda dan selepas penuh kerja cas tutup suis plug dan gunakan kuasa bateri sahaja dan ulanginya lah begitu seterusnya.

Amalan yang begini akan mengekalkan kuasa bateri anda sampai bertahun tahun seperti bateri netbook saya telah melebihi 5 tahun tapi masih mengekalkan kuasanya hampir 80% dari kuasa asal semasa mula mula di beli. Membiarkan bateri anda di sambung dan di cas secara berterusan akan memngakibatkan bateri anda mati. Jika ini terjadi anda kena cabut bateri anda dan hanya mengunakan chager kerana di kuatiri kesan bateri mati merebak kepada chager anda

Jadi berbalik kepada soalan "Bateri Laptop cepat "Kong" salah siapa?" anda boleh fikirkan sendiri selepas membaca artikel ini

Tuesday, May 13, 2014

Flashdisk (ThumbDrive) palsu takan boleh menyimpan fail gambar atau Video

Saya pernah menulis berkaitan Flash Disk (ThumbDrive ) palsu yang berlambak di jual di pasar malam dan menerangkan ciri ciri untuk mengenalinya. tetapi saya tidak menulis mengenai apa apa muatan yang boleh atau tidak boleh di simpan di dalamnya sehingga saya pasti perkara ini terjadi. Setelah beberapa orang membawa kepada saya bagi membaiki kehilangan data yang di alami kebanyakannya ialah berkaitan data dari format Video atau gambar sahaja tetapi tidak pada data text atau document . Jadi saya rumuskan barang siapa yang sering kehilangan data yang berkaitan Gambar atau Video sebenarnya ianya adalah pemilik Flash Disk(ThumbDrive ) palsu.
Saya telah cuba mengisi kedua dua fail tersebut didalan Flasdisk palsu ternyata samada dia tidak menyimpannya langsung atau hanya menyimpan sebahagian daripadanya sahaja. kalau kita lihatnya mengunakan Explorer fail nya akan jadi begini (lihat gambar )hanya nama fail ujud tapi anda tidak boleh membukanya kecuali yang masih menunjukan ada kesan gambar atau video.  Kalau ikut di sini cuma 9 gambar dan 4 Video sahaja boleh di buka dari kesemua 48 fail yang ada.

KESIMPULANYA

Jika fail dalam Flash Disk anda terjadi begini ini bermakna Flash Disk yang anda miliki dan gunakan adalah Flash Disk(ThumbDrive ) palsu. Anda hanya boleh gunakanny untuk menyimpan fail dari jenis Text atau Document sahaja itupun saya tidak pasti adakah cara simpananya  sempurna dan lengkap sebagai sebuah fail.

Sunday, May 11, 2014

Pernah tak anda semak status pinjaman perumahan anda





Pernah tak anda mendapat penyata mengenai status pinjaman perumahan anda . saya sendiri rasa tidak pernah menerimanya sehinggalah sekarang . jadi bagaimana cara untuk anda tahu status pinjaman anda dan berapa baki yang tinggal dan bilakah ianya akan berakhir. Bagi anda yang baru sahaja meminjam mungkin tak kesah sangat tentang hal ini tetapi bagi mereka yang sudah sampai ke penghujung kerjaya tentu sekali ingin mengetahui bilakah potongan keewangan untuk pinjamanya akan tamat. di sini saya berikan alamat untuk anda merujuk status pinjaman anda, jika anda belum mendaftar daftarlah dahulu bagi membolehkan anda masuk kelaman web tersebut dan mengetahui semua maklumat yang anda perlukan. klik di sini : SPPB pinjaman perumahan kerajaan




Monday, May 5, 2014

Undi popular dan jumlah kerusi PRU 13


Parti pembangkang menang secara undi popular namun tewas kerana kekurangan jumlah kerusi yang di perlukan bagi membentuk kerajaan . Mengapa terjadi demikian. Sekali imbas memang kita rasa pembangkang patut memerintah kerana lebih ramai orang mengundi pembangkang dari mengundi BN tetapi kerana kehendak demokrasi di Malaysia adalah pada kiraan jumlah kerusi bukan berapa ramai yang mengundi pembangkang. Kenapa terjadi sebegini adalah di sebabkan kebanyakan kawasan yang di kuasai pembangkang mempunyai ramai pengundi dan BN pula banyak menguasai kerusi di kawasan yang tidak ramai pengundi terutama di kawasan pendalaman Sabah dan Serawak. Jadi di Malaysia jika anda ingin menguasai kerajaan anda terpaksalah memenangi banyak kerusi bukan memenangi undi popular .  Lihat carta di bawah menunjukkan porla pengundian popular dan jumlah kerusi yang di menangi . Walaupun peratusan pengundi mengundi pembangkang sebanyak 50% tetapi merekal gagal mendapat jumlah kerusi yang banyak iaitu BN sebanyak 133 kerusi dan PR hanya mendapat 89 kerusi. Jadi kerajaan kekal di tangan BN untuk 5 tahun lagi.



Ringkasan keputusan pilihan raya umum 2013 bagi Dewan Rakyat Malaysia
Undian% undianKerusi% kerusi+/–
Barisan Nasional (BN)5,237,69947.3813359.91–7
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)3,241,28629.328839.64+9
Persatuan Cina Malaysia (MCA)899,4208.1473.15–8
Kongres India Malaysia (MIC)291,8142.6441.80+1
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)153,0811.3810.45–1
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)232,3902.10146.310
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)133,6031.2110.45–5
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)55,5050.5041.800
Parti Rakyat Sarawak (PRS)59,5400.5462.700
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)65,9660.6031.35–1
Parti Bersatu Sabah (PBS)88,0970.8041.80+1
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)9,4670.0810.450
Parti Liberal Demokratik (LDP)00.0000.00–1
Parti Progresif Penduduk (PPP)7,5300.0700.000
Pakatan Rakyat (PR):5,623,98450.878940.09+7
Parti Keadilan Rakyat (PKR)2,254,32820.393013.51–1
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)1,633,38914.77219.46–2
Parti Tindakan Demokratik (DAP)1,736,26715.713817.12+10
Parti bebas (dan lain-lain)192,8941.7500.000
Jumlah keseluruhan11,054,577100.00222100.00




kredit to http://ms.wikipedia.org/

Sunday, May 4, 2014

Awas penipuan CINTA INTERNET melalui Facebook

Pernah tak anda secara tiba tiba di sapa oleh sesaorang yang anda tidak di kenali dengan gambar profil lelaki kacak atau pompuan cantik di Facebook anda menyatakan ingin berkenalan dengan anda. Jika anda aprove request tersebut anda sangat hampir dengan gejala penipuan Cinta Internet yang mengakibatkan sudah ramai orang tertipu denganya. Saya sendiri pernah menerima request sebegini beberapa kali untuk berkenalan dari beberapa wanita cantik terutamanya dari Eropah menyatakan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih rapat. Curiga dengan requst yang tiba tiba saya mencari bahan bahan yang berkaitan penipuan mengunakan internet dan FB . Dari rujukan saya di internet saya dapati mereka ini adalah penipu Cinta Internet yang selalunya di dalangi warga asing. Jika ada dapat request seperti itu jangan di layan kerana ianya adalah bala besar bagi anda nanti. Untuk panduan anda di sini saya senaraikan  ciri ciri penipu internet tersebut



Ciri ciri penipu Cinta Internet
1.Ingin berkenalan dengan anda secara tiba tiba
2.Meletakan gambar pompuan cantik dalam profilenya jika mangsanya lelaki dan jika mangsa pompuan pula profile picturenya adalah lelaki kacak
3.Baru sahaja berkenalan mereka akan katakan suka sangat dengan anda malah menyatakan rindu atau jatuh cinta dengan anda malah memuji muji anda secara berlebihan.
4.Selalunya ianya akan mengatakan emak atau bapanya orang Malaysia dan dia ingin kembali ke Malaysia
5.Dalam masa yang singkat beliau ingin menhantar hadiah kepada anda
6.Hadiah akan yang dihantar dinyatakan  tersangkut di Kastam dan anda perlu membayar wang kastam untuk melepaskan barang tersebut
7.Anda boleh mengenali mereka ini kerana jumlah sahabatnya selalunya tidak banyak kerana dia hanya mendaftar dalam FB untuk menipu anda


AWAS!!!!!!!!! 
Jika anda melayan mereka anda akan secara mudah tertipu dengan membayar wang kastam dan selepas itu mereka tiada akan anda boleh hubungi lagi .
Mangsa mangsa mereka selalunya perempuan atau lelaki yang kesunyian mencari cinta jadi saya nasihatkan janganlah anda percaya rakan internet anda kecuali yang sememangnya anda sudah kenali selama iniharap artikel ini dapat membantu anda