Monday, May 26, 2014

Cara Elak komputer anda di sambar kilat

Ada orang bertanya saya bagaimana cara nak elakan sambaran kilat pada barangan komputer kita. Aduh memang agak sukar nak bagi jawapan yang pasti kerana benda ni kira nasib juga, saya sendiri pun pernah alami sambaran kilat pada komputer saya di pejabat dan merosakan motherboard komputer saya.  Ada orang kata tutup komputer adalah cara terbaik semasa hujan turun atau kilat sabung menyabung tetapi percayalah itu bukan jawapanya kerana kilat tetap boleh masuk melalui wayer LAN (RJ45) walaupun dalam keaadaan anda tidak mengunakan komputer anda (komputer OF) . Dari sistuasi ini kita dapat jawapannya ialah dengan hanya cara mencabut cable LAN selepas mengunakan komputer adalah jalan terbaik bagi mengelakan sambaran kilat melalui kabel tersebut. tetapi logikkah hendak di cabut setiap masa selepas setiap kali mengunakan internet . Pada saya mencabutnya ketika hujan sudah memadai kerana jarang sekali kita jumpa kilat berlaku bukan di waktu hujan

Sebagai panduan di sini saya syorkan beberapa langkah yang mungkin anda boleh ambil bagi mengecilkan risiko komputer anda si sambar petir atau kilat

1. Sediakan penyerap kilat pada rumah anda (atas bumbung selalunya kat bagunan besar ada benda ni)
2. Cabut kable LAN (RJ45) jika hujan atau anda meninggalkan rumah secara lama (balik kampung)
3. Sedia kan suis kilat protector pada sambungan plug komputer anda (ada banyak di jual di kedai letrit)
4. Jangan guna kabel LAN (RJ45) tetapi gunakan sambungan Wireles untuk berinternet walaupun pada
     komputer desktop dengan membeli kad adaptor wireles
5. Jika rumah anda memang kawasan laluan kilat (susah teman nak bagitau camana ni tawakal je la)


Walau apapun langkah yang kita ambil jika nak terkena akan terkena juga lah , jadi banyakanlah berdoa semuga anda di jauhkan dari sambaran kilat ini baik pada alatan letrik atau komputer anda apa lagi jika melibatkan nyawa anda atau anak anak.

No comments:

Post a Comment