Friday, May 23, 2014

APPLE iPHONE 6 bila lagi nak lancar ni

Sejak dengar pasal  iPhone 6 bakal di lancar aku sering dok pi tanya pekedai bila masanya tu ada yang kata pertengahan 2014 dan ada yang kata pengakhir 2014. Aku sebenarnya bukan pengemar asal keluaran Apple tapi bila aku lihat  anak anak aku semua pakai barangan Apple dan tahan lasak pula tu aku jadi teringin nak pakai jugalah sebab jenis aku ni tak suka tukar tukar telephone kalau sekali beli tu biarlah sampai 5 ke 6 tahun baru nak beralih angin tu pun jika ada masalah. jika tak 10 tahun pun aku akan pakai.

Apa yang menarik tentang barangan Apple anak anak aku pakai ni aku lihat kesemuanya sangat tahan lasak terutama kalau berkaitan baterinya. ini yang membuat aku juga inggin memiliki Apple.

Dari rujukan yang aku buat ada beberapa ciri iPhone 6 yang bakal di keluarkan nanti (ini spekulasi je tau)


Skrin  iPhone 6
Apple akan menghasilkan skrin bersaiz 4.8 inchi dengan paparan retina + IGZO skrin yang dihasilkan oleh Sharp yang akan membuatkan paparan iPhone lebih nipis, lebih cerah dan lebih jelas dengan menawarkan paparan lebih baik daripada resolusi HD.(paparan super HD) 
Ciri ciri  iPhone 6
 iPhone 6 ia akan di kuasai dengan processor A7 yang baru dan juga di gunakan juga oleh iPad generasi akan datang. prosecor yang sangat cepat dan efisyen berbanding  processor A6 yang di gunakan iPhone 5 sekarang
Satu ciri baru juga akan muncul pada iPhone generasi ke-6 ini ialah penggunaan sonar sebagai gantian kepada sensor infared yang digunakan sekarang dimana ia menggunakan bunyi sebagai sensor bagi mengangarkan jarak bagi mengesan telefon telefon lain. 
Storage iPhone 6
Apple akan menaikkan saiz storage peranti itu kepada 128GB,  ke iPhone 6 , sama dengan pengenalan saiz storage 128GB kepada model iPad baru.

Walaupun apa yang saya tulis ini hanya sekadar spekulasi yang berlegar di internet tetapi ianya sumber yang sangat boleh di percayai kita tunggu betul tak

No comments:

Post a Comment