Tuesday, May 13, 2014

Flashdisk (ThumbDrive) palsu takan boleh menyimpan fail gambar atau Video

Saya pernah menulis berkaitan Flash Disk (ThumbDrive ) palsu yang berlambak di jual di pasar malam dan menerangkan ciri ciri untuk mengenalinya. tetapi saya tidak menulis mengenai apa apa muatan yang boleh atau tidak boleh di simpan di dalamnya sehingga saya pasti perkara ini terjadi. Setelah beberapa orang membawa kepada saya bagi membaiki kehilangan data yang di alami kebanyakannya ialah berkaitan data dari format Video atau gambar sahaja tetapi tidak pada data text atau document . Jadi saya rumuskan barang siapa yang sering kehilangan data yang berkaitan Gambar atau Video sebenarnya ianya adalah pemilik Flash Disk(ThumbDrive ) palsu.
Saya telah cuba mengisi kedua dua fail tersebut didalan Flasdisk palsu ternyata samada dia tidak menyimpannya langsung atau hanya menyimpan sebahagian daripadanya sahaja. kalau kita lihatnya mengunakan Explorer fail nya akan jadi begini (lihat gambar )hanya nama fail ujud tapi anda tidak boleh membukanya kecuali yang masih menunjukan ada kesan gambar atau video.  Kalau ikut di sini cuma 9 gambar dan 4 Video sahaja boleh di buka dari kesemua 48 fail yang ada.

KESIMPULANYA

Jika fail dalam Flash Disk anda terjadi begini ini bermakna Flash Disk yang anda miliki dan gunakan adalah Flash Disk(ThumbDrive ) palsu. Anda hanya boleh gunakanny untuk menyimpan fail dari jenis Text atau Document sahaja itupun saya tidak pasti adakah cara simpananya  sempurna dan lengkap sebagai sebuah fail.

No comments:

Post a Comment