Wednesday, December 7, 2011
Apa kaitan Harga barangan komputer dengan bajir di Thailand
Wednesday, November 23, 2011
Cara atasi “Failed Error to connect” pada ralat PPPoE* streamyx berdasarkan kod arahan ralatnya
- Kesalahan Username:
Windows akan mengeluarkan mesej ralat “Error 691″
Cara atasinya adalah dengan periksa ejaan @streamyx dan .com adakah betul
- 2. Kesilapan Password:
Windows akan mengeluarkan mesej ralat “Error 691″
Cara atasinya adalah dengan memasukan password yang betul dan sepatutnya
- Kegagalan sambungan /
talian: Windows akan mengeluarkan mesej ralat “Error 651″.
Cara atasinya adalah dengan pastikan unit telefon anda ada dail tone. dan periksa juga jika ada kegagalan kabel sambungan
- 4. Sambungan Talian
Port tersekat (hang): Windows akan mengeluarkan mesej ralat “Error 651″
Cara atasinya adalah dengan menghubungi pihak Teknikal TM (di talian 100)
- 5. Kesalahan Tetapan
VCI/VPI: Windows akan mengeluarkan mesej ralat “Error 651″
Cara atasinya adalah dengan memastikan VCI adalah “0″ (kosong), manakala VPI adalah “35″.
Sunday, November 20, 2011
Bagaimana untuk mengecilkan fail dan folder anda
Anda mempunyai masalah untuk menghantar fail yang terlalu besar atau ingin menghatar fail folder secara sekaligus melalui internet. Masalahnya emel percuma internet biasanya tidak membenarkan fail yang terlalu besar di hantar melaluinya kecuali pada emel berbayar . untuk mengatasi masalah ini anda perlu mengecilkan dulu fail atau folder tersebut tersebut sebelum boleh di hantar. bagaimana mengatasi masalah fail besar ini.
Jawapanya adalah anda harus mengecilkan dulu isi fail tersebut tanpa menjejaskan kandunganya. anda memerlukan software untuk mengecilkan fail tersebut.
Untuk mengecilkan fail anda dari saiz asal ke saiz yang lebih kecil memerlukan software pengecilan fail. Ada 2 jenis software utama untuk tujuan ini yang paling popular digunakanmasakini iaitu Winzip dan WinRaw. Ianya adalah trial atau evolutions version jika anda ingin lebih dari itu anda perlu membayarnya.
WinRaw
WinZip
Jika anda ingin yang betul betul percuma cuba yang ini mungkin dia ada kekuranganya tapi berbaloi
7Zip
Saturday, November 12, 2011
FireFox 8.0 macam macam adaaaaaaaaaaaaa
Bagi peminat browser firefox . terilisnya firefox 8.0 memang di nanti nantikan kerana ada pelbagai ADD ON dan fungsi terbaru boleh didapati bersamanyas . Sila download disini jika anda berminat mengunakan browser FireFox 8.0 . dan apa paling menariknya adalah private Browsing yang akan menghilangkan jejak internet anda jika anda mengaktifkanya.
Saturday, November 5, 2011
Berkaitan RAM
RAM random access memory.
SIMM (72 pin) single in-line memory module
EDO (extended data out)
DIMM (168 pin) double in-line module,
SDRAM synchronous dynamic RAM,
DDR-DRAM double-data-rate synchronous dynamic RAM
RDRAM Rambus dynamic RAM,
Sejarah perkembangan RAM
1. R A M 1968
2. D R A M 1970
3. FP RAM 1987
4. EDO RAM 1995
5. SDRAM PC66 1996 – 1997
6. SDRAM PC100 1998
7. DR DRAM 1999,
8. RDRAM PC800 1999,
9. SDRAM PC133 1999,
10. SDRAM PC150 2000
11. DDR SDRAM 2000
12. DDR RAM 2000
13. DDR2 RAM 2000
14. DDR3 RAM 2000
Thursday, November 3, 2011
Dapatkan simpanan maya 500GB percuma dengan Jumbo File
Selain dari External Hd Anda boleh menyimpan data data anda secaya maya. Jika dulu ada virtual flopy disk sekarang sudah ada simpanan maya secara percuma mencecah sehingga 500GB, jika anda inginkan simpanan lebih dari ini anda hanya perlu membuat sedikit bayaran dengan klik pada convert to primium -point. Sebagai permulaan untuk dapatkan simpanan maya secara percuma sila daftar di sini Free 500GB Jumbo file Account . Saya dah gunakanya ternyata ianya sangat mudah dan berbaloi.
Selamat mencuba
Buat recover console pada Windows 7
Untuk membuat recover console pada windows 7 ikuti cara berikut
1. Masukan DVD install Windows 7 asal ke DVD komputer anda
2. Boot komputer dan tekan F8 atau F12 untuk ke arahan recover console
3. pada menu Widows 7 akan ada menu System Recovery (dapatkan commad prompt)
4. Pada Command Prompt lakukan perintah ” Bootrec ”
Ada empat perintah Bootrec untuk pilihan anda mengikut keperluan recover yang anda hendak lakukan
1. BootRec / RebuildBcd – > Membaiki kembali menu Windows 7 boot yang korup
2. BootRec / fixmbr – > memperbaiki master boot record (MBR) pada hard disk
3. BootRec / fixboot – >membuat sektor boot baru ke hard disk anda.jika sektor boot telah korup
4. BootRec / ScanOS – > Mencari hard disk OS anda yang tidak muncul dalam menu boot
Bagi tujuan membena semula boot asal komputer anda lakukan perintah berikut.
Bcdedit / ekspor c: BCD_Backup
c:
cd boot
BCD attrib-s-h-r
ren c: boot BCD bcd.old
BootRec / RebuildBcd
Tuesday, November 1, 2011
Bagaimana mengenali Desktop (tower) Klon atau Genuine
Namun untuk jenis desktop banyak komputer dari jenis klon di jual berbanding desktop yang Genuine kerana kos dan harganya yang lebih murah. Saya sendiri memasang komputer desktop yang saya inginkan dan perlukan mengikut citarasa saya sendiri dengan membeli secara berasingan kesemua kompenen yang saya mahukan untuk di jadikan sebuah komputer. Terbukti ianya sangat berkuasa murah ringan dan mudah di perbaiki bila mengalami kerosak di bahagian bahagian tertentu.
Lihat perbandingan di bawah untuk mengenali antara komputer Desktop Klon dan Genuine
Komputer Desktop Genuine
1. Harganya lebih mahal walaupun dalam model yang sama dengan komputer klon
2. Keseluruhan CPU nya agak berat dan didatang siap terpasang lengkap dari kilang
3. Barangannya luar dalamnya original dari pengilang asal
4. Di masukkan OS windows original di dalamnya
5. Warantinya dari setahun hingga ke tiga tahun
6. Ada buku rujukan dan kad waranty berserta no serial
7. Ada tercatat jenama (branded) pada Casing CPU nya
8. Diberikan CD OS Cd Mainboard
9. Agak sukar di bongkar atau di buka jika ingin di baiki
10 Warna casingnya lebih menyerlah dan nampak Exklusif
11. Ada terlekat no pin windows Genuine yang di gunakan pada casing CPU nya
12. Bila di boot BIOSnya akan menunjukan info asal pengeluarnya
13. Komputer Genuine perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan
lain-lain lagi.
Komputer desktop klon
1. Harganya lebih murah walaupun pada spesifikasi menyamai komputer Genuine
2. Berat keseluruhan CPU nya agak ringan
3. Dipasang instant semasa kita oder mengikut pilihan kita
4. Di masukan windows trial atau sekadar free DOS malah mungkin OS pirate sahaja
5. Warantiynya setahun sahaja atau kurang
6. Tiada Buku rujukan kad waranty dan no serial
7. Tiada jenama pada Casing CPU nya kalau ada pun namanya bukan bukan
8. Tidak Diberikan CD OS dan mungkin juga Cd Mainboard
9. Sangat mudah di bongkar untuk di baiki
10. Warna desktopnya biasa biasa sahaja
11. Tiada pelekat no pin Windows Genuine
12. Bila di boot terus masuk ke Windows yang di gunakan
13. Perkakasan komputer klon dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama
di Asia ini bermakna perkakasan didalamnya bercampur aduk dari pelbagai pengeluar produk komputer
Thursday, October 27, 2011
Koleksi Browser (pelayar) Internet untuk pilihan anda
Kebanyakan orang hanya mengangap Internet Explorer adalah pelayar tunggal untuk berinternet dan ada juga yang hanya mengenali Mozzila Firefox.Google Chrome . Opera atau Safari sahaja sebagai pelayar internet mereka . Sebenarnya ada banyak lagi pelayar internet yang boleh kita dapatkan sebagai pilehan untuk menjadikanya pelayar internet di komputer anda. Dibawah ini saya senaraikan antara browser browser yang agak popular terkini untuk di jadikan tapak pelayar internet anda .Anda hanya perlu pileh browser kegemaran anda download dan install ke komputer anda dan cubalah nikmati perbezaan kelebihan dan kepantasan kesemua browser ini. mana tahu mungkin salah satu ada yang melekat dihati anda.
1. Internet Explorer
2. Mozzila Firefox
3.Google Chrome
4. Opera
5. Safari
6. Flok
7. Maxthon
8. Avant Browse
9. Phase Out
10. Netscape Navigator
11. Pale Moon
Tuesday, October 25, 2011
Bagaimana nak pastikan Hand Set yang anda beli hand set yang Original
Ada bebarapa petua untuk anda ikuti disini mungkin berguna semasa anda hendak membeli sesebuah hanset. ini adalah berdasarkan pengamatan saya dan cerita kawan kawan yang mahir
1, Beli hanya di kedai kedai besar yang memang penjual hanset yang sah dan sentiasa di pantau kerajaan,
2, Jangan beli hanset di kedai kedai Kios yang muncul tiba tiba di sana sini
3. Beli hanset di kedai yang memberi jaminan originaliti hanset tersebut kalau di malaysia ( set Zitron)
4. Ambil hanset tersebut dan terus taip *#06# dan lihat no serial hanset tersebut lihat asal usul hanset tersebut selalunya kalau yang palsu no serialnya tiada langsung hanya 000000000000000
5, Jangan beli hanset di jalanan yang di jual oleh orang pesaorangan yang menawarkan harga yang sangat murah dari harga asal hanset tersebut (ya mungkin juga itu adalah hand set curi.)
6. Jangan beli hanset di Kios kios yang menawarkan hand set secara jualan murah secara berkala dan berkumpulan (yang jenis ni saya jumpa dan dua tiga kali kena rampas oleh pehak berkuasa)
7. Jaminan untuk Hand set ori sekurang kurannya setahun jika kurang dari itu anda fikir fikir lah sendiri kenapa pehak penjual tidak berani memberi jaminan tersebut.
8. Hand set yang original di jual misti lengkap dengan semua acessories termasuk ada buku panduan dan kad jaminan
Pindah Recovery Console ke hardisk komputer anda
1.Masukkan CD Windows XP
2.Klik Start – Run, kemudian taip perintah :
X:i386winnt32.exe /cmdcons
( X adalah CD ROM drive yang berisi CD installer Windows XP.)
3. Ikuti proses install Windows XP Recovery Console ini sehingga selesai.
4. Setelah selesai restart komputer Anda
Windows XP Recovery Console anda akan tersimpan di Hardisk komputer
untuk pindah ke Thumb Drive pula ikuti langkah ini USB Recovery Console
senang senang nanti saya tunjukan cara buat Recovery Console untuk windows 7 pula
Prosesor mana komputer anda gunakan dulu dan kini
Di bawah saya senaraikan jenis prosesor komputer keluaran Intel sejak dari awal hingga terkini dan anda boleh periksa manakah prosesor komputer yang anda gunakan sekarang atau yang telah anda pernah gunakan dulu
1978: 8086-8088 Microprocessor
1982: 286 Microprocessor
I1985: Intel386™ Microprocessor
1989: Intel486™ DX CPU Microprocessor
1993: Intel® Pentium® Processor
1995: Intel® Pentium® Pro Processor
1997: Intel® Pentium® II Processor
1998: Intel® Pentium II Xeon® Processor
1999: Intel® Celeron® Processor
1999: Intel® Pentium® III Processor
1999: Intel® Pentium® III Xeon® Processor
2000: Intel® Pentium® 4 Processor
2001: Intel® Xeon® Processor
2001: Intel® Itanium® Processor
2002: Intel® Itanium® 2 Processor
2003: Intel® Pentium® M Processor
2004: Intel Pentium M 735/745/755 processors
2004: Intel E7520/E7320 Chipsets
2005: Intel Pentium 4 Extreme Edition 3.73GHz
2005: Intel Pentium D 820/830/840
2006: Intel Core 2 Quad Q6600
2006: Intel Quad-core Xeon X3210/X3220
2007-2010 data belum saya temui
2011 hingga kini Intel i3 i5 and i7 Processor
dikhabarkan pada 2012 akan ada prosesor baru yang lebih berkuasa . untuk pengetahuan anda saya dah mula gunakan komputer sejak prosesor 286 mengunakan DOS 3.0 dan tiada pengunaan Hard Disk masa ini cuma di boot melalui disket sahaja.
Sunday, October 23, 2011
Komputer dan anda mencecah lebih 1000 pelawat sebulan
Blog komputer dan anda sudah mencecah lebih seribu pelawat sebulan sejak kebelakangan ini . Kunjugan pelawat dari serata dunia dapat di lihat dalam statitik blog komputer dan anda yang saya screenshoot disini.
Pelawat terbanyak masih lagi dari Malaysia (87%) dikuti oleh United States Indonesia dan lain lain negara. Kata carian Samsung masih lagi menjadi kata laluan carian popular dalam pencarian untuk pengunjung menemui blog komputer dan anda.
Sejak saya meletakkan iklan Nuffnang perjalanan saya untuk mendapat bayaran pertama dari nuffnang semakin mendekat saya berharap apa yang saya buat dulu hanya sebagai hobi boleh memberi pendapatan kepada saya nanti. Terimakasih kepada semua pengunjung
Thursday, October 20, 2011
Kenapa samsung Galaxy SII dengan mudah terjual 10 juta unit
Kita lihat data data mengenai samsung galaxt SII ini
1.Sistem operasi Android yang digunakanya amat kebal terhadap virus
2. Boleh dapatkan akses ke source code Android untuk sistem yang lebih baik Nilai tambah terbesar tentang Android aplikasi adalah bahwa sebagian besar aplikasi bersifat open source ( percuma).
4. Galaxy S2 dilengkapi dengan prosesor Samsung Exynos yang merupakan prosesor dual core dengan kecepatan 1,2 GHz, Processor ini dikuasai oleh Mali 400 GPU dan 1 GB RAM,
5. Penggunanya dapat memainkan video HD (1080p) dengan lancar dan boleh surport Flash
6. Samsung Galaxy S2 mempunyai kecepatan data 3G hingga 21 Mbps (HSPA +), bahkan untuk versi Galaxy S2 LTE siap untuk fitur HSPA sampai dengan 42 Mbps
7. Mengunakan teknologi display dengan Super AMOLED Plus yang memberi gambar yang sanghat jelas
8. Layar Super AMOLED Plus memiliki resolusi sangat tinggi warna yang terang dan jelas
9. Antara Hand Set ternipis di dunia sangat ringan dan mudah dibawa kemana mana
Ada banyak lagi kelebihan hand set buatan korea ni saya dah pegang dan belek beleknya nya alahai memang nipis mengancam dan berkuasa. Harga pun tak lah mahal nak tukar ke tak , tukar ke tak tukar ke tak tukar ke tak
Ini pula data yang saya kutip dari laman web samsung sendiri
Anyone searching for the thinnest smartphone on the market won't find it here, though most casual observers will be perfectly content. Coming in at 8.89mm (0.35 inches) at its thinnest point, the Galaxy S II on AT&T is marginally thicker than the I9100, which measures at 8.49mm (0.33 inches). Unless you're viewing the two side by side, this slight difference won't be noticeable. With that said, it's still the thinnest of the US trio: the Epic 4G Touch is 9.65mm (0.38 inches) and T-Mobile's GS II comes in at 9.4mm (0.37 inches). At 4.3 ounces (122g), it's also the lightest of the three, though it's a full 0.2 ounces heavier than the global ditty.
As with the others, we can enjoy the GSII's 1.2GHz dual-core Exynos CPU, a full gigabyte of RAM, an 8MP camera with 1080p HD video capture, a 2MP front-facing cam, 16GB of internal storage and quadband GSM and tri-band UMTS / HSPA (850 / 1900 / 2100) to make for smooth international travelling. A slot for a microSD card is included, but that'll be a separate accessory you need to purchase on your own if you require more space.
Wednesday, October 19, 2011
Apa fungsi butang Subscribed pada facebook anda
Pernah tak anda terfikir atau ingin tahu apa fungsi butang Subscribed pada facebook anda. Kerana butang ini di buat tentu mempunyai sebab dan fungsi fungsi tertentu . di bawah saya terangkan apakah fungsinya butang Subscribed. Ingat ada sesetengah penguna hanya membenarkan anda Subscribed sahaja tanpa anda boleh menjadikanya kawan, Selalunya golongan artis la yang buat begini.
1.Butang Subscribe membolehkan kita boleh menapis apa new feed yang kita perlukan sahaja
Kita boleh pilih jenis feed yang kita mahukan baca atau tidak.Contohnya
All updates: membenarkan semua post kawan kawan
Most updates: membenarkan post terkini sahaja masuk
Important updates only: membenarkan hanya post yang penting atau mustahak sahaja masuk
2.Dengan butang Subscribed kita tak perlu Add Friend orang yang kita berminat untuk medekatinya .Tapi kita boleh dapat new feeds dari orang yang kita Subscribe itu tanpa perlu Add nya sebagai kawan Subscribe membolehkan anda mengetahui ceritanya di wall mereka walaupun bukan friend .
3.Kita juga boleh melihat siapa yang Subscriber kita dan dengan siapa kita Subscribe di profil kita dengan cara aktifkan butang Subscribe Selain itu,kita boleh pilih siapa yang boleh dan tak boleh komen di wall kita.
4.Kalau anda tak mahu feed pasal kawan kita tu, anda hanya perlu pilih Unsubscribe dan apa yang di tulis di wal tak akan mengangu anda lagi
cubalah buat tengok jadi ke tak
Buat supaya Windows 7 anda dapat di tutup dengan cepat
PERHATIAN
JIKA ANDA TIDAK MAHIR MENGUNAKAN FAIL REGESTRY JANGAN CUBA TIP INI
Anda nak buat supaya windows 7 anda dapat di tutup cepat . anda perlu merubah fail Registry komputer tersebut . Untuk melaksanakanya ikuti langkah di bawah
1. Klik Start pilih Run, ketik regedit dan tekan Enter untuk membuka Registry Editor.
2. Pada kotak Registry Editor, buka key HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Control.
3.Di sisi kotak sebelah kanan, klik dua kali (double click) value WaitToKillServiceTimeout untuk
mengubah nilainya. (default asal biasanya 5000)
4. Seterusnya, di kotak Edit Value, ubah nilai 5000 (5 saat) menjadi 2000 (2 saat). Jadi waktu
menunggu sekarang adalah 2 saat sahaja berbanding dulu 5 saat dulu.
5. Akhir sekali tutup Registry Editor. dan reboot komputer untuk dapatkan hasilnya
Monday, October 17, 2011
Dunia tanpa DVD dan CD lagi nanti??
Teknologi sekarang telah menjadikan DVD dan CD tidak di perlukan lagi untuk anda menonton Movie malah filemnya dalan difinasi tinggi lagi. Anda hanya perlukan sebuah Multi Player, thumdrive atau External HD bagi tujuan tersebut . Semua jenis format video dapat di baca oleh alat kecil ini. Menarik bukan?
Aku menemui alat ini ketika meninjau ninjau pusat IT terbesar di lembah Klang . Mula mula aku agak heran dari mana sumber filem yang aku lihat gambarnya amat jelas sekali di pamerkan di kedai tersebut. Setelah aku bertanya jurujual kedai tersebut dan dia menunjukan aku sumber filem tersebut hanyalah dari satu alat kotak kecil terletak di hujung rak kedai tersebut dan ianya di namakan sebagai Multi Player. aku tak pasti jenamanya tapi ternyata sumber filemnya hanyalah dari kotak kecil itu ,Thum Drive atau External HD malah aku di fahamkan ada beratus ratus koleksi filem dalam external HD teresebut yang kebanyakan bernifinasi tinggi dengan sound system yang menngagumkan sekali.
Dengan mengambil kira muatan External HD sekarang dari 1 terabait 2 terabait dan keatas mungkin beribu filem boleh di masukan kedalamnya apa lagi kalau sekadar himpunan lagu lagu karoke. Dari risikan yang aku buat harganya sekitar RM200 ke 400 sahaja bergantung kepada jumlah format input atau aoutput yang disediakan malah kita boleh menyambung rangkaian internet didalamnya. Cuma anda hanya perlu membeli monitor komputer atau TV sahaja bagi memainkanya.atau menayangkanya untuk menikmati gambar dalam HD pastikan filem dan Monitor tanyangan juga surport HD. Saya syorkan belilah TV atau monitor LCD atau LED bagi kepuasan menonton. Walaubagaimanapun tanyangan ke monitor atau skrin CRT masih boleh di lakukan.
Saturday, October 15, 2011
Jadikan Samsung galaxy tab anda seperti Laptop & Netbook dengan bluetooth case keyboard
Kegilaan komputer tablet seperti galaxy tab dan ipad mengakibatkan jualan Laptop dan netbook seluruh dunia merosot kerana kedua dua komputer tablet ini boleh mengambil peranan mereka sebagai laptop/netbook . Ciptaan yang cantik menarik selain dari agak ringan kecil senang di bawa dan mempunyai kesemua fungsi selain komputer seperti camera dan hanphone ianya sangat berguna bagi yang mementingkan gaya dan kemudahan. Kemungkinan besar dunia masa depan adalah milik komputer tablet seperti ini tidak dapat di nafikan lagi
Isteri saya mengunakan samsung galaxy tab tenyata ianya sangat berkuasa ringan dan mudah di bawa kemana mana malah boleh di simpan didalam beg tangan yang kecil. Baru baru ini saya terjumpa case samsung galaxy tap yang membolehkan anda mengunakan galaxy bersama bluetooth case keyboard yang tersedia pada case tersebut ianya seolah olah anda mengunakan keyboard sebuah netbook bila anda memasang case tersebut . Bagi yang tidak mahir mengunakan keyboad skrin sesentuh pada galaxy tab pengunaan case jenis ini adalah jawapanya. Harganya pula sekitar RM 250 sahaja. Lihatlah alangkah bergayanya bila anda mengunakan case ini seolah olah anda sedang membawa netbook yang kecil.
Thursday, October 13, 2011
Macamana nak aktifkan fungsi wireless streamyx di rumah
1, Mula mulka sekali pastikan modem tu memang surport warerles kalau tak de kena beli adapter wirelesnya dulu. Lihar gambar contoh modem wireless.
2. Open Internet Exlorer ( cucuk dulu wire yang di berikan pada modem yang ada)
3. Type adress http//192.168.1.1 Enter
4. Type username asal TMnet punya : biasanya login: tmuser pasword: tmuser
5 dan log masuk
6. Masukkan sreamyx ID yang dia bagi masa daftar di Tm dulu
7. Enter wireles Network
8. Tandakan (rait) Enable Security
9. Masukan security code (selalunya 13 digit)
10 Save dan reboot
Selepas reboot fungsi wireless akan di hidupkan secara automatik,
Kemudian anda bolehlah berinternet tampa wayar sekitar 100 meter dari kawasan modem anda di letakan
Percuma tuuuuuuu betullll ka ???????
Hari ni masa dok layan internet tiba tiba terjumpa pula laman web MetroMall . Barang yang di jual agak murah dengan promosi hebat potongan 50 % dan ada yang sampai 100% (kira percumalah tu) mula mula tu saya sukar nak percaya tetapi bila lihat ada beberapa syarat yang di kenakan iaitu anda kena share laman webnya di facebook atau tweter anda dan kalau ber nasib baik anda akan terpilih untuk dapatkan barang tu secara percuma barulah saya yakin dan percaya. Maknanya anda tolong promosikan barangan dia dan kalau nasib anda baik anda terkena lucky draw yang dia buat dapatlah percuma . Bagi yang berminat nak beli barang murah anda boleh beri barangan yang di jualnya dengan harga murah mengikut offer harianya
Untuk lebih lanjut sila klik MetroMall
Saya dah buat dah anda bila lagi
Wednesday, October 12, 2011
Membaiki fail document, excel ,powerpoint dan lain lain yang rosak akibat virus atau crashes
Dengan teknologi sofware terkini ianya sekarang bukan mustahil untuk di lakukan . anda hanya perlu download dan install software ini di komputer anda dan ianya boleh membantu anda membaiki fail mustahak anda yang rosak itu
Untuk tujuan ini gunakan File Repair. Ianya adalah 100% freewere . Sebelum itu kita kita lihat apa yang software ini boleh lakukan (saya copy dan paste dari fail asal software ini)
Using File Repair, you can repair:
corrupted Word documents (.doc, .docx, .docm, .rtf)
corrupted Excel spreadsheets (.xls, .xla, .xlsx)
corrupted Zip or RAR archives (.zip, .rar)
corrupted videos (.avi, .mp4, .mov, .flv, .wmv, .asf, .mpg)
corrupted JPEG, GIF, TIFF, BMP, PNG or RAW images (.jpg, .jpeg, .gif, .tiff, .bmp, .png)
corrupted PDF documents (.pdf)
corrupted Access databases (.mdb, .mde, .accdb, .accde)
corrupted PowerPoint presentations (.ppt, .pps, .pptx)
corrupted music (.mp3, .wav)
Monday, October 10, 2011
Cara nak periksa Originaliti dan kualiti handset anda
Letih asyik dok bagi tips pasal komputer je hari ni saya nak cerita pasal handset pula , ya la sekarangkan banyak handset di jual di kedai ada yang ori ada yang tak ori ada buatan china ada yang underwater ada yang AP ada Zitron ,pendek kata macam amacam ada. Tapi tahukah anda anda boleh memeriksa sendiri darimana asal datangnya handset anda dengan hanya melihat susunan no serial handset anda atau no IMEI (International Mobile Equipment Identity) macam kad pengelanan anda jugala ni , Kerana setiap hanset yang di keluarkan akan ada no serialnya tersendiri .
Jadi untuk mengetahui status sebenar handset anda, anda kena periksa kedudukan no serial atau IMEI tersebut pada turutan kedudukan di no 7 dan 8. Contoh no hanset anda adalah 12345603901234. untuk hanset ini no pada kedudukan no ke 7 dan ke 8 adalah no 03 ini bermakna hanset ini datang dari kilang asal ianya di buat dan selalunya hanset jenis ini kualitinya di jamin adalah baik. maknanya buka pirate punyalah.
Untuk memeriksa hanset anda Ikut langkah langkah di bawah;
- Taip *#06#
- Akan keluar IMEI ( International Mobile Equipment Identity atau serial no)
- Semak no IMEI atau serial anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 455671047474463
- Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******04*******
- Ini bermakna hanset anda dari pengeluar yang asal
- 02 or 20 : dari China = Low quality
- 08 or 80: dari Germany = Fair quality
- 01 or 10: dari Finland = Very good quality
- 00 or 03 or 04: = Best mobile quality (dari kilang asal handphone tersebut)
- 13 : dari azerbaijan =Very bad quality
Sunday, October 9, 2011
Ubah format Powerpoint anda ke pelbagai format Video
Anda ingin membuat persembahan powerpoint anda mengunakan Video bagaimana nak melakukanya. Untuk tujuan ini anda perlu ada software tertentu bagi melakukanya. Ada banyak sotware untuk tujuan ini dan di sini saya senaraikan 2 sofware untuk pilihan anda yang satu free dan yang satu lagi berbayar . Untuk yang berbayar anda boleh gunakan version trial dahulu dan jika berpuashati anda boleh membelinya secara online atau cari kawan kawan yang pandai untuk Crack software tersebut. Selalunyalah software yang berbayar akan mempunyai lebih banyak fungsi dari yang dapatkan secara percuma.
Freeware
E.M. Free PowerPoint Video Converter V3.20 (Freeware)
E.M. Free PowerPoint Video Converter 3.20
Spesipikasi E.M. Free PowerPoint Video Converter is FREE an all-in-one
PowerPoint to video converter. can convert PowerPoint to AVI, MPG, WMV, BMP images and MP3 audio. Convert PowerPoint to iPod, iPad, iPhone, PSP, PS3, XBOX360, WII, Zune, 3GP mobile phone, video, audio and images, learn more..
Output format
WMV, Ms Mpeg4 AVI, MPEG, mp3, BMP
Video Formats:
. Free convert PowerPoint (ppt) to WMV (.wmv)
. Free convert PowerPoint (ppt) to Ms Mpeg4 AVI (.avi)
. Free convert PowerPoint (ppt) to MPEG1 (.mpg)
Audio Formats:
. Free convert PowerPoint (ppt) to MPEG audio(.mp3)
Image Formats:
. Free convert PowerPoint (ppt) to BMP (.bmp)
Trial version dan berbayar
Vatonsoft PPT2Video Pro and Trial Versions
Acoolsoft ppt to video Acoolsoft PPT to Video Pro 3.2.5
full details Spesipikasi
File Size: 9.43 MB License:
Free To Try Price: $49.95 Released: 2010-05-25
Output format
formats including AVI, WMV, MPEG, MP4, MOV, FLV, 3GP and multiple HD videos with excellent quality.
Dapatkan Freeware kesukaan anda di sini
Koleksi alamat freeware
http://freewarelist.net/
http://www.bestfreewaredownload.com/
http://www.freedownloadscenter.com
http://www.download3k.com/
http://www.fileratings.com/Tag/
http://www.brothersoft.com/
http://www.click-now.net/
http://www.soft32.com/nf.html
http://100-downloads.com/
http://www.avs4you.com/index.aspx
http://www.cnet.com/?tag=hdr%3bbrandnav
http://www.click-now.net/
http://www.free-codecs.com/
http://www.all-freeware.com/
http://100-downloads.com/more.php?c=13
http://www.filebuzz.com/findsoftware/freeware/1.html
http://www.dirfile.com/
http://www.freedownloadmanager.org/downloads/
http://www.snapfiles.com/topdownloads/
http://www.download3000.com/
http://coolware.blogspot.com/
http://freewarelist.net/
http://en.kioskea.net/s/free-windows-xp-os-software
http://www.sofotex.com/download/Antivirus/
http://100-downloads.com/
http://www.sofotex.com/download/Antivirus/
http://en.kioskea.net/s/free-windows-xp-os-software
http://en.kioskea.net/forum/affich-13001-free-operating-system
Saturday, October 8, 2011
Rangking blog komputer dan anda di ping busuk secara harian
Baru sahaja saya masukan blog saya dalam rangking blog blog tempatan tak sangka juga blog saya di rangking sebagai blog superb sedangkan kalau di lihat pada kunjungan pelawatnya tak lah ramai sangat , saya tak tahu penilaiannya dari sudut mana apapun saya rasa berbanga juga dengan hasil kerja saya terimakasih pada blog ping busuk yang membuat rangking tersebut. Tapi saya rasa penilaian ini akan berubah dari masa kesemasa dan andalah yang dapat membantu supaya rangking saya sentiasa dalam keaadaan superb.Bagaimanapun rangkin ini akan berubah setiap hari mengikut jumlah pelawat dan page view harian. Mungkin hari ini terbaik dan esok sekadar sederhana atau ok sahaja .Untuk melihat rangking harian sepenuhnya sila klik disini ping busuk.org siterangking
Setelah semingu dalam rangking ping busuk saya baru memahami bagaimana rangking di lakukan. Ianya di buat secara harian jumlah pelawat bukanlah penentu kedudukan status rangking tapi pelawat yang masuk dan betul betul membaca menjadi ukuran kerana saya lihat rangking blok saya pernah duduk dari serendah peringkat OK sahaja sehinga ke superb dan ianya sentiasa berubah rubah setiap masa.
Petunjuk status rangking
[ status : superb / terbaik ] user yang masuk ke laman ini adalah user yang betul-betul mahu membaca dan melayari lama web tersebut. sekiranya anda mahu beriklan, tak rugi untuk meletakkan iklan pada blog yang traffik berkualiti seperti ini. [ status : kureng ] user yang masuk ke blog ini hanya sekadar melalui tanpa membuat pembacaan ataupun melayari page laman yang lain. biasanya laman yang bertrafik seperti ini adalah laman yang kerapkali dipost pada site perkongsian seperti facebook, shoutbox dan lain-lain.. user tidak ketagihan untuk membaca di laman blog ini.. user datang dan user pergi [ lain-lain status ] 1. superb 2. terbaik 3. bagus 4. sederhana 5. boleh tahan 6. kureng
Dengar Sinar FM dan ERA melalui blog saya
Komputer Dan Anda blogpost.com
Nak mendengar radio kesukaan anda secara online dengan cara paling mudah, sila masuk ke blog saya Komputer dan anda dan pilihlah radio kegemaran anda. Sambil berkerja sambil berhibur. (lihat di bawah sekali)
Jika komputer anda gagal untuk masuk dan mendengar radio yang di sediakan di sebelah kanan blog saya ini bermakna komputer anda kekurangan fail fail atau plug in tertentu . Untuk menjalankanya sila download dan install sahaja fail yang di minta mengikut keperluan.
Selamat berinternet dan berhibur
Friday, October 7, 2011
Rahsia wudhuk
"Ambil wudhuk tidak perlu banyak air, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki.. ."
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Menurut Dr. Magomedov, pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology di Daghestan State Medical Academy, wudhuk dapat merangsang aura tubuh secara semulajadi sama seperti cucukan jarum pada titik- titik aktif biologi refleksiologi Cina.
Dalam pengubatan moden, perkara ini dikenali sebagai hidromassage atau urutan dengan menggunakan air sebagai media penyembuhan. Contohnya, mengurut dengan air ketika membasuh muka dapat memberi kesan positif pada usus, ginjal dan sistem saraf.
"Kawasan aktif biologi akan memberi kesan positif apabila dirangsang" "daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama org Islam" manakala 5 lg kawasan terletak di antara buku lali dan lutut di mana kawasan yg disunatkan berwuduk
apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk,ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru kpd organ2 spt usus,perut,pundi kencing,sistem peranakan dan sistem saraf
apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok,ia merangsang sistem saraf bg memulihkan sistem tulang,usus,pankreas,hempedu,tiroid dan kawasan pinggang
manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok,dapat merangsang sistem saraf yg berperanan utk mengelokkan kelenjar pituitari dan kawasan otak yg mengawal sistem endokrin
Rasulullah SAW memerintahkan kita agar mengekalkan air wudhuk kerana ia akan menguatkan jantung, melancarkan peredaran darah dan seterusnya memberikan ketenangan serta jauh daripada penyakit kemurungan dan kegelisahan.
Wednesday, October 5, 2011
Pelbagai koleksi webcam Laptop dan Netbook anda
Setiap Laptop dan Netbook misti mempunyai fungsi Camera dan ianya sudah siap terpasang di sana masalah akan timbul bila anda format laptop atau Netbook tersebut selalunya softwarenya akan hilang jika ianya tidak di simpan di CD ataupun di hardisk D: anda kena mencari software terbaru bagi menghidupkan kembali camewa webcam akomputer anda.
Di bawah ini saya senaraikan adress untuk anda download pelbagai jenis Webcam Laptop atau netbook anda. Software ini ada yang free dan ada yang berbayar, kalau yang pandai crack download dan crack lah sendiri. Cuma saya ingatkan di sini anda tidak juga kehilangan driver webcam semasa proses format di buat kerana tanpa driver sofwarwe ini tak akan berfungsi.
1) Cyberlink YouCam
2) ManyCam
3) YawCam (dengan bantuan JAVA script)
4) Vitamin d
5) webcamXP
Tuesday, October 4, 2011
Selamatkan data dari CD dan DVD yang calar atau rosak
CD atau CVD yang anda simpan terlalu lama atau tercalar akibat geseran dengan benda benda keras mengakibatkan ianya rosak dan ada tidak boleh masuk dan membacanya lagi apa lagi untuk mengambil data didalamnya. Jangan bimbang kerana sekarang sudah ada teknologi yang membolehkan anda menyelamatkan data tersebut iaitu dengan mengunakan freeware CD Recovery Toolbox. Download dan install freeware ini semuga anda dapatkan selamatkan data anda. Anda nanti di beri pilihan samada untuk menyelamatkan fail fail tertentu atau kesemua fail walaubagaimanapun kadar boleh selamat data anda bergantung kepada kadar kerosakan CD/DVD tersebut. Cubalah sendiri.
Monday, September 26, 2011
Kenapa Nabi suruh tengelamkan terus lalat jika jatuh kedalam air minuman
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?
Secara Logik
Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas 'sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?
Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.
Secara Saintifik
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat
Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.
Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Di petik dari Lalat dan Penyakit, Rasulullah dan Saintis
Saturday, September 24, 2011
Buat gambar profile Facebook anda guna lukisan tanah liat
Jemu juga asyik gambar sendiri jadi profile Facebook anda apakata anda tukar pada lukisan tanah liat comel juga kalau anda pandai mengayakanya. Tentu menarik minat orang yang melihatnya. Jika anda berminat nak buat gambar profile facebook anda guna lukisan tanah liat. Anda hanya perlukan sedikit masa dan kreativiti untuk melaksanakanya kerana semua dah tersedia .anda hanya perli memilih gaya yang anda minati.
Untuk tujuan tersebut sika masuk ke alamat ini untuk memilih dan membuatnya sendiri. Gunakan online freeware clayyourself, Sebagai contoh sila lihat gambar tanah liat yang saya buat sendiri tak sampai 30 saat pun dah siap.
Sambung antara Twiter dan Facebook
Anda ada 2 akaun laman sosial iaitu twiter dan facebook anda ingin kedua dua nya bersambung ini bermakna jika anda tulis di twiter meseg tersebut juga akan muncul juga di wall facebook anda . Bagaimana nak pastikan kedua dua laman sosial ini bersambung. Anda hanya perlu menulis di twiter dan apa yang anda tulis akan juga di pamerkan di facebook anda
Kalau nak linkkan akaun twiter ke facebook anda ikuti cara di bawah
1, Masuk ke akaun twiter anda
2. Pilih setting yang ada di bawah nama anda
3 Dalam setting sila pileh profile
4. Roll kebawah sekali dan sila klik untuk link anatara twiter anda dan facebook
5. Selepas ini apa yang anda tulis di twiter akan turut di pamer wall di facebook anda
Cubalah
Thursday, September 22, 2011
Dengar radio atau TV sambil melayari Blog Komputer dan Anda
Sekarang anda boleh mendengar radio atau tengok TV sambil belajar tip tip komputer dari saya. Saya telah meletakan link tersebut di sebelah kanan blog saya anda hanya perlu memilih apakah stesen radio kegemaran anda atau stesen TV kesukaan anda . Hanya klik link di sebelah kanan blog saya ini. bahagian Radio dan TV online windows akan membuka antaramuka terbaru bagi membolehkan anda mendegar radio tanpa ganguan sekiranya anda ingin membaca tip tip saya dalam helaian lain. Jika anda tidak boleh mendengar atau melihat TV ini bermakna komputer anda kekurangan Plug In . jadi klik saja ikut arahan komputer anda untuk menambah plugin tersebut.
Windows 8 percubaan sudah muncul
Ada beberapa fungsi terbaru dalam Windows 8
1. Tidak perlu menunggu starting windows terlalu lama. startup yg lebih cpt
2. Windows Task Manager nampak lebih mudah.
3. Paparan menu Start yang baru
4. Internet Explorer pada Start menu windows kelihatan lebih menarik simple dan lancar
5. Fungsi Reset windows anda seperti mana mula2 install windows
Nak cuba klik disini Windows 8 Beta . Proses download nya agak lambat kena banyak bersabar terutama jika internet di tempat anda macam siput sedut
Harga pelbagai versi Windows 7 original
Jika berkemampuan, belilah original. Windows 7 dan harga adalah berbeza mengikut versi.
• Windows 7 Ultimate – RM648.00
• Windows 7 Professional – RM478.00
• Windows 7 Home Premium – RM368.00
• Windows 7 Starter – RM148.00
Ini adalah harga angaran dan mungkin ianya terjual lebih murah dari harga di atas sekiranya semasa anda membili komputer anda terus mebeli windows 7 original sekali .Untuk pengetahuan anda harga komputer yang ada dipasaran selalunya tidak termasuk harga Versi Window 7 original . Jadi untuk dapatkan harga sebenar anda cuma perlu tambah mengikut harga versi Windows yang anda pilih'. Jika tidak anda akan hanya di beri versi percubaan (trial versions) atau cetak rompak. Kalau yang cetak rompak selalunya akan menjadi gelap apabila dapat di detect oleh windows. Untuk keselamatan miliki lah OS original, bagi yang pakar hack ianya bukan masalah besar walau apapun jenis OS yang di gunakan
Tuesday, September 20, 2011
Masalah berkaitan streamyx
Dari pengalaman sayalah kalau berkaitan streamyx ni kita kena menguji kesemua masalah ini dari pertama ke akhir (A-Z). ini yang memeningkan kepala saya, kerana saya kena pastikan satu persatu.
1. Adakah internet kad atau fungsi network pada komputer dia masih berfungsi baik untuk desktop atau lap top maupun netbook
2. Adakah taliannya internet di rumahnya mereka masih ok dan berfungsi dengan baik
3. Adakah setting streamyx yang di buat mereka betul atau telah di ubah
4. Adakah orang lain dah kerodek terlebih dahulu baru panggil saya (ni paling leceh)
Saya kena pastikah ke empat ini betul barulah saya dapat pastikan apakah puncanya. jadi bagaimana saya nak pastikan semua ini agar pemergian saya kerumah mereka tidak menjadi sia sia.
1. Selalunya saya bawa lap top saya sendiri yang tentu berfungsi dan saya gunakanya di rumah yang terlibat, jika ianya terus boleh berinternet tahulah saya kad internet mereka yang tak berfungsi. atau setup untuk internetnya sudah berubah. atau dah ada yang lebih pandai dok kerodek sampai jahanam
2. Jika pada laptop saya juga tak berfungsi saya cuba set semula setting streamyx nya mungkin ada beberapa kesilapan asas yang di buat
3, Jika proses setting streamyx juga tidak membawa kesan ini bermakna taliannya ada masalah, saya syorkan mereka memangil TM untuk selesaikan masalah talian ni, kerana dari pengalaman saya dah 3 orang hadapi masalah talian rosak sampai berejam saya nak buat takan menjadi.
dari pengalaman saya lah masalah 1 , 2 dan 4 boleh saya atasi dan selesaikan dengan sendiri sahaja tapi bagi masalah ke 3 kena panggil TM lah selesaikan .takan saya nak panjat tiang tel tu pula.. kerana pernah salah satu rumah tu masalanya hanyalah talian penyambung dari tiang tu longgar sahaja yang mengakibatkan sebulan dia tak boleh berinternet.
akan datang saya akan cerita macamana nak atasi kalau lupa password streamyx
Tuesday, September 13, 2011
Tingkatkan tulisan Bahasa Ingeris anda dengan After the Deadline
Anda selalu menulis artikel dalam bahasa ingeris dan anda memerlukan sesaorang untuk membaiki cara penulisan anda, sekarang sudah ada software terbaru secara onlin bagi membantu anda menulis kedalam bahasa ingeris dengan lebih baik. gunakan After the Deadline bagi membantu anda . Anda hanya perlu copy tulisan yang telah anda buat dan paste kan keruang kosong yang di sediakan dan akhir sekali klik Chek Writing. After the Deadline akan membantu anda mengesan kesalahan ejaan dan gramar dengan menandakan dengan underline merah hijau dan biru.
Atasi masalah fail fail yang susah nak di delete atau di remove
1. Cannot delete file: Access is denied
2. Cannot delete folder: It is being used by another person or program
3. There has been a sharing violation
4. The source or destination file may be in use
5. The file is in use by another program or user
6. Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use
7. Cannot read from the source file or disk.
Untuk mengatasinya anda hanya memerlukan IObit Unlocker . sila download software ini dan instal kekomputer anda semua masalah fail degil boleh di atasi
IObit Unlocker™ Product SpecsCurrent Version: 1.0
File Size: 2.87 MB
Operating System: Designed for Windows 7, Vista and XP
Release Date: Aug 26, 2011
Designed to: Solution for "Cannot Delete" problems
Languages: English, Arabic, ChineseSimp, ChineseTrad, Czech, Danish, Finnish, German, Hungarian, Italian, Japanese, Polish, Russian, Spanish, Swedish, Turkish
Thursday, September 8, 2011
Yang pertama berkaitan Komputer
1. Komputer pertama dicipta adalah ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer).
2. Cakera keras (hard disk) pertama adalah daripada IBM diberi nama IBM 350 Disk Storage Unit dan
dikatakan sebesar seorang lelaki!
3. Intel 4004 Computer Microprocessor adalah pemprosesan pertama dicipta pada tahun 1971.
4. Apple Lisa Computer adalah komputer pertama yang mempunyai persekitaran pengguna yang bergrafik
atau GUI (Graphical User Interface).
5. WordStar adalah perisian pertama untuk menulis.
6. Permainan komputer pertama adalah Spacewar pada tahun 1962.
7. Nama tetikus komputer diberi kerana wayar sambungan di belakangnya adalah seperti seekor tikus.
8. Bill Gates adalah orang yang bertanggungjawab mencipta Microsoft dan Windows.
9. Abacus mungkin alat hitung manual pertama di dunia
10. Sejarah internet dimulai dari jaringan komputer yang dibentuk oleh Departemen Pertahanan Amerika
Serikat di tahun 1969, melalui proyek ARPA yang disebut ARPANET (Advanced Research Project
Agency Network)
11. 1982 Istilah "Internet" pertama kali digunakan
12. Tetikus komputer/mouse yang pertama diperkenalkan pada tahun 1964 dan ianya diperbuat daripada
kayu.
13. Komputer pertama di dunia, Z1 dicipta pada tahun 1936 oleh Konrad Zuse
14. 1937 Dr.John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta komputer elektronik yang pertama bergelar
ABC.
Tuesday, September 6, 2011
Tulis huruf yang sukar di buat dan jarang di temui mengunakan keypad symbol
0128=€
0131=ƒ
0132=„
0133=…
0134=†
0135=‡
0136=ˆ
0137=‰
0138=Š
0139=‹
0140=Œ
0142=Ž
0149=•
0152=˜
0153=™
0154=š
0155=›
0156=œ
0158=ž
0159=Ÿ
0162=¢
0163=£
0164=¤
0165=¥
0167=§
0168=¨
0169=©
0170=ª
0171=«
0172=¬
0174=®
0175=¯
0176=°
0177=±
0178=²
0179=³
0181=µ
0182=¶
0183=·
0184=¸
0185=¹
0186=º
0187=»
0188=¼
0189=½
0190=¾
0191=¿
0192=À
0193=Á
0194=Â
0195=Ã
0196=Ä
0197=§
0198=Æ
0199=Ç
0201=É
0202=Ê
0203=Ë
0204=Ì
0205=Í
0206=Î
0207=Ï
0208=Ð
0209=Ñ
0210=Ò
0211=Ó
0212=Ô
0213=Õ
0214=Ö
0215=×
0216=Ø
0217=Ù
0218=Ú
0219=Û
0220=Ü
0221=Ý
0222=Þ
0223=ß
0224=à
0225=á
0226=â
0227=ã
0228=ä
0229=å
0230=æ
0231=ç
0232=è
0233=é
0234=ê
0235=ë
0236=ì
0237=í
0238=î
0239=ï
0240=ð
0241=ñ
0242=ò
0243=ó
0244=ô
0245=õ
0246=ö
0247=÷
0249=ù
0250=ú
0251=û
0252=ü
0253=ý
0254=þ
0255=ÿ
Monday, September 5, 2011
Sony Sertai Rangkaian komputer Tablet
Sony S1 adalah tablet dengan skrin 9.1 inci , Sony juga memberikan Tegra SoC iaitu enjin paparan untuk memainkan video definisi tinggi HD.
Sony S2 pula, merupakan komputer tablet boleh lipat seperti Nintendo S, ia menggunakan skrin 5.5 inci setiap satu dan juga dilengkapi kamera depan belakang serga enjin Tegra SoC
Apa yang menarik berbanding S1 ialah kedua-dua skrin Sony S2 mampu digunakan secara berasingan, contohnya skrin diatas bermain video dan skrin dibawah memaparkan senarai video yang ada didalamnya.
Kedua-dua tablet ini dilengkapi WiFi dan juga 3G/4G
Sunday, September 4, 2011
BlackBerry Playbook bakal saingi Android
Kehadiran peranti tablet BlackBerry Playbook dilihat mampu menyaingi kehebatan peranti android yang semakin digemari pada hari ini.
BlackBerry Playbook bakal memberikan pengalaman pengkomputeran mobiliti unik dan berkuasa kepada pengguna.
Gajet komputer tablet ini turut dipacu dengan pemproses berkembar yang membolehkannya melaksanakan pelbagai operasi secara serentak selain spesifikasi multimedia yang berkualiti.
Gajet ini didatangkan bersama skrin LCD sentuh bersaiz tujuh inci beresolusi 1024x600 mempunyai ketebalan hanya 10 milimeter (mm) dan berat 425 gram (g) menjadikannya mudah untuk dibawa dan digunakan secara mudah alih.
Ddisokong oleh sistem operasi QNX yang mesra pengguna dengan binaan RAM satu megabit (MB) selain pilihan memori binaan dalam berkapasiti 16, 32 dan 64 gigabit (GB).
BlackBerry Playbook turut menyokong permainan video beresolusi tinggi (HD) 1080p, mempunyai output HDMI serta kamera belakang lima megapiksel dan hadapan tiga megapiksel.
BlackBerry Playbook boleh diintegrasi bersama telefon bimbit pintar BlackBerry untuk mengakses kandungan data seperti emel, BlackBerry Messenger (BBM), kontak dan sebagainya menerusi capaian Bluetooth dengan kadar sekuriti yang tinggi.
Terjemahkan blog kesukaan anda ke pelbagai bahasa dunia
Selain dari bahasa ingeris anda juga boleh menterjemahkan blog saya atau lain lain blog mengunakan google terjemahan anda hanya perlu masukkan ke alamat di bawah dan letakkan url apa apa blog atau laman web yang anda ingin terjemahkan cuma yang pasti terjemahannya adalah terjemahan secara terus dan anda perlu menyusun semula untuk menjadikanya lebih baik dan menarik
Klik sini
Google tranlate
Saturday, September 3, 2011
Atasi masalah "Virtual Memory Minimum Too Low"
Cara satu
Tambah secara manual
klik kanan my computer
-properties
- tab advanced
-klik settings kat bahagian performance
-klik kat tab advanced
-klik button change kat bahagian virtual memory
-tandakan custom size
-lepas tu anda boleh setkan virtual Memory baru 9biasanya 1024)
Cara kedua jika virtual Memory Minimum Too Low
buat secara automatik
klik kanan my computer....
klik properties...
klik advanced.....
.klik performance settings..
.kat visual effects....
pilih adjust for best performance....
mudahkan
Thursday, August 25, 2011
Penguna Opera paling bijak
Tapi malam ini jumaat 26 Ogos 2011 (26 Romadhan) saya terbaca satu artikel tentang kajian tahap kecerdikan para penguna pelbagai browser barulah saya memahaminya... Jangan marahhhh
New York, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya-
Agensi
thank
http://www.malaysiadaily.net/2011/08/kajian-dapati-pengguna-ie-miliki-iq.html
Tuesday, August 23, 2011
Kesah akhir hayat Rasullullah
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
kredit for
duniaberitahangat.blogspot.com